Pekerja asing mula berlagak jadi bos - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pekerja asing mula berlagak jadi bos



TIDAK boleh dinafikan Malaysia memang terkenal sebagai syurga makanan.

Tanyalah pelancong, apa lagi rakyat kita sendiri. Mereka akan sahkan kedudukan istimewa ini tanpa ragu-ragu.

Bahkan, kita selalu dengar gu-rauan bahawa di setengah negara, ramai mati kerana tidak cukup makan, tetapi di negara makmur seperti Malaysia, ramai mati kerana lebih makan.

Pembaca budiman sedia mak-lum di setengah negara, nak cari makanan yang serasi dengan selera kita agak payah, tetapi di negara kita, makanan pelbagai jenis dari seluruh pelosok dunia mudah didapati.

Katanya, disebabkan tabiat kita yang makan tak kira masa ini jugalah membuat Malaysia menjadi negara ‘tergemuk’ di Asia Tenggara.

Maka, tidaklah hairan apabila banyak pihak agak terkejut dan membantah cadangan Kementerian Kesihatan baru-baru ini, supaya operasi restoran dihadkan hingga jam 12 malam sahaja.

Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) menyifatkan cadangan tersebut sebagai mengarut.

Ia mempersoalkan keperluan rakyat, khasnya pelajar dan peminat bola sepak yang hendak makan pada lewat malam.

Ia juga berpendapat premis 24 jam seperti kedai mamak dapat membantu mengelakkan kejadian khalwat.

Sebaliknya, ia mencadangkan Kementerian Kesihatan mendidik rakyat untuk makan secara sihat.

Malaysia mempunyai kira-kira 12,000 premis India Muslim dengan jumlah pendapatan tahunan sekitar RM10 bilion.

Persatuan Kajian Obesiti Ma-laysia (Maso) juga pernah meminta pihak berkuasa melarang restoran beroperasi 24  jam kerana ia dianggap menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti.

Menurut Maso, pemansuhan waktu operasi 24 jam itu penting kerana orang kita cenderung makan lebih banyak daripada yang patut, terutama makanan banyak lemak, gula dan garam.

Tidak boleh dinafikan amalan makanan sebahagian besar rak-yat kita menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti.

Apa pun, sama ada kerana meng-hormati hak individu, demokrasi atau dasar pasaran terbuka, seperti yang disebut kerajaan, pihak berkuasa perlu lakukan sesuatu sebelum ia melarat.

Ada yang berpendapat meng-haramkan operasi restoran 24 jam serta-merta mungkin satu kejutan dan melanggar hak dan kebebasan, tetapi ia boleh dibuat secara berperingkat.

Yang lebih penting dan berkesan adalah rakyat sendiri mengawal amalan makanan.

Beberapa negara seperti Viet-nam, Myanmar, Kemboja dan Laos katanya tidak ada restoran beroperasi 24 jam, dan rakyat negara-negara itu dilaporkan menjaga amalan makan, sebab itu ramai dalam kalangan mereka dikatakan kurus dan sihat.

Betul atau tidak, yang penting kita juga perlu jaga pemakanan dan amalan makan kerana ia tidak syak lagi menyumbang kepada kesihatan dan penyakit.

Kita selalu dengar kata-kata: “Kami (umat Islam) adalah suatu kaum yang tidak akan makan sampai kami lapar, dan apabila kami makan, maka kami berhenti sebelum kenyang.” Tentu ada hikmah di sebaliknya.

Dalam keghairahan  membincangkan isu restoran 24 jam, timbul pula isu kedai makan India Muslim di Johor yang mungkin menaikkan harga makanan disebabkan kenaikan kos .

Kenaikan kos itu dikaitkan dengan peningkatan gaji untuk pekerja asing, cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan sewa premis yang lebih tinggi.

Setiausahanya, Hussein Ibrahim menegaskan, ahli-ahlinya sudah terlalu lama menanggung kos meningkat dan sudah tidak dapat bertahan lagi dengan beban itu.

“(Kini kami perlu pilih) sama ada kami minta pengguna membayar atau hentikan operasi,” katanya.

Masalahnya walaupun majikan membayar levi, pekerja-pekerja asing pula berlagak sebagai bos kerana tahu perkhidmatan mereka dikehendaki sangat-sangat.

Seorang pekerja asing dari selatan India, umpamanya, kini dibayar RM1,200 hingga RM1,500 gaji bersih sebulan oleh kedai mamak 24 jam.

Tapi hari ini, mereka tuntut RM2,000 sebulan. Itu tidak masuk tempat tinggal dan tiga kali makan sehari secara percuma.

Akibatnya, 10 peratus daripada 400 restoran India Muslim di bandar di Johor, sudah gulung tikar.

Harapnya penyakit yang berlaku itu tidak menjangkiti restoran di selu-ruh negara. Kalau tidak, memang nahaslah pengguna menanggung.

Perlu disebut, perkara pekerja asing naik tocang tidak patut dila-yan di negara ini, apa lagi setelah membaca laporan bahawa 50,000 rakyat kita sendiri diramalkan akan kehilangan pekerjaan sepanjang tahun ini.

Menurut Majlis Profesor Negara (MPN), pengangguran berlaku setiap tahun dan tahun 2016 lebih kurang 37,000 orang hilang punca pendapatan.

Ini, katanya, tidak perlu dibim-bangkan memandangkan negara maju akan kurang bergantung kepada pekerja dan penggunaan mesin menggantikan keupayaan manusia.

Ini termasuk mereka yang berhenti secara sukarela atau tukar kerja.

Apa pun, sesuatu perlu dilakukan berkaitan tuntutan pekerja asing ini kerana kesannya akan ditanggung oleh pengguna kita sendiri.

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/farush-khan/pekerja-asing-mula-berlagak-jadi-bos-1.784675
0 Komentar untuk " Pekerja asing mula berlagak jadi bos "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ