Sasar tambah stokis, ejen - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Sasar tambah stokis, ejen

HUNALIGHTS Enterprise, pengeluar produk kecantikan milik Bumiputera, membuka peluang perniagaan dengan menjadi stokis dan ejen jualannya, selaras dengan usaha syarikat untuk mengembangkan perniagaan.

Pengasasnya, Izzat Roslan berkata, ia terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjual produk sabun kecantikan keluarannya, Huna Glowing Bar, yang sudah berada di pasaran sejak November tahun lalu.

"Walaupun produk ini baru enam bulan dipasarkan, namun ia bukan sahaja terjual di Malaysia, malah sabun Huna Glowing Bar sudah memasuki pasaran Brunei, Singapura dan Indonesia, menerusi 65 ejen jualan kami.

"Buat masa ini, kami tidak merancang untuk menjual sabun ini secara terbuka di pasaran untuk menjaga kualiti produk, selain membantu ejen menjana pendapatan," katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Beliau berkata, syarikat itu akan membekalkan bunting, risalah dan testimoni produk kepada setiap ejen jualannya, bagi membantu mereka memulakan perniagaan.

"Bukan itu sahaja, mereka juga akan diberi bimbingan untuk berniaga dan diberikan insentif khas sekiranya mencapai jualan memberangsangkan," katanya.

Hunalights Enterprise bakal mengeluarkan produk baharu, gel lidah buaya, pada bulan ini.

"Produk ini yang diperbuat daripada 100 peratus gel asli lidah buaya, sesuai untuk kegunaan rambut, badan dan muka.

"Ia sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pengiktirafan halal. Gel ini kini dalam peringkat akhir pembungkusan, sebelum dijual di pasaran," katanya.

0 Komentar untuk " Sasar tambah stokis, ejen "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ