WALAUPUN sudah kembali kepada Islam kira-kira 20 tahun yang lepas, Chan Ah Lee masih menerima banyak jemputan untuk berkongsi pengalaman beliau menemui hidayah. Masyarakat kita memang suka mendengar cerita sebegini, mungkin sebagai sumber inspirasi ataupun untuk mendapat iktibar dan panduan.
Kadang-kadang mereka terkecewa kerana cerita yang disampaikan biasa-biasa sahaja. Tiada unsur magis seperti bermimpikan lembaga berjubah putih atau cahaya putih di hujung terowong yang gelap.
Chan Ah Lee, sebagai contoh, tidak mendapat hidayah melalui mimpi. Beliau juga tidak menemui kebenaran melalui peristiwa-peristiwa aneh seperti yang sering diceritakan di dalam majalah seperti Mastika. Sebaliknya, beliau mencari kebenaran dan membuat kajian sejak di bangku sekolah lagi. Beliau menemui kebenaran setelah membuat perbandingan agama.
Lazimnya, selepas ceramah atau perkongsian, akan diadakan sesi soal jawab bersama hadirin. Antara soalan popular ialah, “Bagaimana penerimaan keluarga?” dan “Bagaimana hendak menyampaikan Islam kepada mereka yang belum Islam?”
Manakala, soalan yang paling menyentap perasaan beliau ialah, “Keluarga awak masih Cina?”
Kebiasaannya, beliau akan menjawab, “Keluarga saya masih Cina. Saya juga masih Cina”, sambil tersenyum dan menerangkan perbezaan antara kaum dan agama.
Sememangnya bagi masyarakat Cina, masuk Islam itu sama macam masuk Melayu, walaupun isu ini sudah berkurangan jika dibandingkan dengan 20 tahun dahulu. Ia hasil dakwah yang dijalankan oleh NGO-NGO Islam termasuk Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Alhamdulillah, semuanya dengan izin-Nya juga.
Dengan adanya istilah Cina Muslim, bila masuk Islam, seorang Cina itu akan menjadi Cina Muslim, bukannya Melayu.
Bagaimanapun, tetap ada masyarakat Cina di sini yang menganggap Cina Muslim sebagai Melayu. Mungkin mereka tidak faham. Salah Cina Muslim juga kerana ada kalangan mereka yang selepas memeluk Islam, terus melupakan adat dan budaya Cina serta tidak lagi berbahasa Cina. Mereka seolah-olah masuk Melayu secara rela, bukannya dipaksa.
Ada pula yang menyambut hari raya dengan ketupat dan rendang serta berbaju Melayu. Kenapa tidak buah limau? Atau kuih-muih Cina?
Masyarakat Cina yang belum Islam akan melihat ini sebagai masuk Melayu. Mereka menjadi takut mereka dimelayukan jika memeluk Islam sedangkan tiada siapa pun yang memaksa mereka jadi Melayu.
Jangan juga salahkan Melayu jika Melayu beranggapan bahawa Cina itu bukan Islam. Kerana masyarakat Cina Muslim sendiri yang tidak menonjolkan kecinaan mereka selepas memeluk Islam. Malah, tidak salah menjadi lebih Cina selepas memeluk Islam, asalkan tidak melanggar syariat.
Jika biasa memakai baju Melayu atau berjubah Arab ke masjid untuk solat Jumaat, apa salahnya, sekali-sekala, pakai pula jubah “Wong Fei Hong”. Tidak salah jika ingin memakai kain pelikat, asalkan pakaian budaya Cina tidak dilupakan. Barulah kita boleh menonjolkan bahawa Islam itu universal. Islam milik semua kaum dan bangsa di dunia ini.
Ajaran Islam itu sendiri sebenarnya tidak menjadi halangan besar untuk masyarakat Cina memeluk Islam. Yang menjadi halangan utama adalah persepsi masuk Melayu kerana masyarakat Cina merasakan kecinaan mereka terancam. Ini kerana Cina Muslim sendiri tidak menonjolkan kecinaan mereka selepas memeluk Islam.
Kekalkan budaya Cina agar kita dapat mengubah persepsi masyarakat Cina bahawa masuk Islam bukan bermakna masuk Melayu. Pada masa yang sama, kita juga dapat menunjukkan kepada masyarakat Melayu bahawa bukan semua Cina itu kafir.
ALLAH SWT berfirman: “Wahai orang-orang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana ALLAH, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah: 8)
Ayuh Cina Muslim! Kita harus lebih agresif dalam menjalankan kerja dakwah kepada bukan Islam. Sampaikan Islam kepada mereka tanpa mengurangkan kecinaanmu.

0 Komentar untuk " Keluarga awak masih Cina? "