KEBANJIRAN produk Thailand di pasaran tempatan kebelakangan ini tanpa pengesahan logo halal meragukan pengguna.
Pengambilan makanan diimport dari luar negara bukan perkara luar biasa di negara ini, walaupun sering menjadi pertikaian pihak yang mementingkan status halal dalam kandungan makanan tersebut.
Di Kelantan, produk negara jiran seperti Thailand sering menjadi pilihan, antaranya bahan asas dalam masakan seperti pes tomyam, kicap, sos ikan dan sos merah, selain makanan kering seperti ikan bilis goreng, kacang, sate kering, bawang dan buah-buahan jeruk.
Tidak kurang juga makanan sejuk beku seperti bebola ikan, bebola ketam, udang dan jejari ketam juga turut menjadi tumpuan pengguna dan ditawarkan dengan harga murah.
Malah, rata-rata restoran di negeri ini menggunakan bahan asas masakan seperti kicap dan sos dari negara jiran dengan alasan cita rasa masakan tersebut lebih menyelerakan.
Namun yang menjadi persoalan, adakah ia halal? Adakah pembeli melihat dan memeriksa sendiri logo halal produk makanan ketika membuat pembelian?
[ARTIKEL BERKAITAN: Jakim pantau kemasukan produk luar]
Tidak cakna logo halal
Berdasarkan situasi semasa, tidak keterlaluan jika dikatakan masih ramai yang belum mengenali logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), tambahan pula ia sering diplagiat pihak tidak bertanggungjawab.
Untuk mengetahui kebenarannya, Sinar Harian membuat tinjauan di pekan Sungai Golok dan mendapati produk makanan keringnya dijual dengan pelbagai jenis logo halal.
Ada antaranya logo yang mendapat kelulusan pihak berkuasa negara tersebut dan ada juga logo dibuat sendiri pembekal makanan tersebut. Tidak pelik jika ada pengguna kini sudah mula was-was untuk mengambil produk itu, walaupun ia dijual peniaga Melayu Islam di sekitar jajahan utama negeri ini.
Perkara itu diakui sendiri peniaga makanan kering yang berpengalaman lebih 25 tahun di pekan Sungai Golok, membuktikan kebanyakan peniaga Islam terutama dari Kelantan membeli secara pukal di kedainya.
Peniaga yang mahu dikenali sebagai Balkis ini memberitahu, kebanyakan pembeli di kedainya adalah masyarakat Melayu Islam dari Malaysia dan mengakui kilang pengeluarannya berbeza-beza.
“Mereka beli dengan saya dan akan pasarkan di Malaysia, sama ada halal atau tidak, saya tidak pasti. Saya ‘rasa’ halal, kalau ada logo ini (tunjuk logo kelulusan Thailand pada bungkusan) halallah dijual tapi ada logo dibuat sendiri, yang itu pun kami jual,” katanya.
Berdasarkan maklumat itu, secara dasarnya halal dan haram itu masih diragui kerana apa yang penting bagi mereka, barangan di dalam kedai perlu dijual setiap hari dan siapa pembelinya tidak penting.
Sementara itu, masyarakat Thailand sendiri tidak mengambil berat penguatkuasaan logo halal yang dicipta sesetengah peniaga kerana bagi mereka, cukuplah sekadar pemprosesannya dilakukan orang Islam, maka ia halal.
Perkara itu bukan sahaja dikaitkan dengan umat Islam di sempadan tetapi kesannya turut dirasai di Malaysia terutamanya Kelantan dan negeri yang bersempadan. Sebelum ini, isu produk halal pernah menggemparkan negara gajah putih itu apabila salah satu mi segeranya didakwa diproses bersama-sama produk berunsurkan babi.
Ketika tinjauan, amat mengejutkan apabila makanan yang disahkan tidak halal, dijual begitu sahaja kepada pelanggan Islam. Situasi tersebut dilalui sendiri wartawan kami apabila tiga jenis mi segera yang mengandungi bahan haram dijual kepada penulis.
Perkara ini tidak pelik jika berlaku di negara jiran tetapi amat bahaya jika di negara sendiri kerana mengikut pengalaman penulis, mi segera tersebut pernah dibeli dan dimakan pengguna Islam di sini.

0 Komentar untuk " Miliki status halal atau haram "