PADA 29 Oktober 2014, saya berada di Dubai atas undangan Forum Ekonomi Islam Sedunia (World Islamic Economic Forum - WIEF), menyertai sesi khas brain storming anjuran WIEF bersama Bank Islam Antarabangsa (IDB) fokus kepada membincang isu wakaf. Pertemuan di Dubai adalah sesi brain storming kali kedua selepas sidang pertama mengenai isu sama di Jakarta pada Jun lalu. Ia bukti nyata WIEF-IDB memandang serius peranan besarwakaf dalam pembangunan masa depan ekonomi Islam.
Sesi brainstorm dipimpin Tun Musa Hitam, Pengerusi Yayasan WIEF dengan ucaptama disampaikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia. Sesi perbincangan diterajui bersama Kunrat Wirasubrata, Pemangku Pengarah, Pejabat Wilayah Kumpulan IDB di Kuala Lumpur.
Perbincangan dihadiri perwakilan kerajaan dan agensi, penguasa dan pejuang wakaf, juga ahli akademik, profesional, ahli bisnes serta wakil NGO dari 16 negara. Menarik perhatian ialah penyertaan aktif wakil beberapa negara minoriti Muslim seperti Afrika Selatan, New Zealand, United Kingdom, Singapura, dan Filipina, membuktikan keyakinan tinggi terhadap institusi wakaf melindungi kepentingan penduduk Muslim di negara masing-masing.
Potensi hebat wakaf
Peranan penting institusi wakaf dalam sejarah pembangunan tamadun Islam tidak diragui. Tun Musa Hitam dalam kata-kata aluannya menegaskan umat Islam amnya dan WIEF khasnya hari ini “menemui semula” wakaf dan semakin menyedari kehebatan, mengiktiraf potensi institusi ini dalam menangani cabaran dan mengatasi ancaman serta masalah dihadapi umat Islam semasa.
Hal ini turut ditegaskan semua pembentang kertas ringkas mengisi perbincangan, dimulakan ulasan Prof Murat Cizakca, seorang pakar sejarah wakaf terkenal berasal dari Turki. Antara lain, Prof Murat mengingatkan peserta kepada hakikat sejarah Barat menciplak institusi wakaf Islam yang berjaya mereka gunakan untuk mengembang ekonomi dan membangun masyarakat Barat.
Antara contoh besar paling awal ialah penubuhan Merton College, institusi asas Universiti Oxford dibangunkan pada tahun 1254. Yayasan yang ditubuhkan untuk membangun Merton College menciplak struktur wakaf Islam, dipelajari Barat ketika terbabit
Perang Salib atau The Crusades. Konsep yayasan seperti ini kemudiannya diguna pakai oleh banyak universiti di Barat, termasuk Universiti Harvard dan Stanford, terkenal cemerlang akademik selain antara terkaya di dunia setelah yayasan masing-masing berjaya menghimpun harta korporat universiti bernilai tinggi.
Malangnya negara Islam sendiri ketinggalan setelah melupakan wakaf dan mengabaikan peranannya. Justeru, sesi brainstorm menyarankan supaya negara Islam manfaatkan semula institusi wakaf. Untuk itu, beberapa pembaharuan asas perlu dilakukan sebagai prasyarat.
Prof Murat dan Zeinoul Abedein Cajee, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Awqaf Nasional, Afrika Selatan, sekata mengingatkan peserta kepada peristiwa tragis dalam sejarah panjang wakaf Islam apabila banyak harta wakaf dirampas atau dimiliknegarakan, sama ada ketika Barat menjajah, mahupun setelah negara Islam bebas merdeka. Harta wakaf turut dicerobohi pemerintah Islam sendiri seperti di Turki pada zaman pemerintahan sekular, juga oleh raja dan pemimpin negara Islam; diperibadikan atau diperalatkan kepentingan politik sempit, khasnya apabila pentadbiran wakaf diletakkan di bawah kuasa kementerian atau jabatan kerajaan bertujuan mentadbir wakaf.
Demikian juga sejarah Islam membuktikan banyak harta wakaf tinggal terbiar tidak dimajukan, lesap, terjejas atau disalah-guna apabila diserahkan kepada pengurus dan pentadbir wakaf daripada kalangan penguasa agama yang tidak bertanggungjawab.
Paling merugikan apabila pihak berkuasa agama dan pengurus wakaf tidak berkemahiran mengurus harta dan aset secara profesional, terbabit korupsi atau didominasi kuasa politik sempit dan serong, langsung gagal meningkatkan nilai memaksimumkan manfaat wakaf seperti diwajibkan ke atas mereka.
Peningkatan pengurusan wakaf ditekankan dalam pembentangan Dr Mohammed Obaidullah, Pakar Ekonomi Institut Penyelidikan dan Latihan, Kumpulan IDB. Beliau menegaskan kesedaran meluas wakaf perlu disusuli program pendidikan tersusun mendedah dan melatih generasi penggerak, pengurus dan aktivis wakaf. Fokus pendidikan bukan sahaja terhadap isu hukum-hakam Islam dan pematuhan syarak mengenai wakaf, malahan melatih pengurus, pelaksana dan aktivis wakaf supaya berkemahiran tinggi dalam semua aspek pengurusan profesional.
Waqaf Korporat memperkasa ekonomi
Tiba giliran membuat pembentangan saya berkongsi pengalaman membangun Waqaf An-Nur Corporation Bhd (WANCorp), institusi Waqaf Korporat pertama di Malaysia ditubuhkan Johor Corporation sewaktu saya CEOnya. WANCorp sebuah syarikat awam dengan jaminan JCorp, diiktiraf sebagai mutawalli, iaitu pengurus saham-saham milik JCorp yang diwakafkan.
Saya membawa perhatian peserta kepada pencapaian tinggi WANCorp meningkatkan nilai saham wakafnya berlipat ganda daripada RM250 juta sewaktu mula diwakafkan pada 2006-2007 kepada melebihi RM500 juta di akhir 2013. Prestasi hebat ini membuktikan potensi Waqaf Korporat merapatkan jurang kekayaan antara umat Islam dengan umat lain, juga antara negara Islam dengan negara bukan Islam menggunakan kaedah mengintegrasikan wakaf ke dalam korporat.
WANCorp disifatkan sebagai Waqaf Korporat bukan sahaja kerana ia membabitkan pewakafan saham, kerana seperti ditegaskan Prof Murat, wakaf saham diperkenalkan jauh lebih awal dalam sejarah Islam, iaitu sejak tahun 1900an lagi. Ciri Waqaf Korporat paling penting ialah sifat WANCorp sebagai syarikat induk pemilik saham wakaf berautonomi didukung barisan pengurusan profesionalnya sendiri berkuasa mutawalli penuh dan berkeupayaan pengurusan tinggi mengguna kaedah korporat terbaik.
WANCorp dipertanggungjawabkan menghimpun aset korporat dan menambah nilai jangka panjang aset wakaf bertujuan memangkin umat Islam Malaysia menerajui sektor bisnes dan korporat strategik. Untuk itu, berlainan dengan wakaf konvensional, hanya 30 peratus agihan penghasilannya dibelanjakan untuk kebajikan dan bahagian terbesar 70 peratus dilabur semula bertujuan menghimpun aset bisnes dan korporat memperkasa masa depan ekonomi umat.
Mengarusperdanakan wakaf
Peranan menghimpun harta kekayaan penting kerana hari ini umat Islam bukan sahaja antara termiskin di dunia, malahan negara Islam antara paling tidak adil dengan jurang kaya-miskin semakin melebar, mengakibatkan konflik berpanjangan mengancam kestabilan politik.
Ketidakadilan melampau menuntut negara Islam mencari kaedah Islamik merapatkan jurang ekonomi, dan Waqaf Korporat berpotensi memperkasa ekonomi umat, sekali gus mentamadunkan semula dunia memperbaikinya daripada kerakusan dan kezaliman kapitalisme.
Tidak hairan impak merosakkan seperti ini membuatkan majoriti umat Islam menjauhi bisnes, dan ramai yang turut membenci bisnes. Apa pun, umat Islam juga sedar tanpa berjihad bisnes menguasai harta kekayaan mustahil mereka dapat bangkit membina semula tamadun Islam.
Justeru, Waqaf Korporat berperanan menghimpun kuasa korporat bertujuan menegakkan syiar Islam, mengintegrasikan amanah dan menyusun semula hak milik korporat dengan adil.
Saya turut menegaskan perlunya diketengahkan model alternatif kepada WANCorp, iaitu penubuhan Waqaf Korporat bukan milik GLC membabitkan seluruh komuniti. Waqaf Korporat wajib dimasyarakatkan, menggembleng sumbangan wakaf daripada semua lapisan masyarakat dan umat, kerana pada akhirnya Waqaf Korporat institusi korporat kebal dibangunkan oleh rakyat, milik rakyat dan untuk manfaat rakyat, berkesinambungan memperkasa ekonomi umat generasi demi generasi.
Oleh kerana Waqaf Korporat bermula di Malaysia, wajar sekali inisiatif memasyarakatkan Waqaf Korporat ini dimulakan juga di Malaysia. Untuk itu saya umumkan cadangan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) membangunkan Projek Wakaf Kompleks Bisnes di Putrajaya berlandaskan sumbangan wakaf warga masyarakat Muslim, terutama kalangan ahli bisnes dan korporat.
Sebagai kesimpulan, saya yakin semua pejuang dan aktivis wakaf yang menyertai sesi brainstorm WIEF-IDB di Dubai mendapat suntikan semangat baharu apabila dalam penggulungan Tun Musa Hitam mengumumkan keputusan WIEF-IDB bersetuju mengarusperdanakan wakaf. Beliau menegaskan, insyaAllah, wakaf akan dijadikan agenda utama dalam semua persidangan masa depan WIEF, terutama pada sidang WIEF ke-11 di Kuala Lumpur apabila Malaysia menjadi hos forum WIEF pada 2015.

0 Komentar untuk " Wakaf agenda utama WIEF "