BERIKUTAN dakwaan beberapa pihak mengatakan Medan Mara kini seperti 'hidup segan mati tak mahu' Sinar Harian meninjau ke sana baru-baru ini.
Dek kerap mengunjungi Kuala Lumpur sejak beberapa tahun lalu hingga kini, penulis memang tidak asing dengan bangunan Mara itu. Bahkan menyedari situasinya tahun demi tahun. Hasil tinjauan Sinar Harian mendapati lokasi itu nampak jauh berbeza daripada Medan Mara beberapa tahun dulu.
Ketika tinjauan, kawasan ruang niaga Medan Mara sedang melalui proses penambahbaikan yang difahamkan bermula sejak awal tahun lagi.
Kalau dahulu wajahnya agak suram namun kini keadaan nampak moden dan lebih ceria.
Bagi meminta maklum balas pihak Mara, Sinar Harian berpeluang berjumpa dengan Pengarah Mara Wilayah Persekutuan, Suhaimi Zainuddin.
Katanya, Medan Mara melalui proses penambahbaikan sejak awal tahun dan dijangka siap penuh akhir tahun ini dengan nilai pelaburan RM3.8 juta.
"Medan Mara terus menjadi pilihan pengunjung untuk mendapatkan kemudahan jahitan baju kurung dan Melayu.
"Kewujudan Pasar Rakyat kekal menjadi pusat sehenti ramai pengunjung daripada warga kerja sekitar kawasan itu dan pengguna luar," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya, baru-baru ini.
Menurutnya, dengan pembukaan Busana pada awal tahun lalu, sedikit sebanyak Medan Mara mendapat tempias pengunjung.
Katanya, jumlah pengunjung bertambah 20 hingga 30 peratus.
Suhaimi berkata, walaupun Medan Mara dan Busana di bawah satu entiti pengurusan yang berbeza namun saling bekerjasama dalam menganjurkan pelbagai program.
Sementara itu, mengulas berhubung langkah mempromosikan Medan Mara kepada generasi muda, sepanjang tahun Mara Kuala Lumpur sentiasa menganjurkan pelbagai aktiviti.
"Antara program yang dianjurkan secara tahunan adalah seperti bazar Ramadan," katanya.
Mungkin dicadangkan Mara untuk membuat laman sosial khusus untuk Medan Mara dan Pasar Rakyat bagi mempromosikan lokasi itu.

0 Komentar untuk " Siapa kata Medan Mara suram? "