*SELAMAT memangkah diucapkan kepada pengundi Sarawak yang pagi ini keluar beramai-ramai untuk menggunakan hak dan menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya negeri.
Walaupun orang Semenanjung tidak turut memangkah, namun tetap juga berdebar menunggu keputusan – malam ini – untuk mengetahui siapa yang akan menang dan memimpin Bumi Kenyalang.
Di atas kertas, semua bersetuju bahawa BN yang telah berkuasa sejak sekian lama, tidak bermasalah dan akan terus mengekalkan kedudukan. Sepatah kata orang Sarawak, ‘sikda hal’.
Cuma yang menjadi teka-teki ialah sejauh mana pembangkang boleh memperbaiki kedudukan. Dan, sejauh mana isu GST, 1MDB, derma RM2.6 bilion dan lain-lain kontroversi negara akan mempengaruhi pengundi. Tungguuu...
*APA pun malang awal bagi BN, sehari sebelum Sarawak memilih, parti itu telah kehilangan dua orang YB kerana terkorban dalam nahas udara semasa berkempen pada saat-saat akhir.
Dua YB berkenaan ialah Datuk Noriah Kasnon, Ahli Parlimen Sungai Besar yang juga Timbalan Menteri, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Helikopter Eurocopter AS350 yang mereka naiki terhempas ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching. Turut terkorban ialah empat yang lain, termasuk suami Noriah, Asmuni Abdullah. Takziah buat keluarga yang ditinggalkan.
*SYABAS kepada pihak berkuasa! Beberapa orang tonto berjaya ditangkap dalam Op Cantas Khas Tonto yang dilancarkan di Selangor, Negeri Sembilan serta Perak, beberapa hari lalu.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad operasi yang dilakukan bersama PDRM akan diperluaskan ke seluruh negara dengan Johor, Pulau Pinang dan Kedah menjadi destinasi terbaharu.
Semua orang tahu tonto telah bergiat sejak sekian lama, tetapi tidak ada gerakan bersepadu untuk memerangi sindiket berkenaan.
Selalunya nampak sangat pihak berkuasa kita juga agensi-agensi terlibat dipermain dan diperbodohkan oleh tonto. Apa sahaja gerakan dan serbuan yang hendak dilakukan, tonto lebih dahulu tahu.
Apakah benar sindiket tonto menggunakan peralatan yang lebih canggih, sehingga berupaya membaca dan mencium hasrat dan isi hati pihak berkuasa? Macam tidak masuk akal, tonto sentiasa mengalahkan pihak berkuasa. Memalukan.
*BERITA menggembirakan: Rabu lalu seorang pemilik restoran di Subang Jaya telah dihadapkan ke mahkamah sesyen dan dikenakan denda RM4,000.
Dia didapati bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 53A Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011, kerana menaikkan harga sebungkus nasi lemak dari RM2.50 menjadi RM3.50.
Kerana menaikkan harga RM1 pada Jun tahun lalu, dia didakwa di bawah akta yang boleh membawa hukuman maksimum RM500,000, atau penjara dua tahun, atau keduanya sekali.
Saya pasti ramai pengguna, khasnya penagih nasi lemak, berasa gembira dan bersorak “padan muka!” Semoga ini menjadi pengajaran kepada peniaga lain.
*BERITA tidak menggembirakan: Kenapa hanya pemilik restoran berkenaan yang diheret ke mahkamah? Ada beribu-ribu lagi peniaga yang sejak sekian lama menaikkan harga mengikut suka tadi, tetapi tidak diambil tindakan.
Ada restoran yang menaikkan harga roti canai, tose, teh tarik, milo ais dan lain-lain berkali ganda dari harga biasa. Pengguna mengadu, tidak ada tindakan. Harga terus naik.
Di pasar basah atau kering, daging, ikan, sayuran dan lain-lain keperluan naik harga tanpa sebarang kawalan. Telah sekian lama berjuta-juta pengguna seluruh negara mengeluh, mengeluh, mengeluh.
Kerap kali peniaga yang menghisap darah bagaikan drakula @ puntianak menjadikan GST sebagai alasan untuk menghalalkan pencatutan. GST hanya 6 peratus, tetapi ada peniaga melonjakkan harga lebih 100 peratus.
Pengguna dan rakyat biasa berasa amat terhimpit, tetapi drakula dan puntianak terus mengganas tanpa sebarang tindakan. Pihak berkuasa bukalah mata, bukalah hati.
*AKHIR kalam, pendapatan atau gaji rendah menjadi antara punca perceraian di negara ini. Menurut Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N Gopal Krishnam, gaji tidak cukup menyebabkan pasangan berkelahi.
Katanya, seperti yang disiarkan media: “Kita kena faham yang zaman sekarang, kita hidup dalam tekanan di sekeliling kita. Statistik menunjukkan yang 65 peratus keluarga di negara ini berpendapatan isi rumah di bawah RM3,500.”
Dia bertanya: “Macam mana kita nak bayar rumah, kereta, dan dalam masa yang sama menanggung perbelanjaan dan keperluan seharian kita dengan gaji yang begitu rendah?”
Siapa yang boleh jawab soalan ini, angkat tangan!
TOK PERAK

0 Komentar untuk " Perihal tonto, puntianak dan drakula "