BIARPUN masih lagi baharu bertapak, NS Revenue Resources melakar sejarah tersendiri dalam dunia perniagaan. Memperkenalkan jenama La Vario (LV) yang membawa maksud pelbagai dalam bahasa Itali ternyata membawa tuah kepada syarikat itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Zulkhairi Abu Hassan berkata, syarikat itu bukan sahaja memperkenalkan jenama LV bahkan program LV Million kepada mereka yang berminat untuk menjadi usahawan produk itu.
“Secara rasminya, kami baharu sahaja melancarkan produk ini pada Ahad lalu (1 Mei), walaupun jenama ini sudah berada di pasaran sejak tahun lepas.
“Dalam tempoh tersebut, kami mengumpul banyak testimoni positif daripada pengguna yang menggunakan rangkaian produk LV terutamanya produk kecantikan,” katanya.
Biarpun sedar persaingan sengit dalam dunia kesihatan dan kecantikan, namun dia optimis produk yang ditawarkan oleh syarikatnya itu mampu menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Bagi memastikan tiada lambakan atau tiruan, setiap produk akan didaftarkan di atas nama pembeli bagi menjamin keselamatan.
Sedia kursus dan latihan
“Untuk produk kami, penguasaan pasaran pula disasarkan 3 hingga 5 peratus untuk domestik. Kami turut menerima permintaan pasaran luar seperti Brunei, Thailand, Indonesia dan Singapura,” katanya.
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai syarikat itu sebagai ejen jualan produk, pihak NS Revenue Resources akan menyediakan kursus dan latihan keusahawan sebelum memulakan perniagaan.
Mohammad Zulkhairi berkata, langkah tersebut penting agar ejen dapat memperoleh ilmu dan pengetahuan sebelum memulakan perniagaan.
“Bukan sahaja menggunakan ejen jualan, kami turut menggunakan teknik pemasaran Multi Level Marketing (MLM) bagi memasarkan produk kami. Namun perlu diingatkan, produk kecantikan dan kesihatan kami adalah berkualiti dan bukan sekadar produk ‘tangkap muat’ atau cincai,” katanya.
Selain itu, ejen juga didedahkan dengan sistem pemasaran baharu terutamanya menggunakan media sosial sebagi medium interaktif.
Katanya, teknik pemasaran tersebut bukan hanya digunakan untuk pasaran tempatan tetapi turut digunakan untuk menembusi pasaran luar nanti.
“Kami juga merancang untuk melakukan pengiklanan di media massa secara meluas bagi mengekalkan jenama kami di hati pelanggan. Proses ini amat penting kerana pengiklanan memainkan peranan sangat berpengaruh untuk sampai ke pelanggan kami di luar sana,” katanya.
Segala kos pengiklanan ditanggung oleh syarikat bagi memudahkan setiap ejen melakukan tugas dengan baik dari segi penjualan produk. Malah komisen menarik diberikan kepada ejen dan ahli sama ada dalam individu atau kumpulan bagi menaikkan semangat mereka.
“Pelan yang syarikat perkenalkan kepada ejen dan ahli berdasarkan model sedia ada dengan mewujudkan program usahawan baharu,” katanya.
Setanding produk antarabangsa
Setakat ini, NS Revenue Resource melancarkan empat produk seperti Miracle Spray, Unique Creme, serum nUBORN dan jus Extract Moringga (anti penuaan) sekaligus.
Menurutnya, produk keluaran syarikat berkualiti dan menyamai standard produk luar negara dengan harga lebih murah.
“Dengan produk ini, kami mahu menyebar kesedaran bahawa produk tempatan juga setanding jenama terkenal. Dari harga RM50 ke bawah , produk kegunaan harian ini dapat membantu masalah kulit yang dihadapi masyarakat,” katanya.
Sementara itu, kadar pakej produk keluaran syarikatnya bermula RM180 sehingga RM300 dilancarkan sejak tahun lalu.
Turut mendapat bantuan daripada beberapa agensi seperti SME, Mara dan Tekun bagi mengembangkan perniagaan itu. Manakala syarikat itu akan menambah tujuh lagi produk mampu milik itu dari masa ke masa.

0 Komentar untuk " NS Revenue Resources Optimis kuasai pasaran serantau "