PADA 1985, Mara menubuhkan Pasar Rakyat dengan objektif membantu Bumiputera menambah pendapatan melalui kemahiran khususnya bidang jahitan.
Suhaimi berkata, Pasar Rakyat menyediakan ruang niaga dalam satu ruang menerusi konsep inkubator sebelum bersedia ke tempat lebih besar.
"Kami menyediakan 57 tapak dengan keluasan 129 hingga 161 kaki persegi dengan harga sewa berpatutan RM338 hingga RM422 sebulan.
"Pada 2007, Pasar Rakyat melalui pengubahsuaian untuk meningkatkan keceriaan dan susun atur kawasan," katanya.
Menurutnya, Pasar Rakyat merupakan satu-satunya pusat sehenti bagi perkhidmatan jahitan di tengah-tengah ibu kota.
Katanya, tapak di Pasar Rakyat sentiasa penuh dan pihaknya menerima banyak permohonan daripada pengusahajahitan untuk memasuki tapak berkenaan.
Suhaimi berkata, bagi menambah daya saing sekali gus menambah pendapatan usahawan Pasar Rakyat, Mara menganjurkan program Tailor 24 sejak 2013.
"Program ini adalah atas inisiatif Mara Wilayah dengan menawarkan perkhidmatan jahitan hanya dalam tempoh 24 jam.
"Buat masa ini, kami menerima penglibatan lima pengusaha dari Pasar Rakyat dan 15 pengusaha dari ruang niaga di Medan Mara," katanya.
Menurutnya, sasaran pengunjung bagi program ini adalah pelancong asing dan golongan pekerja swasta serta awam yang berkhidmat di sekitar Kuala Lumpur.

0 Komentar untuk " Pasar Rakyat tarikan pengunjung "