8 OGOS ialah Hari Asean. Tetapi, malangnya, pada tarikh tersebut baru-baru ini, termasuk sehari dua sebelum dan selepasnya, semua media arus perdana negara ini tidak menyiarkan sebarang berita utama tentangnya. Seolah-olah ia tidak wujud.
Ini berlaku sedangkan sejak Asean ditubuhkan 47 tahun yang lalu, dasar luar Malaysia meletakkan organisasi serantau ini sebagai prioriti. Ini berlaku ketika Malaysia akan menjadi pengerusi pada tahun depan, yang sekali gus menambahkan kepentingannya.
Tambahan pula, pada tahun depan juga, sebagai Pengerusi Asean, Malaysia (kemungkinan besar) menduduki kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ini berlaku sedangkan tahun depan, konsep Komuniti Asean 2015 sepatutnya menjadi realiti, iaitu di tangan Malaysia.
Dan Malaysia telah pun menguar-uarkan bahawa sebagai Pengerusi Asean, kita ingin melakukan perubahan terhadap Asean. Contohnya, menjadikan Asean people-centred dan bukan lagi organisasi elitis.
Pada hal, pada tarikh itu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ada mengeluarkan perutusan khas sempena hari tersebut. Pada petang tarikh itu, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin menyampaikan ucapan yang begitu baik ketika merasmikan Forum Hari Asean anjuran Institut Strategi dan Kepemimpinan Asia (Asli).
Di samping itu, pada paginya, Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Persatuan Mempromosi Hak Asasi Manusia (Proham), Asli dan Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Forum Masyarakat Asean 2015 menganjurkan Diskusi Meja Bulat Peranan Masyarakat Sivil Malaysia Dalam Asean.
Manakala pada sepanjang hari itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan Pra-Konvensyen Pemimpin Belia Asean.
Di sini, saya tidak sama sekali berniat mengkritik media. Mereka ada menghantar wakil membuat liputan ke program yang disenaraikan di atas. Mungkin berita atau rencananya diterbitkan kemudian. Bukan ini maksud saya.
Maksud saya ialah sekadar ingin menyatakan, bahawa inilah status Asean. Ia tidak dirayakan. Sekan-akan tidak dihiraukan. Jadi, bagaimana inginkan masyarakat berasa mereka adalah sebahagian daripada Asean? Memahami Asean? Punya rasa kepunyaan dalam Asean?
Kalau dibuat kaji selidik berapa peratuskah penduduk Asean yang maklum akan Asean, rasanya-rasanya angkanya begitu kecil sekali.
Justeru, mereka yang terlibat dengan Asean dan ingin benar-benar menjadikan organisasi ini berkesan, meluahkan pendapat (termasuk di program-program yang tersenarai di atas) bahawa merealisasikan maksud Komuniti Asean 2015 adalah cabaran yang luar biasa sukarnya.
Sehingga ada yang berasakan, adakah memang ia sengaja diperlakukan begini, iaitu oleh mereka yang berkepentingan sempit, bahawa Asean mahu mereka kekalkan bersifat elitis!
Apa-apa pun, bagi kita yang komited, kita akan terus berbuat setakat terlarat. Dan kalau memang wujud mereka yang berkepentingan sempit dan elitis itu, maka, kita akan terus juga berbuat. Cara kita. Bak kata anak muda sekarang – belasah jer!
Menyedari akan cabaran inilah, makanya kami menganjurkan Diskusi Meja Bulat Peranan Masyarakat Sivil Malaysia Dalam Asean itu. Ia mempunyai tiga objektif. Pertama, menyediakan kerangka governans baru Asean di mana semua pemegang taruh (kerajaan, perniagaan dan belia/masyarakat sivil) terlibat sebagai rakan-pembangunan dalam membuat keputusan.
Kedua, meningkatkan peranan badan masyarakat sivil (CSO) Malaysia di pentas Asean. Dan ketiga, mempromosi kesederhanaan sebagai nilai dan pendekatan dalam isu hak asasi manusia, pembangunan inklusif dan lestari dalam konteks Asean yang bersifat people-centred.
Walaupun telah sedia wujud mekanisme interaksi formal antara CSO Asean dan ketua-ketua kerajaan Asean, tetapi ia di tahap yang longgar. Kalau ia dapat diperbaiki sehingga ke tahap yang akrab, maka, ia akan menjadi gelanggang terbaik bagi merealisasikan makna Komuniti Asean dalam ertinya yang sebenar.
# Saifuddin Abdullah ialah CEO Gerakan Kesederhanaan Global dan aktif bertwitter (@saifuddinabd).

0 Komentar untuk " Meningkatkan peranan CSOAsean "