SESIAPA pun boleh menjadi mangsa hutang dan masalah kewangan jika gagal membuat pertimbangan yang betul, hatta seorang jutawan.
Kadangkala, kita terjerat dek nafsu yang mengutamakan kehendak berbanding keperluan. Lebih besar periuk, besar juga keraknya. Sama seperti duit. Banyak duit, banyaklah belanjanya.
Menurut Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), masalah pinjaman kereta dan pengeluaran pendahuluan menerusi kad kredit adalah antara dua penyebab utama golongan muda mendapatkan kaunseling kredit.
Sumber portal Persatuan Pengguna (Fomca) pula mendedahkan lebih daripada 10 juta kad kredit yang dikeluarkan kepada rakyat Malaysia, dengan jumlah hutang RM 24.4 billion, tetapi hanya 30% daripada mereka mampu membayar balik penuh hutang kad kredit mereka pada setiap bulan.
Wanita khususnya mudah sekali terjebak hutang. Lebih-lebih lagi melalui kad kredit atau pembelian jenis ansuran mingguan/bulanan.
Peti ais, mesin basuh, televisyen, sofa; ringkas kata, semua aksesori rumah dari pintu depan sampai pintu belakang, selagi boleh hutang semua nak hutang. Itu belum masuk soal gajet dan barang kemas.
Keinginan dan kehendak, kadang-kadang melangkaui segala-galanya. Inilah yang dikatakan matlamat menghalalkan cara.
Teknologi pantas masa kini membolehkan media sosial menjadi sumber bernilai yang mempengaruhi keputusan membeli. Dunia hari ini semuanya mudah.
Di mana-mana pun, pada bila-bila pun, dengan hanya sekali klik, status jualan bertukar menjadi belian. Dan kemudahan itulah yang menjadikan para pemilik kad kredit semakin ghairah membuat carian.
Tawaran hebat dan harga rendah menerusi online turut mempengaruhi keputusan si pemilik kad kredit. Akhirnya bila cukup bulan, wanita tersedak melihat penyata kira-kira perbelanjaan.
Gaji habis bayar hutang. Sebelum ini asal murah dan ada promosi, semua rembat.
Menyedari satu kad tidak memadai, kad lain dipohon untuk membantu menyelesaikan hutang kad pertama. Begitulah seterusnya sehingga lambakan hutang dan kad kredit menjadi liabiliti dalam kehidupan.
Bagaimana menghindari masalah ini? Bagi pemegang kad kredit, bagaimana mendidik hati agar tidak menurut nafsu membeli yang tidak bertepi?
Kad kredit jenis apa pun hatta kad petrol, kad keahlian atau loyalty card, boleh membawa kepada risiko kewangan yang serius andai tidak dikendalikan dengan berhemah.
Sekiranya anda salah seorang mangsa, bagaimana dan ke mana harus anda tuju untuk menyelesaikan masalah kewangan anda? Bersama pakar untuk membincangkan isu ini. Semoga wanita beroleh manfaat agar tidak terdedah kepada risiko tersebut.
Tiga tahun bayar hutang tak berganjak
Wahida, 30, ahli perniagaan
Saya memohon kad kredit secara tidak sengaja ketika bersiar-siar di pusat beli-belah. Ketika itu perasaan teruja menguasai diri kerana memikirkan saya baru dinaikkan pangkat dan gaji, maka setakat berbelanja menggunakan kad kredit saya yakin dapat menyelesaikannya dengan mudah.
Namun, saya terperangkap juga dengan percaturan sendiri yang tidak pandai mengawal emosi membeli. Perbelanjaan terkumpul kad kredit saya mencecah hampir RM8,000 dalam satu akaun. Pada masa sama saya menghubungi bank untuk menaikkan had limit kredit kerana saya hendak melabur dalam perniagaan.
Ketika itu, saya memikirkan pulangan perniagaan nanti mampu membantu saya untuk menyelesaikan hutang kad kredit. Malangnya, perniagaan turun naik mengakibatkan saya menghadapi kesempitan wang yang teruk.
Apabila saya memiliki tunai, terlalu banyak komitmen lain yang perlu saya dahulukan. Disebabkan hal itu saya hanya mampu bayar hutang kad kredit pada kadar minimum.
Hampir tiga tahun saya membayar kadar minimum sehingga saya mula menyedari hutang seperti tidak luak. Sedikit pun tidak berganjak sedangkan saya membuat bayaran setiap bulan. Mungkin apa yang saya bayar itu hanya faedah bank sahaja.
Akhirnya, saya terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk melangsaikan sepenuhnya hutang kad kredit tersebut dan baki pinjaman saya gunakan untuk urusan lain. Saya kuatkan diri membayar pinjaman peribadi dan Alhamdulillah ia telah selesai kini.
Saya memang serik menggunakan sebarang kad sekarang kerana mula sedar yang saya tiada asas pengurusan kewangan yang baik. Lebih elok saya berbelanja secara tunai dan jika tiada duit, saya tidak berbelanja.
Sediakan tiga bulan simpanan
Shuraini Ariffin, 34, eksekutif akaun
Saya menggunakan kad kredit sejak tahun 2004 sehingga sekarang di mana had limit saya hanya RM3,000 dan kini telah mencecah puluhan ribu ringgit.
Begitu pun saya tidak akan sesekali menyalah gunakan kemampuan yang ada kerana bagi saya, kad kredit hanya membantu saya untuk mengelakkan memegang duit tunai yang banyak.
Alhamdulillah tidak pernah mempunyai masalah apa-apa kerana setiap kali penggunaan saya akan terus bayar habis. Kalau saya membuat pembelian berjumlah RM3,000 ke atas, saya akan bayar sebanyak tiga kali untuk mengelakkan caj faedah berlebihan. Selain kad kredit saya juga menggunakan kad debit.
Bagi saya sebelum memiliki kad kredit seseorang perlu mengukur kemampuan sendiri. Seelok-eloknya pastikan kita ada simpanan sebanyak tiga kali ganda gaji bulanan.
Mana tahu sekiranya dalam tempoh tersebut kita kehilangan pekerjaan, sekurang-kurangnya simpanan itu boleh membantu kita membayar hutang sementara mencari pekerjaan lain.
Apabila bil sampai pastikan membayar penuh dan lebihkan sehingga dua atau tiga kali ganda jumlah minimum. Ini untuk mengelakkan pembayaran faedah yang tinggi.
Saya hanya menggunakan kad untuk pembelian barangan elektrik dan gajet. Kalau setakat makan minum dan pakaian, saya guna tunai. Seperkara, jangan memberi orang lain pegang kad kredit kita.
Tiga angka terakhir dan angka di atas kad boleh disalahgunakan pihak tertentu untuk membuat pembelian. Lebih-lebih lagi untuk penggunaan membeli petrol kerana
stesen minyak tidak mengehendaki pemegang menandatangani resit kad.
Pada saya, pilihlah kad kredit yang ada perlindungan insurans agar sekiranya berlaku kematian, kita tidak membebankan waris untuk membayar hutang.

0 Komentar untuk " Bahana kad kredit: Wanita perlu hemah berbelanja "