AROMA masakan Arab yang menyelerakan, membuatkan jiran Amel Abdulsalam Alsamawi, mengetuk pintu rumah wanita Arab itu untuk bertanyakan tentang makanan yang dimasaknya.
Ketika itu, Amel yang bekerja sebagai pereka hiasan dalaman menetap di Malaysia, atas urusan kerja.
Situasi itu menghairankan Amel kerana padanya, dia hanya menyediakan hidangan biasa, iaitu masakan Arab untuk keluarganya.
Bermula dari sini, Armel dan suaminya, Yahia Mohamed Alhamaty mendapat ilham membuka restoran makanan Arab di negara ini iaitu Jannah Restoran & Kafe, dengan pelaburan RM601,425 (AS$150,000).
"Kami memilih untuk membuka restoran di Bukit Jelutong, Shah Alam kerana ia berdekatan dengan rumah kami, di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Shah Alam.
"Tambahan, permintaan hidangan Arab sangat tinggi dan tidak banyak restoran yang menyajikan masakan ini di sini," katanya ketika ditemui di restorannya, baru-baru ini.
Amel yang juga Pengurus Pemasaran Jannah Restoran & Kafe berkata, pada peringkat awal pembukaan restorannya 15 Mac lalu, dia dan suaminya, menyajikan makanan Arab secara percuma kepada pelanggan, untuk mendapatkan maklum balas mengenai hidangan mereka.
“Kami berikan pelanggan pilihan menu, sebelum mereka membuat tempahan dan makanan disajikan. Namun kami tidak menerima bayaran kerana mahukan komen ikhlas dari pelanggan untuk menyesuaikan cita rasa makanan Arab dengan masyarakat Malaysia.
“Alhamdulillah, hasil komen mereka, maka tercetus hidangan masakan Arab mengikut cita rasa masyarakat Malaysia. Bermula 15 April, kami memperkenalkan menu pembukaan dan mula mengenakan bayaran kepada pelanggan,” katanya.
Tawar lebih 50 hidangan
Jannah Restoran & Kafe menawarkan lebih 50 hidangan masakan Arab antaranya nasi mandy ayam dan kambing, shish tawook, adass soup, Arabic salad, motabal, baba ganosh, grilled potato, kebab ayam dan kambing serta pelbagai jenis minuman, bermula harga RM5 hingga RM18.
Berbeza dengan restoran makanan Arab lain, Jannah Restoran & Kafe menyajikan masakan Yaman seperti nasi maklouba ayam dan kambing.
Pada masa ini, restoran itu dalam proses mengemas kini menu dan menambah hidangan masakan Arab dan Yaman, yang disesuaikan cita rasa tempatan.
Amel berkata, Jannah Restoran & Kafe mempunyai dua chef khas dari Arab Saudi. Selain itu, katanya, restoran itu sedia menerima tempahan untuk sebarang majlis keraian dan lain-lain.
Sempena Ramadan, Amel berkata, Jannah Restoran & Kafe menawarkan promosi hidangan bufet yang menyediakan hidangan utama dan pembuka selera, buah-buahan serta hidangan lain, sekitar RM30 ke atas.
Bakal buka kedai kopi
Amel berkata, Jannah Restoran & Kafe bakal membuka kedai kopi, di dalam ruang restoran itu dan dijangka beroperasi Ramadan ini.
“Kedai ini menawarkan pelbagai pilihan kopi diimport dari Yaman,” katanya.
Menurutnya, pemilihan kedai kopi dibuat kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi di negara ini. Pada masa akan datang, katanya, pihaknya merancang cawangan kedua Jannah Restoran dan Kafe, dalam tempoh setahun.
“Kami juga sedang meneliti untuk membuka di Cyberjaya, Putrajaya atau Kuala Lumpur kerana permintaan yang tinggi,” katanya.
Pada masa ini, Amel berhasrat mengukuhkan jenama Jannah Restoran & Kafe di pasaran tempatan, selari perancangan syarikat mengembangkan perniagaan restorannya,” katanya. Selain di Malaysia, Amel dan Yahia mempunyai sebuah restoran dan bakeri di Arab Saudi.

0 Komentar untuk " Jannah Restoran & Kafe: Masakan Arab penuhi selera ramai "