Sasar jualan 50,000 Youth Serum - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Sasar jualan 50,000 Youth Serum

EKORAN cuaca tidak menentu kebelakangan ini terutama keadaan panas berpanjangan, memberikan inspirasi kepada pengasas Widwid Resources menghasilkan produk kecantikan untuk mengembalikan keseimbangan kulit.

Produk  dihasilkan itu ialah Youth Serum , yang baru sahaja dipasarkan Januari lalu dan semakin mendapat permintaan menggalakkan.

Ia memberi keyakinan kepada pengasas produk ini untuk menyasarkan penjualan serum itu sebanyak 50,000 botol tahun ini.

Pengasasnya, Widyatulila Basuni berkata, walaupun produk itu baru sahaja dipasarkan awal tahun ini, namun melihat perkembangan jualan sehingga bulan ini memberi keyakinan bahawa pihaknya dapat mencapai sasaran tersebut.

Menurutnya, permintaan di luar jangkaan diperoleh pada Mac baru-baru ini berikutan perkongsian testimoni yang memberi maklum balas positif mengenai produk tersebut.

“Sekarang tempahan masuk terlalu banyak sehingga kilang kadang-kala terpaksa lari dari dateline yang sepatutnya. Stokis dan ejen sanggup membuat bayaran dahulu walaupun ibu pejabat kehabisan stok dek kerana permintaan yang meningkat dari semasa ke semasa.

“Ia salah satu tanda positif terhadap produk kami ini dan apa yang penting, niat kami untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kulit,” katanya yang ditemui, baru-baru ini.

Widyatulila atau lebih mesra dengan panggilan Widya, turut berkongsi mengenai penghasilan produk tersebut pada awalnya adalah berpunca daripada dirinya sendiri yang mengalami masalah kulit akibat faktor cuaca panas.

“Saya sendiri menghasilkan produk ini setelah meneliti bahan yang sesuai untuk mengatasi beberapa masalah kulit, antaranya kering, jerawat dan jeragat.

“Pada masa yang sama, produk kami ini mampu dimiliki sesiapa sahaja kerana ia tidak semahal seperti produk jenama antarabangsa, sedangkan kualitinya tetap kami utamakan dengan bahan premium. Reka bentuk pembungkusan  Widwid Youth Serum juga menarik dan kelihatan amat eksklusif,” katanya.

R&D tiga bulan

Widya berkata, tempoh penyelidikan dan pembangunan (R&D) penghasilan produk serum tersebut hanya mengambil masa tiga bulan sahaja.

“Ia memang tidak mengambil masa lama kerana dengan pengalaman yang saya miliki sebelum ini ketika menghasilkan produk pertama iaitu kolagen tomato, memang memudahkan proses R&D untuk serum ini.

“Saya hanya perlu mencari bahan yang sesuai dengan kulit, daripada bahan organik dan sesuai dengan cuaca negara ini,” katanya.

Tambahnya, antara kelebihan serum itu ialah dapat memudarkan kesan parut, kulit nampak lebih segar, kulit kembali muda, mencerahkan kulit, menegangkan kulit dan mengecilkan liang roma.

“Alhamdulillah bagi pengguna produk ini, mereka boleh melihat perubahannya seawal tujuh hari bergantung pada kulit masing-masing. Serum ini juga tiada bahan kimia. Kami menggunakan semua bahan organik yang amat sesuai digunakan semua peringkat umur,” katanya.

Menurutnya, bagi merancakkan lagi jualan produk serum itu, pihaknya menyasarkan setiap negeri mempunyai 15 hingga 20 stokis.

“Setakat ini kami ada dalam 100 stokis sekitar Lembah Klang dan menyasarkan akan ada lebih ramai stokis di semua negeri selepas ini.

“Secara tidak langsung, tawaran ini boleh mendatangkan pendapatan sampingan kepada yang berminat untuk menjadi ejen atau stokis kami, terutamanya suri rumah sepenuh masa,” katanya.

Berpeluang ke Melbourne

Widya berkata, kelebihan apabila menyertai perniagaannya itu, ahli akan diberi bimbingan untuk berniaga dan memastikan jualan mereka sentiasa meningkat.

“Kami ada berikan latihan serta tunjuk ajar kepada ketua-ketua untuk mengajar ahli baharu bagi mereka memulakan perniagaan.

“Setiap minggu dan bulan juga, kami ada membuat sasaran untuk setiap ejen capai dan bagi yang mencapai sasaran tersebut, kami akan memberikan mereka ganjaran," katanya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan serum 15 ml ini, boleh terus menghubungi ibu pejabat Widwid di talian 0192133927.

Ataupun untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai produk tersebut dan berminat menjadi ejen atau stokis, boleh layari laman sosial Facebook Widwid Beautycare Original.

Widya berkata, pihaknya juga sedang menjalankan kempen kepada pembeli bertuah serum berkenaan, di mana pembeli berpeluang untuk terbang bersama pasukan WidWid ke Melbourne, Australia pada September depan.

“Kempen akan bermula 12 Mei ini sehingga 12 Ogos 2016, di mana setiap pembelian dua unit Youth Serum, para pengguna setia Widwid berpeluang memenangi hadiah percutian tersebut.

“Namun semuanya tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan,” katanya.

Setiap botol Youth Serum berharga RM95 dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

0 Komentar untuk " Sasar jualan 50,000 Youth Serum "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ