DALAM sesebuah keluarga terdapat pelbagai kata panggilan. Anak pertama dalam sesebuah keluarga dipanggil along. Anak kedua dalam sesebuah keluarga dipanggil angah, diikuti oleh alang, anjang, ateh, andak, achik, dan usu.
Susunan kata panggilan ini bukanlah sesuatu perkara yang tetap, tetapi bergantung pada persetujuan tidak rasmi sesebuah keluarga. Kata panggilan ini wujud sejak turun-temurun dan diterima pakai oleh masyarakat, khususnya masyarakat Melayu.
Masyarakat zaman dahulu mencipta kata panggilan ini bertujuan mewujudkan perasaan hormat sesama ahli keluarga. Adalah sangat tidak manis jika seseorang yang lebih muda menyapa seseorang yang lebih tua dalam keluarga dengan panggilan namanya. Masyarakat di Barat tidak mempunyai keistimewaan seperti ini, malah mereka hanya menggunakan “i” dan “you” tanpa mengambil kira faktor usia.
Selain kata panggilan tidak rasmi seperti yang dinyatakan, terdapat juga kata panggilan rasmi atau kata panggilan hormat. Terdapat banyak kata panggilan hormat dalam masyarakat, khususnya masyarakat Melayu seperti saudara, saudari, encik, tuan, puan, dan sebagainya. Panggilan hormat ini biasanya digunakan dalam majlis rasmi atau di sektor kerajaan. Penggunaan panggilan hormat akan mencerminkan budi bahasa dan tata kelakuan positif seseorang.
Panggilan hormat yang diwujudkan oleh masyarakat sejak zaman-berzaman bukan hanya diguna pakai oleh masyarakat Melayu malah digunakan oleh seluruh masyarakat Malaysia. Sebagai masyarakat bertamadun, masyarakat Malaysia amat mudah menerima panggilan hormat seperti yang dibincangkan.
Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk ke sebuah pejabat kerajaan di utara tanah air bagi menguruskan sesuatu permohonan bagi pihak jiran saya. Pegawai yang bertugas di kaunter menjawab salam saya dan seterusnya bertanya, “Pak cik ada urusan apa?”. Saya terkedu seketika kerana tidak berpuas hati akan penggunaan kata panggilan “pak cik”. Saya berpura-pura tidak mendengar soalannya. Akhirnya, pegawai itu menukar kata panggilan “pak cik” kepada “encik”. Saya terus menjawab soalannya. Dia tersipu-sipu malu kerana menyedari kesilapannya dalam penggunaan panggilan hormat. Dengan penggunaan panggilan hormat “encik”, saya berasa lebih dihormati dan bersedia untuk berurusan.
Pengalaman saya ketika ke Pasar Khadijah Kota Bharu pula ialah rata-rata peniaga di situ menggunakan kata panggilan hormat “abang” kepada pelanggan mereka tanpa mengira usia. Lelaki yang disapa “abe” atau “abang” akan berasa muda serta-merta.
Dan, yang lebih penting ialah timbul semangat yang membuak-buak untuk membeli barangan yang dijual tanpa memikirkan barangan itu sama ada satu keperluan ataupun tidak. Ketika saya bertolak ke Kota Bharu, tidak ada niat pun di hati saya untuk membeli baju batik, tetapi akhirnya saya membawa pulang baju batik, kain batik dan kek batik hanya disebabkan panggilan hormat “abe”.
Hal ini demikian kerana panggilan hormat “abe” mendatangkan kesan keterujaan yang hebat kepada orang dari luar Kota Bharu.
Ketika saya belajar di universiti dahulu, saya mempunyai banyak kawan yang berasal dari Sabah. Ketika mula-mula berkenalan, mereka membahasakan diri mereka “aku”. Pada mulanya, saya berasa janggal, tetapi lama-kelamaan kejanggalan itu hilang setelah kemesraan antara kami semakin meningkat.
Peristiwa paling mengejutkan ialah rakan saya yang dari Sabah itu menggunakan kata ganti nama “aku” ketika bercakap dengan pensyarah. Kami mengheretnya ke tepi dan memberitahu bahawa kata ganti nama yang digunakannya itu tidak sesuai dan tidak sopan. Mungkin perbezaan budaya yang menyebabkan dia menggunakan kata ganti diri itu.
Ketika belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid, kami mempunyai kata panggilan tersendiri. Saya mempunyai seorang rakan baik yang bernama Ibrahim bin Kasa. Kami memanggilnya Kasa iaitu nama bapanya. Pada suatu hari, bapa Ibrahim datang ke asrama dan mencari anaknya, Ibrahim.
Kami tidak mengenali Ibrahim. Tiba-tiba Ibrahim melintas dan bapanya berkata, “Itu Ibrahim, anak saya”. Kami menjawab, “Itu Kasa pak cik ”. Bapa Ibrahim menjawab, “Kasa itu saya”. Kami tersipu-sipu malu dan memohon maaf. Peristiwa itu masih segar dalam ingatan saya. Selamat berbahagia Ibrahim bin Kasa yang kini Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Pulau Pinang.

0 Komentar untuk " Kata panggilan dan keunikannya "