MyMarket buka platform perniagaan global PKS - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

MyMarket buka platform perniagaan global PKS

PAMERAN dan Forum Asean MyMarket mengumpul ramai tokoh korporat dan usahawan berjaya berkongsi pengalaman menjalankan perniagaan di rantau Asean.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, program itu merupakan salah satu aktiviti outreach berterusan untuk memastikan syarikat tempatan menerima maklumat terkini industri perniagaan di rantau ini.

“Kami menekankan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) agar sentiasa mengetahui perkembangan semasa sektor perniagaan.

“Forum ini dilihat sebagai platform kepada peserta berkongsi pengalaman dan maklumat mengenai proses atau tatacara menembusi pasaran Asean,” katanya ketika sesi dialog bersama peserta forum MyMarket, baru-baru ini.

Bukan sahaja maklumat terkini bahkan ia dapat mewujudkan peluang rangkaian kepada peserta.

Peserta program turut diberi pendedahan mengenai program Menteri-Menteri Ekonomi Asean (AEM) dan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) menerusi slot Forum dan Dialog.

Sesi perkongsian maklumat itu memberi impak besar dan memperolehi informasi peluang disediakan AEC khususnya golongan PKS.

“Pelaksanaan AEC bertujuan mewujudkan pasaran dan akses tunggal di rantau ini mewujudkan peluang perdagangan dan pelaburan ruang sempadan 10 negara Asean.

“Dengan pelaksanaan AEC, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di rantau ini dijangka meningkat dua kali ganda kepada AS$47 trilion (RM205.74 trilion) pada 2020,” ujarnya.

Katanya, dengan kepadatan jumlah penduduk anggota Asean seramai 620 juta, ia menawarkan peluang besar untuk PKS bersaing di peringkat global.

0 Komentar untuk " MyMarket buka platform perniagaan global PKS "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ