Kerjasama dengan penyelidik hasilkan produk sunnah - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kerjasama dengan penyelidik hasilkan produk sunnah

KEBIASAANNYA apabila wanita mencecah usia 30 tahun, tahap kecergasannya tidak sama seperti dulu. Lebih-lebih lagi, memiliki kerjaya dan cahaya mata. Dua perkara itu ada ketikanya membuatkan wanita lupa untuk membelai diri sendiri.

Melihat kepada luaran, mungkin mereka tidak menyedari sebarang perubahan, namun stamina tidak lagi kuat dapat dirasakan apabila sering berasa penat dan sebagainya, maka ia menunjukkan sesuatu perlu dilakukan.

Situasi itulah yang dialami oleh Pengasas Bellezza Essential, Noreen Azaliza Halim, lalu berikhtiar mengambil makanan tambahan. Disebabkan terburu-buru menggunakan satu produk makanan tambahan, tanpa mengetahui kandungannya, akibatnya ia memberi kesan buruk.

Kulitnya menjadi kering dan bersisik manakala tumit kaki pecah kerana tidak minum air dengan secukupnya. Perkara itu membuatkan beliau bimbang untuk mencuba produk lain. Tidak mahu perkara sama berulang, beliau dan suami Mohd Hafiz Ismail, tekad untuk menghasilkan produk berasaskan makanan sunnah, dikenali sebagai Bellezza.  

Idea itu diperoleh selepas sekian lama melihat ibunya mengamalkan makanan itu satu persatu.   Katanya, produk makanan sunnah yang dihasilkan dengan kerjasama penyelidik sebuah universiti tempatan itu boleh digunakan seisi keluarga seawal usia bayi lagi tanpa sebarang syarat. Perkara itu dibuktikan menerusi dua cahaya matanya berusia, Iris Marissa, enam tahun dan Bella Humairra, empat bulan.  

"Bahan-bahan digunakan semuanya semula jadi tanpa perlu diragui khasiatnya. Kandungan terdiri daripada habatussauda, kurma, delima, madu, durian belanda sebagai anti barah, bluberi membantu dalaman wanita dan kolagen ikan laut dalam. "Tiada sebarang kandungan tambahan selain dari bahan semula jadi diletakkan atau memerlukan anda minum air dalam kuantiti banyak seperti yang dialami sebelum ini," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.    

Katanya, paling penting produk dihasilkan halal dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

Manfaat makanan sunah   

Katanya, dahulu pengambilan makanan sunnah ini tidak begitu praktikal kerana perlu mengambil satu persatu, tetapi kini beliau menggabungkan semua bahan berkenaan dalam satu paket bagi memudahkan ia dibawa ke mana-mana.  

"Hanya ambil masa sesaat dan boleh menikmatinya di mana-mana saja. Sebelum memasarkan produk ini, kami sekeluarga menjadi testimoni dan ternyata ia membantu untuk kembali segar, malah anak yang letih akan kembali cergas," katanya.  

Kini beliau mempunyai 30 stokis aktif di seluruh negara dan produk ini juga sudah menembusi pasaran Brunei. Harga yang ditawarkan ialah RM150 untuk penggunaan selama sebulan. Sementara itu, bagi stokis Bellezza, Faliza Mohd Ghazali, 36, berkata produk ini mendapat permintaan tinggi dan sehingga kini tiada pelanggan merungut ada kesan negatif.

"Sebelum menjadi stokis, saya juga mencuba produk ini dan tenyata, sedikit sebanyak memberi kesan kepada tubuh," katanya yang membuka stokis di Shah Alam. Perkara sama turut diakui oleh Norzaimah Mohd Eusope, 31, yang menggunakan produk ini ketika mengandung sebelum menjualnya kepada mereka yang berminat. Katanya, kesannya penggunaan makanan sunnah ini, kesihatan badan semakin bertenaga.



Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/92285
0 Komentar untuk " Kerjasama dengan penyelidik hasilkan produk sunnah "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ