PENGELUAR produk pencerahan milik Bumiputera, FJ Beauty Elegance menerusi jenama ketiga keluarannya, Ory Jelly berhasrat untuk menambah ejen dan stokis syarikatnya menjelang akhir tahun ini.
Pengasasnya, Nurul Farah Farihin Jusoh berkata, pihaknya mahu mempunyai ejen dan stokis di setiap negeri.
"Setakat ini, kami mempunyai 14 ejen dan lima stokis.
"Dengan sasaran pasaran yang lebih tinggi, kami jangka untuk mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 ejen dan mempunyai seorang stokis bagi setiap negeri tahun ini," katanya yang telah menubuhkan syarikat itu sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan penyertaan lebih ramai ejen bagi membantu merancakkan lagi perniagaan produk baharunya itu.
Katanya, bagi menggalakkan penyertaan, pihaknya memberikan bonus dan insentif bulanan kepada ejen-ejen yang layak.
Mengulas lanjut berhubung produk, Nurul Farah berkata, Ory Jelly adalah produk pencerahan pertama dalam bentuk jeli yang berada di pasaran tempatan. "Produk ini menggunakan teknologi Jepun dan melalui proses kajian dan penyelidikan (R&D) selama dua bulan sebelum dipasarkan.
"Dengan berbekalkan modal permulaan sebanyak RM100,000, akhirnya produk ini telah berada di pasaran sejak tiga bulan lalu," katanya.
Nurul Farah berkata, setakat ini, jualan produk adalah menggalakkan dengan menjual sekitar 10,000 botol dalam tempoh sebulan.
Menurutnya, sehingga kini, sebanyak 50,000 botol telah terjual dalam tempoh tiga bulan berada di pasaran tempatan.
"Permintaan bagi produk ini semakin meningkat dan kami jangka untuk menjual sehingga RM5 hingga RM6 juta sebulan dalam tempoh enam bulan akan datang," katanya. Walaupun baharu berada di pasaran, Ory Jelly kini telah berada di Thailand, Singapura dan Brunei menerusi stokis.
"Sasaran seterusnya adalah untuk meneroka pasaran Indonesia dan negara Asia lain seperti Myanmar, Vietnam dan Filipina pada masa akan datang," katanya yang kini dalam proses untuk menghasilkan produk langsing. Ory Jelly dijual dengan harga serendah RM59 (15 pek).

0 Komentar untuk " Ory Jelly mahu tambah ejen, stokis "