Nasi kukus murah tapi sedap! - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Nasi kukus murah tapi sedap!

HANYA RM4 orang ramai boleh menikmati sajian nasi kukus ayam yang murah dan berbaloi dengan bajet harian di restoran Nasi Kukus Selera Timur di Jalan Opera, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Pemilik restoran, Azman Ayoub, 54, berkata, sajian dijual dengan harga murah demi memberi peluang kepada orang ramai termasuk berpendapatan rendah menikmati hidangan itu.

“Melihatkan keadaan ekonomi sekarang, saya terpanggil untuk menyediakan hidangan yang lebih ekonomi.

“Konsep yang saya ketengahkan adalah ‘simple’ dan boleh dinikmati orang ramai setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, idea memulakan perniagaan ini adalah cetusan isteri, Shamsiah Abdullah, 53, yang sebelum ini menjalankan perniagaan kecil-kecilan di tepi jalan.

“Melihatkan sambutan daripada orang ramai, jadi kami membuka restoran berkenaan untuk menampung permintaan yang tinggi.

“Syukur... kini restoran kami sudah beroperasi sembilan tahun, kehadiran pelanggan tidak putus-putus,” katanya.

Kata Azman lagi, terdapat hampir 40 jenis lauk-pauk boleh dinikmati orang ramai di restorannya.

“Kesemua lauk pauk dimasak saya dan isteri antaranya itik serati, burung puyuh, daging, udang, sotong dan sebagainya,” katanya.

Restoran yang dibuka pada 2006 beroperasi setiap hari kecuali Jumaat dari jam 11.30 pagi hingga 11 malam.

"Saya gembira melihat pelanggan datang dan makan di sini. Walaupun murah, tapi saya pastikan kualiti makanan yang disediakan.

"Bukan tak untung dengan apa yang saya buat ini, tetapi ia berbaloi, walaupun ia tidak besar mana, tetapi kami bersyukur kerana usaha kami ini mendapat sambutan baik daripada pelanggan,” katanya.

0 Komentar untuk " Nasi kukus murah tapi sedap! "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ