SATU daripada tajuk penting dalam projek pendemokrasian di negara ini ialah melakukan pembaharuan dalam cara kita menggubal, membahas dan meluluskan undang-undang. Secara spesifik, ialah mewujudkan secara formal, proses keterlibatan dalam menggubal undang-undang.
Ia sebahagian daripada kandungan cadangan penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang (SPU), yang dikemukakan Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), yang dipengerusikan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dengan Lim Chee Wee sebagai timbalannya dan saya salah seorang anggotanya. SPU telah diluluskan MKPN pada 15 Oktober lalu dan merupakan sebahagian daripada laporannya yang akan diserahkan kepada kerajaan kelak.
Saya telah berkongsi tentang proses keterlibatan ini di diskusi “Agenda Pembaharuan Parlimen” bersama Maria Chin Abdullah (Bersih 2.0) dan Syahredzan Johan (Majlis Peguam) dengan Ahli-ahli Parlimen, pada 15 Oktober lalu; dan di forum “Reformasi Undang-undang” anjuran SUARAM Pulau Pinang bersama Hannah Yeoh (Speaker, Dewan Undangan Negeri Selangor) dan Ahli-ahli Parlimen R. Sivarasa dan Liew Chin Tong, pada 20 Oktober lalu.
Proses keterlibatan dalam menggubal undang-undang adalah budaya politik yang berasaskan keinginan mendapatkan konsensus dan saling percaya-mempercayai sesama pihak-pihak berkepentingan. Ia penting dalam proses mengkaji, meminda atau memansuh undang-undang sedia ada; mencadangkan undang-undang baru; dan memodenkan dan mempermudahkan undang-undang supaya sesuai dengan keperluan hari ini.
Rasionalnya bertolak daripada kelemahan proses sedia ada, iaitu: hampir tiada perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan; kurangnya perundingan dengan Ahli-ahli Parlimen; ada masanya sesetengah Ahli Parlimen tidak perasan pun bila sesuatu rang undang-undang diluluskan Parlimen; dan kurangnya liputan media.
Rasional kedua ialah akibat kemunculan pengharapan-pengharapan baru, sama ada melalui diskusi Realiti Baru ataupun Politik Baru, yang menuntut supaya proses menggubal undang-undang diperbaharui.
Pengharapan baru ini menyatakan bahawa proses perundingan (yang sedia ada) dalam menggubal undang-undang di negara ini amat terhad. Mereka menuntut agar proses perundingan itu diperluaskan.
Proses perundingan yang lebih luas ini hanya akan terlaksana sekiranya empat prinsip dipenuhi, iaitu perwakilan (pihak berkepentingan menentukan sendiri siapa yang mewakilinya); partisipatif dan deliberatif (perbincangan yang tulen); telus (khalayak tahu apa yang dibincangkan); dan impak (hasil perundingan benar-benar diambil kira dalam keputusan).
Terdapat dua kajian kes yang boleh dijadikan pedoman. Pertama, Denmark telah meluluskan satu kerangka keterlibatan yang formal dalam menggubal undang-undang. Ia dikenali sebagai Panduan Peraturan Berkualiti 2005 yang disediakan Kementerian Keadilan.
Menurut Panduan tersebut, setiap kali sesuatu rang undang-undang hendak digubal dan sebagainya, ia mesti melalui proses yang telah disepakati. Pertama, menubuhkan jawatankuasa terdiri daripada pihak-pihak berkepentingan. Ia membicarakan kandungan, teknikal dan draf rang undang-undang itu. Kedua, menubuhkan portal di mana diskusi tentang rang undang-undang itu diterbitkan untuk mendapatkan maklum balas khalayak. Ketiga, setelah proses perundingan ini, maka, rang undang-undang itu dibentang di Parlimen.
Kajian kes kedua ialah cadangan Akta Harmoni Nasional (AHN). Pertama, Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar MKPN menyediakan idea dan draf AHN. Ia kemudiannya dibincangkan dengan pihak-pihak berkepentingan, dikongsi di laman web MKPN dan dilaporkan media. Maklum balas khalayak diambil kira. Kedua, ia diluluskan MKPN dan akan diangkat kepada kerajaan. Ketiga, sekiranya kerajaan bersetuju, maka, Peguam Negara akan menyediakan draf rang undang-undang AHN. Keempat, MKPN mencadangkan agar ia dibincangkan dalam sebuah Jawatankuasa Parlimen. Kelima, menteri berkaitan akan membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen.
Untuk proses keterlibatan dalam menggubal undang-undang di negara ini menjadi realiti, maka, sebuah kertas panduan (seperti di Denmark) perlu disediakan. Siapakah yang akan menggerakkannya?
# Datuk Saifuddin Abdullah ialah CEO, Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) dan aktif bertwitter: @saifuddinabd.

0 Komentar untuk " Keterlibatan gubal undang-undang "