Antara Jack Ma, Neelofa dan dunia internet - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Antara Jack Ma, Neelofa dan dunia internet



SABAN tahun kita disajikan dengan berita mereka yang tersenarai terkaya seperti Pengasas Kuok Group, Tan Sri Robert Kuok yang paling kaya dengan nilai bersih kekayaan AS$10 bilion, diikuti Ananda Krishnan (AS$7.4 bilion) selain Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (AS$1.45 bilion). Mereka antara 10 individu terkaya di negara kita tetapi jika diteliti latar belakang mereka ini, kebanyakan individu 10 terkaya ini menjalankan perniagaan tradisional, misalnya Robert Kuok adalah jutawan gula selain minyak sawit, hartanah dan perhotelan.

Begitu juga Melayu terkaya, Syed Mokhtar yang terbabit dalam bidang pengangkutan, logistik, peladangan dan pembangunan hartanah. Namun, yang agak mengejutkan ialah apabila beberapa anak muda disenarai antara jutawan baru dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Umum mengetahui nama artis Neelofa yang sudah jadi jutawan pada usia muda tetapi ada 10 lagi anak tempatan turut berjaya masuk dalam senarai itu. Mereka adalah anak muda berusia bawah 30 tahun yang berjaya memberi impak kepada kehidupan masyarakat di Malaysia dan Asia menerusi penggunaan teknologi ke atas bisnes yang dijalankan.

Mereka ialah Pereka Fesyen, Edmund Ooi, 29; Timbalan Presiden Gobi Partners, Victor Chua, 29; dua Pengasas Bersama The Lorry iaitu Chee Hau Goh, 28 dan Nadhir Ashafiq Zainal Abidin, 29; Pengasas YAZ Ventures Sdn Bhd, Mohd Yazrie Mohd Shuki, 28; Pengasas OpenMinds Resources, Jan Wong, 30; Pengasas Favful, Sasha Tan, 26; Pengasas Bersama Fashion Valet, Vivy Yusof, 29; Pengasas Bersama Hospitals Beyond Boundaries, Mohd Lutfi Fadil Lokman, 29 dan Pengasas Bersama YToday Sdn Bhd, Jazz Tan Yee Mei, 27.

Bentuk perniagaan yang mereka jalankan bukan lagi perniagaan tradisi, tetapi lebih kepada penggunaan teknologi. Misalnya, walaupun Neelofa selaku pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan berasaskan fesyen tudung, pakaian, minyak wangi dan sebagainya, tetapi dia mendapat sokongan jutaan peminat di akaun Instagram miliknya. Ini turut menjadi antara penyebab pemasaran media sosial untuk bisnesnya berjaya sehingga Neelofa dapat mengembangkan pelbagai jenis produk dan memasarkan Naelofar Hijab di 38 negara. Begitu juga dengan Vivy Yusof melalui Fashion Valet iaitu sebuah laman sesawang yang menempatkan pelbagai pilihan fesyen berjenama dari serantau Asia.

 Jika Uber menghubungkan pemandu dari satu lokasi ke lokasi yang lain, TheLorry.com yang dikendalikan oleh Nadhir Ashafiq pula adalah aplikasi pintar yang menghubungkan orang ramai dengan pemandu lori, termasuk tukang hantar barangan dan khidmat pelupusan. Ini bermakna, jika seseorang mahu menjadi kaya cepat, mereka perlu kreatif, tidak lagi bersandarkan kepada perniagaan tradisi. Lihatlah kejayaan serta kekayaan dimiliki pengasas syarikat e-dagang gergasi China, Alibaba, Jack Ma yang kini muncul usahawan internet terkemuka dunia.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/275151
0 Komentar untuk " Antara Jack Ma, Neelofa dan dunia internet "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ