BAHANG dan kehangatan Pilihan Raya Negeri Sarawak semakin terasa. Kali ini, tidak ada lagi istilah Pakatan Rakyat (PR) menentang Barisan Nasional (BN) seperti pilihan raya-pilihan raya sebelum ini.
Inilah kali pertama parti-parti Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, Pas, PKR dan pecahan terbaharu daripada Pas iaitu Amanah (PAN) saling merebut kerusi Dewan Undangan Negeri antara satu sama lain.
Perbalahan dalam Pakatan Rakyat yang sudah tidak lagi sepakat ini, dijangka menjadi semakin hangat apabila sesi ceramah yang akan diadakan sudah pasti dipenuhi dengan sesi cemuhan antara sesama sendiri. Bahkan antara Pas dan pecahannya juga tidak kurang hebat perbalahan mereka, sehinggakan sudah ada yang sanggup menggelar Pas sebagai ‘Parti Ahli Syurga’, manakala PAN sebagai ‘Parti Ahli Neraka’.
Hakikatnya inilah politik mereka. Apabila duduk serumah, tidur sebantal, makan sepinggan, semuanya indah pada pandangan mata masing-masing. Namun setelah berpisah dan menjadi musuh antara satu sama lain, semuanya bertukar 180 darjah sehinggakan apa yang baik sekalipun akan dipandang buruk di mata lawan.
Inilah politik fanatik dan taksub yang diasaskan atas dasar ukhuwah jamaiah (kelompok dan puak) yang jauh dari nilai dan akhlak Islam sebenar yang diasaskan atas dasar ukhuwah Islamiah (persaudaraan Islam).
Dalam hal ini, ALLAH SWT telah menjelaskan konsep ukhuwah Islamiah yang merentasi sempadan negeri dan negara, bangsa dan warna kulit, apatah lagi sempadan politik yang sempit. Firman-Nya dalam Surah al-Hujurat, ayat 10 bermaksud: “Sebenarnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu beroleh rahmat”.
Namun, ini tidaklah bermakna Islam menolak ukhuwah jamaiah secara mutlak. Cuma perlu difahami bahawa apabila bertembung antara ukhuwah jamaiah dan ukhuwah Islamiah, maka keutamaan adalah kepada ukhuwah Islamiah.
Menelusuri sejarah awal Islam, baginda SAW, pernah menegur beberapa sahabat yang menyeru kepada ketaksuban dan fanatik terhadap kumpulan masing-masing, sehingga lupa kepada ukhuwah Islamiah yang berlandaskan ajaran dan nilai-nilai Islam, sebagaimana hadis riwayat Bukhari:
“Dalam kalangan orang-orang Muhajirin, terdapat seorang lelaki yang suka bergurau, kemudian dia telah menolak seorang Ansar, maka marahlah orang Ansar itu dengan teramat marah, sehinggakan kedua-dua mereka saling menyeru (kaum masing-masing untuk sama-sama terlibat dalam dalam pergaduhan itu). Orang Ansar itu berkata: “Wahai orang-orang Ansar, (datanglah membantuku menewaskan orang Muhajirin ini)”. Manakala orang Muhajirin itu pula berkata: “Wahai orang-orang Muhajirin, (datanglah membantuku mengalahkan orang-orang Ansar ini)”. Kemudian Nabi SAW keluar dan bertanya: “Apa hal seruan ahli jahiliah ini? Apa hal keadaan mereka ini?” Kemudian baginda diberitahu bahawa seorang Muhajirin telah menolak seorang Ansar. Maka Nabi SAW bersabda: “Tinggalkanlah seruan jahiliah itu, sesungguhnya seruan jahiliah itu adalah perkara yang keji.”
Pada zaman jahiliah, orang-orang Arab sangat taksub dan fanatik kepada kabilah dan puak masing-masing. Bahkan mereka sanggup berperang bermati-matian sehingga berkurun lama hanya kerana perkara kecil.
Peperangan mereka itu hanyalah atas dasar mempertahankan kabilah masing-masing, tanpa melihat siapa benar, siapa salah melalui prinsip keadilan, sebagaimana terjadi kepada kabilah Aus dan Khazraj di Madinah sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW yang mempersaudara mereka sebagai orang Ansar.
ALLAH SWT juga menjelaskan perihal jemaah atau kumpulan ini dengan menyatakan bahawa setiap kumpulan atau jemaah akan bergembira dengan apa yang ada pada mereka. Kegembiraan yang keterlaluan ini akhirnya membawa kepada sikap fanatik dan taksub melampau. Firman ALLAH dalam Surah al-Mukminun, ayat 53 dan Surah ar-Rum, ayat 32: “…Tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.”
Inilah sebenarnya punca yang membawa ke arah sikap taksub dan fanatik membuta tuli terhadap kumpulan masing-masing, sehingga menafikan apa sahaja kebaikan yang datang dari kumpulan lain, terutamanya kumpulan yang menjadi lawan kepada mereka.
Umat Islam akan menjadi umat yang berpecah belah, lemah dan mundur dalam segenap bidang, kesan daripada ketaksuban ini. Alangkah baiknya jika kekuatan umat Islam dapat diperkukuhkan dengan penyatuan yang padu atas dasar ukhuwah Islamiah, seterusnya boleh membawa umat Islam menjadi umat yang terbaik dalam segenap lapangan.
Moga ALLAH SWT golongkan kita dalam golongan hamba-hambaNya yang berkasih sayang atas dasar ukhuwah Islamiah dan bukan atas dasar ukhuwah jamaiah dan politik yang sempit.
* Penulis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

0 Komentar untuk " Memugar politik kasih sayang "