SELEPAS hijrah Nabi Muhammad SAW, tidak ada hijrah lagi, namun semangat berpindah atau melakukan perubahan ke arah keadaan lebih baik adalah hikmah perlu difahami serta dihayati daripada peristiwa yang diraikan umat Islam di negara ini setiap tahun. Penolong Pengarah Pengurusan Pengembangan Syiar Islam, Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Abd Aziz Disa, berkata ini kerana impak hijrah memberi satu perubahan kepada diri mereka yang melakukannya.
Mengimbau kronologi peristiwa sebelum Nabi Muhammad SAW membuat penghijrahan meninggalkan Makkah ke Madinah dalam usaha memastikan Islam tersebar serta berkembang luas, katanya, setiap ujian dihadapi membawa hikmah tersendiri.
"Ia menjelaskan kepada kita peringatan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: "Adakah manusia yang mengaku beriman itu menyangka mereka tidak akan diuji. Allah SWT menguji setiap kita dengan ujian yang pelbagai," katanya pada ceramah sempena Maal Hijrah di Surau The New Straits Times Press (NSTP), baru-baru ini.
Katanya, mereka yang kuat diuji ialah Rasul yang menyampaikan dakwah kepada umatnya khususnya Rasul ulul azmi kerana memiliki ketabahan serta kesabaran luar biasa menghadapi cabaran menyebarkan agama Allah SWT sementara Rasulullah SAW paling banyak diuji.
Kesedaran kepada umat Islam
Abdul Aziz berkata, ujian dihadapi Rasulullah SAW jika dikenang kembali sepatutnya memberi kesedaran kepada umat Islam hari ini yang hidup dalam suasana di mana mereka bebas melakukan ibadah serta mengamalkan ajaran Islam sebenar. Sedangkan katanya, dalam usaha menyebarkan agama Islam, Baginda SAW yang diutuskan Allah SWT dinafikan hak kebebasan untuk beribadah, malah Baginda diganggu serta ditawarkan pelbagai perkara termasuk harta dan kuasa dengan syarat sanggup meninggalkan Islam.
Antara dugaan dihadapi Nabi Muhammad SAW, diletakkan najis haiwan di kepala Baginda ketika beribadah di Kaabah oleh Aqabah bin Abi Muit. Baginda juga cedera apabila cuba mengajak penduduk Taif kepada Islam. "Malah Musyrikin Makkah pernah menawarkan syarat menang-menang kepada Rasulullah SAW iaitu tahun ini mereka menyembah Tuhan Baginda, manakala tahun hadapan pula Baginda menyembah Tuhan mereka pula.
"Tidak berjaya dengan pujukan, mereka membuat pemulauan ekonomi dan menurut riwayat keadaan itu berlanjutan tiga tahun menyebabkan umat Islam terpaksa makan daun kayu. Tetapi Rasulullah SAW dan sahabat tetap bertahan. Ada juga usaha mendapat pertolongan pihak lain, tetapi tidak berjaya," katanya. Beliau berkata, melihat tentangan dihadapi Rasulullah SAW itu sepatutnya menimbulkan kesedaran di jiwa umat Islam untuk menghargai nikmat Islam dikurniakan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dalam setiap aspek kehidupan.
Hayati maksud ayat al-Quran
Abd Aziz berkata, antara caranya ialah mempelajari al-Quran, memahami maksud ayat dan menghayati mesej disampaikan kerana bagi mereka yang membaca kalam Allah SWT itu berapa ramai yang berasa gerun dengan amaran diberi. Mengambil contoh amalan membaca surah Yasin dalam kalangan masyarakat Islam, adakah ayat yang dibaca, malah dihafal kebanyakan kita berjaya menimbulkan rasa gerun kerana terdapat cerita mengenai neraka serta azab seksaan.
"Jika kita faham ayat dalam surah Yasin itu, kita akan takut untuk membuat kesilapan kerana Allah sudah beri amaran iaitu di mana pada Hari Kiamat nanti mulut akan dikunci sebaliknya tangan yang akan memberitahu kesalahan dilakukan. "Sebaiknya kita mula belajar al-Quran dengan betul jika tidak mahu malu di hadapan Allah SWT nanti. Sekarang pun kita sudah ada ramai ahli ibadah, tetapi melakukan ibadah dalam keadaan jahil. Jangan kita mati dalam keadaan tidak mula berhijrah mendekatkan diri dengan agama Allah SWT," katanya.
Katanya, sirah yang berlaku kepada umat terdahulu ibarat kitaran hidup dan ia akan berulang justeru, umat Islam perlu belajar daripada sirah, melihat kejadian menimpa umat sebelum ini serta mengambil pengajaran daripadanya. Mengaitkan sirah dengan perkembangan semasa, beliau mengambil contoh keadaan umat Islam yang terpaksa membawa diri mendapatkan bantuan dari negara bukan Islam disebabkan kekacauan berlaku di negara mereka. Beliau berkata, umat Islam dahulu pergi ke Habsyah untuk meminta perlindungan serta menyelamatkan keimanan mereka. Kedatangan mereka disambut baik pemerintah Habsyah walaupun ada usaha pihak Musyrikin membawa mereka kembali ke negara asal.
Umat Islam kini saling berdengki
Malangnya, adalah menyedihkan apabila negara Islam hari ini tidak menerima saudara mereka, malah antara umat Islam pula saling berdengki. Oleh itu katanya, keadaan itu perlu diubah dan umat Islam perlu mengambil semangat kaum Aus dan Khazraj yang membantu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.
"Pada masa sama kekalkan semangat untuk mengamalkan sunah Rasulullah SAW. Tanya diri apa kita buat untuk mempertahankan Rasulullah SAW kerana tidak malukah kita nanti tidak berbuat apa-apa, tetapi di akhirat ingin meminta syafaat Baginda," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/92163

0 Komentar untuk " Ikut semangat Aus, Khazraj satu padukan umat "