SYARIKAT pengeluar produk makanan tambahan berasaskan sarang burung milik Bumiputera, Merge Beauty menerusi jenama Beauhea berhasrat mengukuhkan pasaran tempatan tahun ini.
Pengasasnya Nor Kamaliah Mohamad berkata, produknya yang baharu berada di pasaran sejak awal Mac lalu itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.
"Memandangkan kami masih baru dalam pasaran, kami mahu mengukuhkan dahulu pasaran tempatan sebelum pergi jauh sehingga ke pasaran luar negara.
"Untuk peringkat permulaan, kami jangka untuk meneroka pasaran Indonesia, Brunei dan Thailand menjelang awal tahun hadapan," katanya.
Menurutnya, sejak dilancarkan sejak dua bulan lalu, syarikatnya menjual lebih 200 kotak menerusi 15 ejen dan jualan atas talian (online).
Katanya, bagi merancakkan lagi jualannya selari dengan sasaran untuk menjual lebih 100,000 kotak menjelang akhir tahun ini, Nor Kamaliah mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat untuk menjadi ejen dan stokis.
"Kami berhasrat untuk mempunyai 100 ejen dan stokis menjelang akhir tahun ini," katanya yang membelanjakan lebih RM20,000 bagi tujuan kajian dan penyelidikan (R&D).
Mengulas lanjut berhubung R&D produk itu, Nor Kamaliah berkata, syarikatnya bermula sejak Mei tahun lalu dengan kerjasama pakar yang bertauliah.
"Selepas mendapat hasil memuaskan dan berkualiti, barulah kami yakin memasarkan produk ini," katanya.
Nor Kamaliah berkata, Beauhea adalah produk yang mengandungi 100 peratus bahan semula jadi iaitu sarang burung, kurma merah, rosehip, camu-camu, cendawan tremella, laici dan vitamin.
Menurutnya, produk ini sesuai digunakan oleh semua masyarakat kerana ia baik untuk kesihatan dan kecantikan.
Katanya, Beauhea juga boleh diambil oleh pengguna yang mempunyai alahan kepada makanan laut.
Beauhea dijangka mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sijil Halal dalam tempoh satu bulan akan datang.

0 Komentar untuk " Beauhea kukuh pasaran tempatan "