Melayu tak ke mana tanpa kerjasama kaum - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Melayu tak ke mana tanpa kerjasama kaum


Sejak 1946, nama UMNO amat sinonim dengan masyarakat Melayu dan Bumiputera. Bangsa Melayu diberi gambaran seolah-olah akan hidup merempat dan hilang ketuanan jika parti itu berkubur atau bahasa mudahnya, dibubarkan. Apabila UMNO hilang kuasa pada pilihan raya umum lalu, pemimpinnya melatah, menjaja teori kononnya masa depan Melayu malap.

UMNO pernah tewas di lima negeri bermula 1990. Adakah Melayu di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Perak hilang ketuanan selepas UMNO ditumbangkan oleh kuasa rakyat yang mahukan perubahan sebelum ini? Apakah ketuanan Melayu dan perjuangan untuk Bumiputera hilang arah sejak kerajaan Pakatan Harapan memerintah hampir setahun lalu?.

Hakikatnya, orang Melayu/Bumiputera tidak terancam pun. Sebaliknya orang politik yang terancam kuasanya, gelabah apabila sudah tidak berkuasa.

Memang betul kata Tun Daim Zainuddin bahawa Malaysia hanya akan berjaya apabila orang Melayu berjaya. Untuk berjaya orang Melayu perlu bekerjasama dengan bukan Melayu. Mengapa Melayu rasa tidak selamat dengan bangsa lain? Mengapa sekarang bantah, sedangkan Kabinet pertama selepas merdeka, menteri kewangan adalah orang Cina? Semua ini gara-gara permainan politik untuk menakutkan orang Melayu demi kepentingan diri, bukan negara.

🔥Jual sahaja Malaysia Airlines kepada syarikat tempatan🔥

Ada beberapa pilihan boleh dipertimbangkan untuk menyelamat Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) sebagai syarikat penerbangan nasional. Pertama, menjual kepada entiti tempatan. Langkah ini memerlukan kerajaan mengambilalih semua hutang Malaysia Airlines supaya syarikat yang bakal ambil alih, tak terbeban dengan liabiliti dan boleh tumpu kepada pembangunan semula operasi.

Kedua, membenarkannya diambil alih atau penggabungan dengan syarikat penerbangan lebih kukuh seperti seperti AirAsia. Kedua-dua langkah ini akan terus mengekalkan Malaysia Airlines sebagai entiti nasional yang boleh kita banggakan, bukan jatuh ke tangan entiti asing.

Langkah kedua itu pernah dicuba melalui pertukaran saham, Khazanah Nasional mengambilalih 10 peratus saham AirAsia dan AirAsia X, manakala Tune Air mengambilalih 20.5 peratus saham Malaysia Airlines. Namun, urus niaga itu tidak terlaksana susulan bantahan keras kesatuan sekerja Malaysia Airlines.

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2019/03/544086/melayu-tak-ke-mana-tanpa-kerjasama-kaum
0 Komentar untuk " Melayu tak ke mana tanpa kerjasama kaum "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ