KINI mantan Perdana Menteri (PM) Israel, Olmert, sedang meringkuk di dalam penjara. Beliau berada di jawatan itu sebelum Natanyahu, PM sekarang. Sepuluh tahun dulu, PM Thailand, Thaksin Shinawatra, dinyahkan oleh tentera dan kini beliau berada dalam buangan.
Jika pulang, beliau pasti ditangkap dan dibicarakan. Di Brazil kini, Presiden Roussef sedang bersusah payah melawan percubaan mengenyahkannya dari jawatannya oleh Parlimen.
Di Afrika Selatan pula, tradisi penuh teladan daripada Mandela diketepikan dan kini Presiden Zuma amat tergugat oleh ancaman hendak menyingkirkannya atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Di tanah seberang, Indonesia, sekurang-kurangnya tiga orang gabenor (wilayah Banten, Riau dan Aceh) sedang mengalami kehidupan sengsara dalam penjara kerana kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.
Ini bererti baik untuk ketua kerajaan mahupun ketua negara, soal pelaksanaan undang-undang adalah sama rata. Ini bererti juga pelaksana undang-undang mampu menjalankan tugasnya tanpa takut dan memilih bulu.
Berkenaan dengan Olmert, kesalahan beliau dikorek setelah menjadi PM dan didapati ketika beliau menjadi datuk bandar sebuah kota Israel, beliau melakukan jenayah salah guna kuasa dengan meluluskan sebuah projek perumahan, dan mendapat faedah daripada kelulusan itu.
Bukti hitam-putih tidak ada. Yang ada ialah kata-kata lisan daripada saksi. Ini samalah dengan nasib mantan Naib-Presiden AS, Spiro Agnew. Ketika beliau menjadi Gabenor Maryland yang bersempadankan Washington DC, ibu kota AS, beliau diberikan sagu hati 10 ribu dolar oleh seorang kontraktor.
Ini dikorek apabila beliau memegang jawatan nombor dua AS; akhirnya beliau meletak jawatan pada tahun 1973. Thaksin menjadi PM Thailand daripada latar belakang seorang warga niaga dan korporat.
Dengan menggunakan taktik korporat, beliau mendapat untung 1.3 bilion dolar daripada bisnes telekom ketika menjadi PM. Tentera menganggap perbuatan itu ialah satu kesalahan mengguna kuasa dan rasuah, lalu merampas kuasa. Thaksin terbungkam di luar negeri, kini dikatakan tinggal di Dubai.
Prospek mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi, terutama amalan mengadakan pilihan raya untuk menghalalkan pemegangan kuasa dan penubuhan kerajaan, tindakan rampasan kuasa oleh tentera ialah sesuatu yang tidak boleh diterima langsung.
Mengapa perampasan kuasa oleh tentera di Thailand bagaikan menyalin baju menurut perubahan musim senang difahami. Sejak dulu lagi Thailand dijajahi tentera, sedangkan Raja bertindak sebagai payung.
Dulu di Pakistan, Allahyarhamah Benazir Bhutto menyalahkan Nawaz Shariff kerana menimbulkan keadaan yang boleh digunakan tentera sebagal alasan merampas kuasa di bawah Jeneral Musharaf. Keadaan yang dimaksudkan itu, antaranya, adalah apabila undang-undang diketepikan dan diperlekeh oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan, sehingga pemerintahan berasaskan undang-undang tidak bererti apa-apa lagi.
Rakyat menjadi resah dan institusi-institusi ekonomi, sosial dan keselamatan bagaikan ketiadaan asas undang-undangnya. Justeru, dua buah negara Asia ini yang amat galak dengan perampasan kuasa oleh tentera, Thailand dan Pakistan, tidak harus diteladani oleh mana-mana negara lain.
Amat menggelikan bagaimana media kita seolah-olah tidak langsung menyiarkan berita berapa orang gabenor Indonesia (antaranya disebutkan di atas) melakukan jenayah rasuah dan salah guna kuasa dan mengayakan diri mereka.
Kuasa mereka adalah lebih kurang sama dengan kuasa menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri Malaysia. Galian dalam tanah, tumbuhan di tanah dan apa-apa yang tinggi dari muka tanah adalah dalam kuasa mereka.
Umpamanya, Gabenor Riau dikenakan penjara 14 tahun kerana rasuah dari pemberian permit membalak dan membuka tanah untuk ladang kelapa sawit, juga dari projek-projek untuk Sukan Negara (seperti Sukma) di Riau.
Sebenarnya apa yang berlaku di Indonesia amat relevan dengan kita. Untuk sekian lama, sejak sebelum kita merdeka dan dua dekad selepas itu, kita banyak diilhami Indonesia dalam pendidikan dan kebudayaan.
Namun ‘berlebihan’ Sukarno membawa kesan buruk kepada Indonesia. Justeru, kita mula mengatasinya dalam amalan demokrasi. Kini, pasca Suharto, demokrasi Indonesia sudah jauh sembuh dan lebih hebat daripada kita. Mungkin soal masa saja untuk Indonesia menempa kemajuan melebihi jiran-jirannya. Sekurang-kurangnya kini Indonesia boleh mula diteladani semula.
* Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat dan Ahli Kabinet

0 Komentar untuk " Undang-undang kukuh elak petaka "