KONGRES dan Pameran Halal Timur Tengah OIC Ke-3 di Pusat Ekspo Sharjah di Emiriah Arab Bersatu pada 8 hingga 10 Disember akan menjadi platform penting penggiat halal global untuk meneroka segmen industri makanan dan minuman di rantau itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Ekspo Sharjah, Saif Mohammed Al Midfa berkata, laporan pasaran terbaru menunjukkan perbelanjaan pengguna ke atas makanan di rantau berkenaan dijangka mencecah US$106 bilion (RM$346.62 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan kajian baru-baru ini menjangka industri makanan dan minuman halal global mencecah US$1.6 trilion (RM5.23 trilion) pada 2018.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, makanan dan minuman adalah segmen perbelanjaan pengguna terbesar di rantau Majlis Kerjasama Teluk, antara kawasan yang mempunyai pertumbuhan penduduk terpantas di dunia.
"Di tambah dengan perkembangan ekonomi yang pesat dan penduduk yang secara relatifnya muda, rantau itu akan memacu permintaan tinggi untuk makanan dan minuman halal.
"Oleh itu adalah penting untuk platform seperti Kongres dan Pameran Halal Timur Tengah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) diadakan," katanya.
Acara itu mengandungi pameran perdagangan, kongres, bengkel dan Pameran Peralatan Dapur dan Teknologi Timur Tengah Ke-2.
Ia juga menempatkan pavilion khusus dari Malaysia, China, Pakistan, Thailand, India, Iran dan Afrika Selatan.
Ia dianjurkan Pusat Ekspo Sharjah dengan kerjasama Dewan Perdagangan dan Industri Sharjah. - Bernama

0 Komentar untuk " Ekspo halal Timur Tengah platform penting "