KUALA LUMPUR: Bahasa Melayu bakal berhadapan dengan kemungkinan menjadi bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu saja meskipun haknya sebagai bahasa kebangsaan sudah diperakukan oleh Perlembagaan. Ini disebabkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah bukan aliran kebangsaan hanyalah berdasarkan teori saja sedangkan mereka tidak menguasainya secara praktikal.
Pensyarah Pusat Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Zulkifley Hamid, berkata faktor utama yang menghalang kewujudan masyarakat yang dapat berbahasa Melayu secara jelas dan harmoni ialah sikap perancang program pendidikan bahasa yang mentakrifkan sistem bahasa sebagai sistem nahu.
"Dengan kata lain, mereka menyamakan nahu dengan bahasa dan beranggapan apabila sistem formal sesuatu bahasa dikuasai dengan baik, maka sempurnalah proses pendidikan bahasa."Pemikiran yang sebegini bersifat terlalu mempermudahkan sedangkan bahasa ialah entiti yang terangkum juga di dalamnya peraturan sosialisasi yang sudah termaktub secara utuh," katanya ketika menyampaikan ucaptama Seminar Bahasa, Sastera dan Kebudayaan Melayu (SEBAHTERA 2015) di Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM) di sini, pagi tadi.
Yang turut hadir Pengarah APM UM, Prof Dr Mohamad Mokhtar Abu Hassan dan Sasterawan Negara (SN) Datuk Dr Zurinah Hassan.Zulkifley berkata, seseorang penutur hanya boleh dianggap menguasai sesuatu bahasa jika mampu menggunakan bahasa berdasarkan kesesuaian budaya. "Jika sesuatu bahasa diujarkan tanpa mengambil kira aspek budaya, kemungkinan besar bahasa yang dihasilkan tidak dapat diterima dengan selesa oleh pendengar.
"Sebagai pengguna bahasa Melayu yang berstatus penutur bahasa kedua, pelajar bukan Melayu menguasai pengetahuan bahasa ini menerusi proses pendidikan formal sama ada di sekolah atau kelas tambahan. "Oleh sebab proses pendidikan formal lebih mementingkan pengajaran dan pembelajaran aspek nahu atau tatabahasa, mereka berkemungkinan besar akan menguasai pengetahuan bahasa secara tidak seimbang, iaitu pengetahuan nahu dikuasai dengan lebih baik berbanding dengan aspek kecekapan berbahasa," katanya.
Keadaan itu, kata Zulkifley, menyukarkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan pelbagai etnik yang semakin jelas diakui kepentingannya selepas peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. "Gagasan 1Malaysia juga hanya akan berjaya jika kita dapat berkomunikasi secara jelas dan santun dalam bahasa Melayu. "Meskipun sukar untuk memupuk sikap saling mencintai di kalangan warga negara berbilang kaum, tidak salah untuk hidup secara harmoni dengan bahasa Melayu itu dijadikan alatnya," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/92363

0 Komentar untuk " Mungkinkah bahasa Melayu hanya ditutur oleh orang Melayu saja? "