SEPERTI diketahui, sifat asid menghakis dan bahayakan manusia kerana mampu membawa kemudaratan jika terkena pada kulit dan organ lain.
Asid bukan sahaja boleh melecurkan kulit, malah mampu membutakan mata. Sebatian kimia itu secara umumnya diguna secara meluas kebanyakan penoreh getah bagi membekukan getah cair sebelum ia dihantar ke kilang pemprosesan.
Lebih dikenali sebagai cuka getah, asid formik tersebut jika disalahgunakan untuk tujuan balas dendam kepada manusia menyebabkan kesan mendalam kepada si mangsa kerana ia menyebabkan kulit melecur, kulit tertanggal dan parut mengerikan.
Bertitik tolak daripada masalah itu, syarikat tempatan mengorak langkah menghasilkan formulasi cuka getah yang tidak berbahaya dan mendatangkan kemudaratan kepada manusia.
Syarikat Hiska Sinergi Sdn Bhd mengambil masa beberapa tahun menghasilkan kajian demi kajian agar cuka getah sedia ada di pasaran tidak disalahgunakan individu tertentu untuk mendatang kecederaan kepada orang lain.
Bukan sahaja selamat digunakan, malah cuka getah Hiska berperanan membantu penoreh getah mempercepatkan pembekuan getah berbanding cuka getah biasa.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Hisham Kassim berkata, penciptaan cuka getah keluaran syarikatnya itu supaya kes salah guna asid formik dapat dibendung sekaligus menyelamat manusia daripada menjadi mangsa simbahan asid.
"Inovasi cuka ini bermula 2007 selepas kes-kes simbahan asid berleluasa angkara dendam atau dengki. Kes sebegini menyebabkan kami mencari alternatif lain untuk membekukan susu getah, selain cuka getah sedia ada.
"Cuka getah Hiska mendapat pengiktirafan dan berjaya memenangi tempat kedua Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi pada Ekspo Teknologi Malaysia 2010," katanya.
Pembekuan lebih cepat
Menurut Mohd Hisham, cuka getah Hiska ditambah baik dengan teknologi terkini agar pembekuan berlangsung dalam tempoh lebih singkat berbanding cuka biasa.
"Kebiasaannya cuka getah memerlukan dua hingga tiga jam untuk susu getah membeku. Namun dengan penggunaan Hiska, tempoh pembekuan lebih cepat iaitu 30 minit.
"Walaupun musim tengkujuh, cuka Hiska tetap melakukan pembekuan dalam kadar waktu sama," katanya.
Bukan sahaja kadar pembekuan dipercepatkan, inovasi syarikat itu menjadikan susu getah lebih padat dan rongga udara tidak berlaku.
Bahkan katanya, berat susu getah dicatatkan lapan peratus pertambahan berbanding cuka getah biasa.
"Untuk mendapatkan cuka Hiska, kami menjalankan 100 kajian dan percubaan agar dapat membantu meningkatkan pendapatan penoreh getah.
"Bermula dengan tempoh pembekuan selama tiga jam, kami berjaya menghasilkan masa lebih pendek iaitu setengah jam. Dari situ, penambahbaikan dilakukan sehingga menjadi tiga minit sahaja," katanya.
Malah, setiap sampel dihasilkan dihantar ke Lembaga Getah Malaysia dan kini produk tersebut digunakan secara meluas di tanah rancangan milik kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) serta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).
Kelebihan cuka Hiska
Bukan sahaja mempercepatkan pembekuan susu getah, cuka getah Hiska dapat mengurangkan gejala kecurian getah beku.
Penoreh getah dapat memungut hasil getah tanpa menunggu tempoh pembekuan lebih lama.
"Selepas menoreh, penoreh dapat memungut getah beku terus dan ia dapat menggelakkan hasil itu dicuri.
"Cara penggunaan lebih mudah kerana penoreh perlu meletakkan cuka getah Hiska dalam kuantiti 25 mililiter ke dalam bekas susu getah sebelum menoreh," katanya.
Hasilnya, getah beku lebih padat dan tiada lebihan air jika ia diperah menunjukkan rongga udara tidak berlaku dengan cuka getah tersebut.
Kaedah kedua, penoreh boleh meletakkan cuka getah Hiska selepas menoreh, namun mereka perlu mengacau supaya getah cair menjadi sekata.
"Antara kelebihan lain, cuka ini menyebabkan getah tidak berbau busuk dan serangga perosak serta nyamuk berkurangan di kawasan ladang.
"Dengan penggunaan produk Hiska, penoreh getah tidak akan mengalami masalah berulang kerana lima liter cuka ini boleh digunakan untuk 200 batang pokok getah," katanya.
Selain lima liter, cuka getah Hiska boleh didapati dengan kandungan 20 liter dijual pada harga RM30 dan RM180.
Walaupun disimpan dalam tempoh lama, cuka tersebut mampu mencapai jangka hayat selama 15 tahun atau lebih.

0 Komentar untuk " Cuka getah Hiska mesra pengguna "