BERDESING telinga Mat Ropi apabila melihat video seorang menteri yang mengatakan bahawa Kelantan mahu melaksanakan undang-undang syariah yang lebih tegas kerana orang Islam di Kelantan tidak lagi takut dengan hukuman sedia ada. Pak menteri itu juga berkata negeri-negeri lain seperti Selangor dan Perak lebih taat mengikut ajaran Islam dan tidak memerlukan pindaan enakmen syariah.
Tambah beliau lagi, Kelantan digelar Serambi Makkah tetapi banyak berlaku maksiat, sebab itu Kelantan nak pinda undang-undang syariah. Berasap jadinya.
Isu ini timbul setelah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dibenarkan membawa usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 di Dewan Rakyat pada 26 Mei yang lepas selepas dicadangkan oleh Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Hari ini, had hukuman Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) terhadap pesalah beragama Islam dalam empat perkara, iaitu meminum arak, qazaf (menuduh zina), berzina, dan murtad ialah penjara tidak lebih 3 tahun, denda tidak lebih RM5,000, dan sebatan tidak lebih 6 kali. Tujuan pindaan Akta 355 adalah untuk menaikkan had maksimum kepada satu angka yang memenuhi tuntutan Islam, iaitu bagi membantu menghindar maksiat serta mendidik.
Orang bukan Islam tidak perlu risau kerana hukuman ini hanya membabitkan pesalah beragama Islam dan bukan Islam tidak mungkin dibicarakan di mahkamah syariah. Tiada hukuman potong tangan kerana pindaan akta ini tidak berkaitan dengan kesalahan sivil seperti kecurian atau rompakan yang masih di bawah kuasa kerajaan persekutuan.
Tiada juga hukuman bunuh dicadangkan kerana tujuannya adalah untuk mendidik agar orang Islam tidak buat jahat, bukannya menghukum. Tiada istilah ketidakadilan jika berlaku kes rogol yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam kerana kes rogol tertakluk kepada akta jenayah di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan negeri.
Mat Ropi pernah terbaca laporan di akhbar utama, di mana denda maksimum di bawah Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) (Akta 647) telah dinaikkan kepada RM50,000 bagi mereka yang menyeksa dan menganiaya binatang di negara ini. Kadar maksimum RM200 terdahulu terlalu rendah dan tidak setimpal dengan penderaan dan kekejaman yang dilakukan terhadap binatang yang tidak bersalah.
Tiada pula pihak mengeluarkan kenyataan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia suka mendera binatang serta tidak takut dengan denda RM200 itu. Malah, Mat Ropi faham, sikap tidak berperikemanusiaan segelintir rakyat yang mendera binatang ini perlu dihentikan segera melalui penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan berkesan. Pindaan Akta Binatang tersebut dilihat lebih berkesan untuk menakutkan orang ramai dan membantu menghindari penderaan binatang.
Begitulah juga dengan usul pindaan Akta 355 ini. Ia bertujuan memperkasakan mahkamah syariah di Kelantan, dan negeri-negeri lain turut berpeluang memperkasakan mahkamah syariah masing-masing jika diangkat serta diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun), sebagaimana pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 yang diluluskan pada 19 Mac 2015 di Dun Kelantan.
“Ini tidak bermakna ramai rakyat Kelantan melakukan jenayah syariah, tetapi hukuman yang dicadangkan adalah bertujuan sebagai pencegahan dan mendidik,” ujar YB Mumtaz Md Nawi yang lebih mesra dengan panggilan Kak Taz. Beliau yang juga pengamal undang-undang mengatakan kadar jenayah syariah di Kelantan juga telah menurun kebelakangan ini.
Tujuan memperkasakan mahkamah syariah di Kelantan melalui Akta 355 ini bertepatan dengan prinsip maqasid syariah, iaitu untuk menjaga agama, nyawa, harta, akal fikiran dan keturunan serta maruah. Hukuman pula melibatkan orang Islam dewasa dan sempurna akal fikiran sahaja; kanak-kanak dan pesakit mental dikecualikan. Begitu juga kesalahan sivil yang tertakluk kepada undang-undang persekutuan.
Penulis berharap orang bukan Islam tidak gusar manakala orang Islam pula sepatutnya menyokong hasrat murni ini demi maslahat umum. Dan diharap pak-pak menteri juga lebih bijak mengeluarkan kenyataan agar tidak menimbulkan kekeliruan serta menjaga kredibiliti sebagai pemimpin.
* Penulis ialah Pengerusi Macma Kelantan dan AJK Perkim Kelantan

0 Komentar untuk " Jenayah syariah leluasa di Kelantan? "