Bantu suri rumah jana pendapatan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Bantu suri rumah jana pendapatan

TRS Training & Consultancy Sdn Bhd optimis mahu mengajak semua terutama suri rumah berkecimpung dalam perniagaan online.

Pengarahnya, Mohd Suhaimi Umar berkata, sebagai syarikat perunding yang baharu setahun jagung beroperasi, perniagaan online sebenarnya mudah bagi sesiapa sahaja yang mahu mencuba.

Justeru katanya, walaupun suri rumah tiada pendidikan tinggi atau pengalaman dalam urusan jual beli, namun mereka sebenarnya boleh berjaya.

“Suri rumah banyak kemahuan, tetapi banyak aspek mereka tiada, jadi kami akan latih mereka dan terus berkomunikasi selagi diperlukan.

“Asalkan ada kemahuan dan rajin, pasti akan membuahkan hasil. Kami boleh memberi tunjuk ajar bagaimana perkara itu boleh direalisasikan,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Katanya, ilmu rundingan dan latihan bukan dipelajari daripada kursus atau kepakaran mana-mana pihak, sebaliknya diperoleh daripada pengalaman sendiri.

“Saya mula mendapat idea untuk memberi rundingan apabila melihat isteri saya yang menjadi suri rumah sepenuh masa tidak melakukan pekerjaan di waktu lapangnya.

“Oleh itu, dengan ilmu yang saya miliki dalam dunia teknologi maklumat dan perniagaan, saya jadikan isteri saya bahan kajian daripada zero kepada hero dalam perniagaan. Kini isteri saya punyai kakitangannya sendiri dan keuntungan tahun lalu mencecah RM1.081 juta,” katanya.

Katanya, untuk perancangan masa hadapan, pembangunan usahawan akan tetap diteruskan, tetapi skopnya akan dikembangkan lagi.

Lahir lebih 1,000 usahawan

Suhaimi berkata, TRS Training & Concultancy Sdn Bhd merupakan syarikat sendirian berhad milik Bumiputera sepenuhnya yang ditubuhkan pada 16 Februari 2015.

“Kepakaran kami membantu usahawan dari segi pemasaran dan pengiklanan produk mahupun servis di media sosial online.

“Pencapaian setakat ini, pada 2015 sahaja kami sudah membantu lebih 1,000 usahawan untuk mengenali teknik pemasaran dan pengiklanan online,” katanya.

Antara kepakaran dan perkhidmatan ditawarkan TRS adalah latihan dan seminar, mereka bentuk, bimbingan peribadi dan pengiklanan.

Ramai suri rumah yang telah kami bantu untuk belajar selok-belok berniaga online mahupun hanya beroperasi dirumah antaranya Shabaneeney (FB page: ELISS-Shabaneeny-Stokis), Kak Mas (FB page :Mas Shawl) dan Kak Nida (Fb page: Butik Pakaian Muslimah).

Menurutnya, TRS juga menjadi pusat rujukan setempat bagi usahawan yang ingin memulakan perniagaan dan buat produk baharu.

Antara usahawanita yang berjaya memulakan perniagaan dengan mencipta produk baru di bawah jenama sendiri adalah Wirawati dari Vwiera Beauty dengan jenama produk fabulous juice. Selain itu, Siti Arija Ali dari klinel bio plt dengan jenama produk klincell dan Noraishah bagi produk Milk Nutrix dan Edonia.

“Kami juga sediakan rekaan grafik dengan idea terkini dan mengikut peredaran zaman dan keperluan perniagaan online,” katanya.

Katanya, TRS juga membantu beri perkhidmatan penuh bagi menaikkan taraf perniagaan online kepada lebih daripada 50 syarikat.

Bengkel percuma

Suhaimi berkata, istimewanya TRS berbanding syarikat lain adalah turut mengadakan bengkel dan latihan kepada usahawan dan orang awam berminat perniagaan online.

“Bengkel percuma juga diadakan terutama kepada orang awam yang berminat untuk berniaga online. Mungkin ada berpandangan apabila latihan diberi secara percuma, modul latihan hanyalah asas sahaja, namun kami bukan begitu, maklumat dan perkongsian pada bengkel itu seperti yang berbayar,” katanya.

Tambahnya, selain bengkel sehari itu, ada juga bengkel yang diadakan selama dua hari dan perundingan persendirian (personal coaching) turut disediakan.

“Bengkel selama dua hari lebih kepada teknikal dan hanya mengenakan bayaran sebanyak RM450 termasuk makan dan minum.

“Manakala bagi yang sudah punyai produk atau pernah berniaga online, tetapi mahu mengembangkan lagi perniagaan, mereka boleh bersemuka terus dengan saya secara persendirian di mana mengenakan bayaran RM900,” katanya.

Personal coaching merangkumi perancangan strategi perniagaan online, pembangunan pasukan, pengurusan akaun, perancangan kewangan, mereka bentuk dan bantu merangka perniagaan.

Suhaimi berkata, usaha lain yang turut dilakukan adalah menghasilkan e-book syarikatnya sendiri yang boleh dijadikan rujukan agar semakin ramai boleh membuat perniagaan online.

“E-book pertama sudah siap dan dijual secara online RM50 yang boleh didapati di laman web utama kami.

“E-book itu juga merangkumi maklumat persoalan mudah yang sering ditanya usahawan atau orang awam mengenai perniagaan online,” katanya.

Bagi  berminat mendapatkan khidmat TRS, boleh melayari laman web TRS Training & Concultancy  atau menghubungi Pengurus Besar TRS, Zainorfatonah di talian 0174311002 atau Encik Suhaimi sendiri di 0192221002. laman sesawang www.trstraining.com.my, Facebook : TRS Training & Consulsultancy.

0 Komentar untuk " Bantu suri rumah jana pendapatan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ