MELAWATI Kebab! Jenama yang tidak perlu diperkenalkan kerana popular dalam kalangan penggemar kebab terutamanya di Lembah Klang.
Bijak merencanakan perniagaan dan melihat potensi perniagaan kebab di negara ini, pemilik Melawati Kebab Sdn Bhd, Mohd Shafiee Salim nekad mengukuhkan perniagaannya sekali gus menguasai pasaran makanan sejuk beku tempatan.
Anak jati Muar ini memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di Hulu Klang, Kuala Lumpur, untuk meneruskan kelangsungan hidup.
"Pada 1996 selepas muflis menjual buah-buahan, saya mahu mencuba sesuatu yang baharu iaitu perniagaan makanan. Saya berniaga kecil-kecilan kerana memikirkan risiko yang hadapi juga kecil sahaja," katanya berseloroh.
Usahawan berjaya ini mempunyai lebih 40 produk yang dipasarkan di seluruh negara.
Resipi 40 produk yang dipasarkan berasaskan ayam, daging dan burger serta roti itu adalah hasil air tangan Shafiee dan isterinya, Zawiyah Basiran.
Kekurangan peniaga Bumiputera dalam bidang itu memberikan keyakinan kepada Mohd Shafiee menceburi perniagaan tersebut.
Mohd Shafiee nekad memulakan perniagaan kebab yang bermodalkan RM10,000 untuk membeli kelengkapan perniagaan kebab dan bahan mentah yang diimport.
Ia adalah hasil jualan buah-buahan dan kerepek ketika berhijrah ke Kuala Lumpur kerana mahu mengubah kehidupannya.
“Pada mulanya, proses membuat kebab hanya dilakukan di rumah dan kami menjual di gerai. Selepas sebulan, kami memasuki lima pasar malam sekitar Lembah Klang.
“Saya masih ingat pada hari pertama saya berniaga, kebab daging hanya terjual dua dengan harga RM2 satu. Saya menerimanya dengan hati terbuka kerana adat dalam perniagaan, tidak akan mendapat keuntungan dalam masa singkat,” katanya.
Mohd Shafiee bersyukur, semakin hari, perniagaan kebabnya menjadi pilihan dan fenomena luar biasa apabila orang beratur untuk mendapatkan kebab daging dan ayam.
“Dengan dibantu lima pekerja, saya mula membesarkan perniagaan saya dan mengeluarkan roti dan memproses daging sendiri di rumah. Saya mempelajari cara membuat kebab, memproses daging dan ayam dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi),” katanya.
Proses membuat kebab dilakukan secara manual tanpa menggunakan mesin. Dengan wang di kumpul sedikit demi sedikit dia mula membeli mesin pemprosesan dengan menggunakan wang simpanan sendiri.
Dari rumah, Mohd Shafiee mula mengorak langkah menyewa kedai dan seterusnya kilang di Cheras apabila mendapat permintaan tinggi dan kini menjadi usahawan berjaya.
Luas empayar perniagaan
Latar belakang keluarga dalam perniagaan dan memahami selok-belok perniagaan, memberikan ilham kepada Mohd Shafiee meluaskan empayar perniagaannya.
“Kini saya menyewa kedai dan beroperasi di Cheras. Saya mempunyai lebih 40 pekerja. Kami juga akan berpindah ke Puchong penghujung tahun ini.
“Kami mempunyai kilang memproses makanan sejuk beku sendiri selain memiliki bangunan pejabat. Kami menjadi antara pembekal makanan sejuk beku dalam pasaran tempatan,” katanya.
Produk Melawati Kebab dijenamakan semula kepada Salim adalah kebab ayam, kebab daging, kebab kambing, burger ayam, burger lembu, oblong lembu, oblong kambing, burger ayam bakar, burger kambing bakar, ayam kisar, bebola daging, sosej jumbo, pita kebab dan roti arab.
Tambahnya, pelanggan utamanya adalah pasar raya, pemborong makanan sejuk beku, syarikat konsep pemasaran francais, pasar mini, kedai runcit, restoran, warung, gerai pasar malam dan peniaga karnival dari seluruh Malaysia.
Perniagaannya bergantung kepada keadaan ekonomi semasa kerana dia mengimport daging dan bahan mentah dari luar negara.
"Saya masih ingat ketika kegawatan ekonomi pada 1997 dan 1998, perniagaan kita kurang dan kami hanya bertahan sahaja. Kami tidak mengalami kerugian namun tetap terasa dengan permintaan yang agak berbeza," katanya.
Katanya, dugaan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan perniagaan kebab yang menjadi sebahagian daripada hidupnya.
"Kini , perniagaan kami terkesan dengan keadaan ekonomi semasa dan kesan kejatuhan ringgit kerana harga bahan yang diimport naik.
"Kini kami berdepan dengan harga yang mahal antaranya ialah harga bagi daging untuk satu kontena ialah RM300,000 berbanding sebelum ini hanya RM230,000 sahaja. Kesannya amat ketara kerana 95 peratus produk saya bergantung kepada barang yang diimport antaranya daging, tepung," katanya.
Bagaimanapun katanya, pengalaman menghadapi kegawatan ekonomi sebelum ini memberikan panduan kepadanya untuk menghadapi keadaan sekarang.
Lebih 40 produk
Mohd Shafiee tidak betah duduk diam kerana mahu memastikan setiap produk yang dihasilkan menepati kehendak pasaran.
"Saya sendiri turun padang dan saya tahu setiap bahan yang digunakan dalam lebih 40 produk itu. Ini bertujuan untuk memastikan kualiti dan rasa tetap sama menepati kehendak peniaga," katanya.
Tambahnya, syarikat sendiri menjalankan kajian dan penyelidikan untuk memastikan produk yang dihasilkan tidak memberikan kesan kepada peniaga dan pembeli.
"Kami mengeluarkan tiga hingga lima tan produk pada setiap hari. Setiap produk diinovasi supaya ia menjadi lebih sedap dan lain daripada produk sedia ada," katanya.
Pada setiap tahun, Mohd Shafiee akan mengeluarkan produk baharu untuk memenuhi permintaan pasaran dan tahun ini
beliau bakal mengeluarkan tiga produk baharu menjelang akhir tahun ini antaranya ialah produk hasilan isi ikan.
"Kita juga merancang untuk mempromosikan kafe jual kebab yang baharu dibuka. Kita melaburkan kira-kira RM150,000 untuk membuka kafe tersebut sebagai cara mendekati penggemar produk Kebab Melawati.
"Kami juga merancang untuk menembusi beberapa pasaran luar negara antaranya Emiriah Arab Bersatu dalam masa terdekat," katanya.
Mohd Shafiee mengakui bukan mudah untuk berada pada tahap sekarang kerana pelbagai cabaran terpaksa dihadapi.
"Dalam menjalankan perniagaannya, saya sentiasa mengingatkan diri untuk jujur dengan pelanggan dan rakan niaga.
"Sentiasa berdisiplin untuk terus mendapatkan kepercayaan daripada orang ramai," katanya.
Bantu lahir usahawan
Mohd Shafiee tidak lokek untuk berkongsi kejayaannya bersama bakal peniaga lain kerana yakin ilmu yang dikongsi akan memberikan manfaat kepada mereka.
"Melalui program Biz Talk yang dijalankan, kami membantu usahawan di seluruh negara. Saya mengadakan pelbagai program untuk mengajar usahawan baru mengenai selok-belok perniagaan," katanya.
Tambahnya, Mohd Shafiee juga mengadakan program ala francais dan mentor mentee.

0 Komentar untuk " Dari gerai, jadi pengilang "