SEKITAR 1996, nata de coco pernah mencetus fenomena di Malaysia apabila makanan yang hampir menyerupai agar-agar ini menjadi buruan orang ramai.
Nata de coco mula berkembang di Malaysia ketika itu mendapat permintaan tinggi dan ia sering dijadikan sebagai hidangan wajib pencuci mulut.
Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, banyak kilang dibuka bagi mengeluarkan nata de coco dan hampir 95 peratus daripadanya dipelopori golongan bukan Bumiputera.
Disebabkan pasaran memberangsangkan, Pengarah Urusan Nandong Global Food Industries Sdn Bhd (Nandong Global Food Industries) Masduki Mohfot, pengeluar nata de coco jenama De'N Fresh, mengambil peluang menjualnya secara kecil-kecilan pada 1998.
Ketika itu, Malaysia sedang menghadapi krisis ekonomi dan Masduki yang masih bekerja sebagai arkitek begitu terkesan dengan keadaan tersebut, sehingga memaksanya mencari penyelesaian kepada ekonomi keluarganya.
"Kebetulan, pada masa itu, ada pelanggan saya memberi cadangan supaya memasarkan nata de coco kerana ia menjadi trend dan ada permintaan tinggi," katanya.
Mula enam perisa
Masduki kemudian berjinak-jinak dalam perniagaan menjual nata de coco dengan modal RM25 bagi membeli nata mentah sebelum diproses dan ditambah perasa.
Pada awal perniagaannya, Masduki hanya bermula di rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang dengan menyediakan nata de coco dan membuat pembungkusan sendiri, sebelum menjualnya di sekolah sekitar kawasan tersebut.
"Saya jual enam perisa nata de coco iaitu oren, asam boi, kiwi, laici, mangga dan nenas. Pada mulanya, saya hanya gunakan bekas plastik tau fu fa dengan harga RM3.80 sebekas.
"Alhamdulillah, sambutannya sangat menggalakkan sehingga saya terpaksa meningkatkan kuantiti nata de coco yang dijual. Pada mulanya, setiap hari, sebanyak 25 kilogram (kg) nata de coco yang dijual dan dalam tempoh tidak sampai sebulan berniaga, saya mampu memasarkan setengah tan nata de coco siap di pasaran," katanya.
Selepas enam bulan beroperasi, Masduki menyewa sebuah rumah berkembar 'semi D' di Jalan Kebun, Klang bagi meningkatkan pengeluaran untuk menampung permintaan yang tinggi.
Produk disita pihak berwajib
Oleh kerana Masduki kurang ilmu mengenai selok-belok perniagaan berkaitan makanan, produk nata de coco pernah dirampas pihak berwajib.
"Saya mula bertanya mengenai prosedur perniagaan pengendalian makanan dan mereka memperkenalkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).
"Saya pun mula mengikuti kursus Mardi untuk pengendalian makanan dan asas perniagaan. Pada masa sama, saya turut mengikuti kursus lain di luar untuk memantapkan pengetahuan bagi mengembangkan perniagaan ini," katanya.
Setahun kemudian, Masduki berpindah ke Kota Kemuning, Shah Alam dan perniagaannya semakin berkembang apabila Nandong Global Food Industries mendapat kontrak daripada sebuah syarikat terkemuka yang memasarkan nata de coconya ke seluruh Malaysia.
"Perniagaan kami semakin bertambah baik kerana masyarakat sudah mula mengenali produk kami, namun terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan modal pusingan kerana lambat menerima pembayaran daripada pelanggan.
"Pernah suatu ketika, saya terpaksa menjual aset seperti tiga buah kereta dan tanah sawah yang nilainya hampir RM200,000 untuk mengekalkan perniagaan Nandong Global Food Industries ini," katanya.
Sepanjang tempoh Masduki berniaga sehingga 2004, dia mengalami kerugian kira-kira RM300,000 termasuk kehilangan satu kontena nata de coco sehingga membuatkannya putus semangat.
Buka kilang di kampung
Keputusan Masduki pulang ke kampungnya di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor pada penghujung 2004 ternyata memberikan sinar terhadap perniagaannya.
"Saya pulang ke kampung dan bina kilang sendiri untuk memproses nata de coco bagi mengurangkan kos operasi. Saya hanya bina kilang yang asas sahaja, tidak seperti kilang-kilang lain.
"Walaupun begitu, saya tidak sangka kami dapat memasarkan produk kami di sini sehinggakan menerima banyak bantuan daripada Jabatan Pertanian, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) (kini telah dimansuhkan dan diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama)," katanya.
Sebelum ini, Nandong Global Food Industries hanya mampu menghasilkan sebanyak 1,000 bekas baldi nata de coco dalam sehari, namun kini dengan kemudahan teknologi, pengeluarannya meningkat sehingga 4,000 hingga 6,000 bekas baldi kecil atau 2,000 hingga 3,000 baldi besar (1.5 kg).
Kini, Masduki boleh menarik nafas lega apabila nata de coco jenama De'N Fresh keluaran syarikatnya boleh didapati di pasar raya besar Aeon.
Terdapat lima perisa nata de coco yang terdapat di pasaran iaitu laici, mangga, strawberi, anggur dan epal hijau, namun setiap kali cuti seperti cuti umum, syarikat itu akan mengeluarkan nata de coco edisi istimewanya, perisa nenas.
Selain itu, Nandong Global Food Industries turut menjalankan kontrak pengilangan iaitu pengeluar barangan asal (OEM) nata de coco kepada sebuah syarikat lain yang memasarkan produknya menerusi jenama syarikat tersebut di pasar raya besar Giant, Tesco dan Econsave.
Syarikat itu juga turut mengeluarkan minyak kelapa dara menerusi anak syarikatnya, Moh Food Industries Enterprise.
Bakal keluar produk baharu
Pada tahun ini, Nandong Global Food Industries bakal mengeluarkan empat produk baharu seperti minuman yang mengandungi nata de coco, minuman osmosis berbalik (RO), air alkali dan makanan tambahan cuka kelapa.
"Untuk permulaan, minuman nata dijangka akan dilancarkan pada Februari ini, manakala produk lain akan menyusul pada separuh pertama tahun ini," katanya.
Masduki berkata, dalam tempoh terdekat ini, syarikat itu bercadang untuk menambah kapasiti kilangnya bagi meningkatkan pengeluaran nata de coco untuk menampung permintaan pasaran.
"Buat masa ini, kami tidak bercadang untuk mengeksport produk kami ke luar negara kerana masih belum mampu untuk menampung permintaan yang tinggi di negara ini," katanya.
Di Sabak Bernam, syarikat itu terlibat dengan program agro pelancongan di mana pelancong dibenarkan untuk melawat kilang nata de coco, sekali gus melihat produk itu dihasilkan.

0 Komentar untuk " Nandong Global Food Industries: Bisnes nata de coco dengan modal RM25 "