PENGGUNA kini tidak perlu was-was mendapatkan perkhidmatan dan produk halal dalam talian menerusi e-pasaran baharu, ‘Global Halal Exchange’.
Ketua Pegawai Eksekutif, My1Stop Virtual Shopping Mall, Dzulfadhli Zainal Abidin berkata, e-pasaran yang boleh diakses melalui www.globalhalalexchange.com itu menawarkan lebih 10,000 produk halal termasuk makanan, barangan kecantikan, kesihatan dan runcit.
“Produk halal ini bukan hanya terhad kepada minuman dan makanan, tetapi juga untuk perkhidmatan seperti pelancongan halal, kewangan halal dan logistik halal.
“Kami ketengahkan perkara ini supaya orang ramai tahu banyak lagi produk halal boleh didapati,” katanya pada sesi taklimat e-pasaran Global Halal Exchange yang turut dihadiri Ketua Perniagaan e-Pasaran, Dagang NeXchange Berhad (DNeX), Mohd Nordin Maulut, di Kuala Lumpur, semalam.
Dzulfadhli berkata, pakej langganan e-pasaran itu juga mewujudkan peluang perniagaan kepada pembekal dan syarikat bagi memasarkan produk halal masing-masing.
“Untuk pembeli, mereka perlu masukkan nama dan kata laluan untuk daftar, manakala bagi syarikat pula, mereka perlu mendaftar dan mengemukakan pendaftaran syarikat dan pengiktirafan sijil halal produk.
“Kami akan sahkan pendaftaran syarikat itu selepas melakukan semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), barulah mereka boleh masuk e-pasaran ini. Bagi syarikat luar negara, kami akan buat semakan dengan pihak berkuasa di negara masing-masing,” katanya.
Dzulfadhli berkata, e-pasaran yang dibangunkan itu mempunyai dua komponen utama melibatkan pasaran halal iaitu segmen perniagaan kepada pengguna (B2C) dan pusat perdagangan halal, memfokuskan segmen perniagaan kepada perniagaan (B2B).
“Pasaran halal B2C lebih kepada pasar raya yang menjual pelbagai jenis barangan, manakala pusat perdagangan halal lebih kepada pembelian secara pukal," katanya.
Sejak dilancarkan 1 Jun lalu, beliau berkata, Global Halal Exchange mempunyai lebih 2,000 syarikat berdaftar dan menyasarkan untuk menarik lebih ramai pengusaha barangan halal menyertai e-pasaran itu.
“Dalam Forum Halal Sedunia sebelum ini, potensi pasaran halal bernilai hampir 2.3 trilion Dolar. Kita nampak industri halal ini besar dan permintaan produk halal semakin tinggi,” katanya.
Global Halal Exchange merupakan perkhidmatan baharu daripada DNeX dengan kerjasama Carwin Solutions, pemilik dan pengurus pusat membeli-belah maya, my1stop.com.my.

0 Komentar untuk " Global Halal Exchange tawar produk halal "