HASIL perniagaan burger tempatan, Kumpulan Ramly, dijangkakan melonjak kepada RM2 bilion berbanding RM1 bilion pada masa ini sebaik kompleks pengeluaran baharu di Pulau Indah, Selangor, beroperasi sepenuhnya pada 2018.
Fasa pertama kompleks itu yang dijadual siap akhir tahun depan, akan meluaskan kapasiti pengeluaran kumpulan kepada 300 tan sehari berbanding 100 tan sekarang, kata Pengasas dan Pengarah Urusannya Datuk Ramly Mokni hari ini.
Kapasiti itu akan ditingkatkan sebanyak 300 tan lagi selepas fasa kedua mula beoperasi, katanya selepas lawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan, ke kemudahan itu.
Pertumbuhan perniagaan kini tidak banyak berubah memandangkan kemudahan sedia ada sudah beroperasi dalam kapasiti penuh, katanya.
Kompleks baharu ini akan dilengkapi depot penyimpanan, logistik halal, pusat latihan dan pusat penyelidikan dan pembangunan.
Kapasiti pengeluaran yang dipertingkat itu kelak akan membolehan Ramly Group meningkatkan eksport ke rantau Asean. Timur Tengah, Eropah, Jepun dan Korea, yang juga merupakan pelan peluasan syarikat.
Kumpulan itu kini mengeskport produknya ke Singapura, Thailand, Indonesia, Kemboja, Myanmar dan Bangladesh. - Bernama

0 Komentar untuk " Perniagaan Ramly Burger dijangka melonjak "