Industri halal kini lebih mudah dicapai - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Industri halal kini lebih mudah dicapai

DAGANG NeXchange Bhd menjadikan industri halal lebih mudah dicapai melalui globalhalalexchange.com, medium dalam talian bagi syarikat atau individu untuk mendapatkan pembekal atau pembeli bagi produk dan perkhidmatan mereka.

Dalam kenyataan hari ini, Dagang NeXchange berkata laman web dalam talian menawarkan kebolehcapaian dan memudahkan transaksi melalui penawaran dan perkhidmatan untuk membantu mewujudkan peluang perniagaan dan membangunkan rangkaian perniagaan serta meluaskan pemahaman mengenai industri halal, semuanya di satu tempat, dalam masa nyata dan persekitaran dalam talian.

"Global Halal Exchange terdiri daripada dua komponen utama -- Pasaran Halal, iaitu segmen Perniagaan kepada Pelanggan (B2C), dan Pusat Perdagangan Halal, iaitu segmen Perniagaan kepada Perniagaan (B2B)," katanya.

Katanya pakej langganan ePasaran sesuai bagi pengeluar, pengilang, peniaga dan penyedia perkhidmatan bagi industri halal yang bukan hanya untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka tetapi juga mendapat akses kepada perkhidmatan seperti eKedai, sistem pengurusan kandungan, latihan, dan 'Helpdesk' (telefon dan e-mel). - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/industri-halal-kini-lebih-mudah-dicapai-1.300238

Related Post

  • Produk halal ke negara TPP MALAYSIA akan mengembangkan pasaran halalnya ke negara-negara Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) termasuk Australia dan …
  • Rusia buka peluang PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menjangkakan industri halal menyumbang 5.8 peratus dalam p…
  • Miliki status halal atau haram KEBANJIRAN produk Thailand di pasaran tempatan kebelakangan ini tanpa pengesahan logo halal meragukan pengguna. Pe…
  • Ekspo halal Timur Tengah platform penting KONGRES dan Pameran Halal Timur Tengah OIC Ke-3 di Pusat Ekspo Sharjah di Emiriah Arab Bersatu pada 8 hingga 10 …
  • Malaysia pusat rujukan halal China MELAKA Biotechnology Corporation (MBC) melalui anak syarikatnya, Melaka Biotech Holdings Sdn Bhd (MBH) menjalin kerja…
0 Komentar untuk " Industri halal kini lebih mudah dicapai "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ