PERJANJIAN Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA) membabitkan negara Asia Pasifik. Sebanyak 12 negara, iaitu Amerika Syarikat (AS), Australia, New Zealand, Kanada, Jepun, Mexico, Peru, Chile, Brunei, Malaysia, Singapura, dan Vietnam memeterai perjanjian ini. Pada dasarnya, TPPA adalah perjanjian multilateral yang membabitkan liberalisasi pasaran atau pasaran terbuka yang lebih luas dalam kalangan negara anggota. Dalam konteks ini, setiap negara yang menyertai TPPA bebas berniaga di pasaran mana-mana negara ahli secara terbuka. Perundingan TPP dimulakan pada 2010 dan sudah dimuktamadkan pada Oktober tahun lalu. Namun, sesuatu yang baharu itu tidak mudah di terima semua pihak. Justeru, isu mengenai TPPA hangat diperdebatkan sejak tahun 2013.
Perdebatan dan polemik mengenainya disebabkan wujud kebimbangan bahawa TPPA boleh memberi kesan negatif terhadap masa depan sosioekonomi Malaysia. Ia dikatakan boleh menjerat negara dalam kancah penjajahan bentuk baharu melalui penguasaan ekonomi kuasa besar AS. Kerajaan meneliti setiap pandangan yang dilontarkan pelbagai pihak dan sangat berhati-hati dalam setiap rundingan TPPA. Malah, sejak awal rundingan lagi, kerajaan memberi jaminan Malaysia hanya akan menyertai TPP atas terma yang boleh kita terima. Akhirnya, selepas hampir tujuh tahun rundingan TPPA diadakan, semua 12 negara terbabit mencapai kata sepakat di Atlanta pada 5 Oktober 2015 untuk menyertai TPPA.
Sidang khas Parlimen
Pada 26 Januari lalu Parlimen Malaysia membentangkan TPPA untuk tujuan menerima atau menolak melalui proses pengundian Ahli Parlimen. Selepas sidang khas membahas TPPA itu berjalan selama dua hari, akhirnya Dewan Rakyat meluluskan TPPA dengan undi menyokong sebanyak 127 undi, manakala undi tidak menyokong (daripada pembangkang) adalah sebanyak 84 undi. Keputusan itu diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 27 Januari lalu. TPPA ditandatangani di Auckland, New Zealand pada 4 Februari lalu, sekali gus mengakhiri proses rundingan ke atas perjanjian itu. Rakyat tidak harus bimbang dengan pelaksanaan TPPA kerana kerajaan memberi jaminan kedaulatan negara tidak akan tergadai selepas TPPA ditandatangani. Pemantauan secara terperinci oleh pasukan yang bertanggungjawab dalam mengendalikan perjanjian ini akan dilakukan bagi memastikan negara dan rakyat benar-benar mendapat faedah daripada TPPA. TPPA bukan sahaja mampu menawarkan akses pasaran lebih luas kepada pengeksport, malah berpotensi membawa impak lain seperti mewujudkan industri baharu.
Dalam konteks ini, pemain industri boleh bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk menarik pelaburan daripada negara TPPA bagi membuka kilang di negara ini. Memang jika dilihat dalam konteks persaingan maka perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini dilihat akan berhadapan dengan persaingan pada peringkat pasaran tempatan kerana syarikat luar dari kalangan negara anggota akan masuk ke negara ini. Ia harus diterima sebagai satu cabaran. PKS di negara ini perlu melonjak keupayaan untuk menembusi pasaran luar, sekurang-kurangnya di rantau ASEAN. Apa pun kita yakin kerajaan akan membantu mereka bagai berhadapan dengan situasi itu.
Perluas perdagangan negara
Dalam memperluas perdagangan pada peringkat ASEAN, kerajaan boleh merangka langkah strategik untuk meningkatkan perdagangan antara negara anggota ASEAN yang turut sama dalam TPPA. Malaysia boleh mengambil banyak manfaat yang dapat menyokong perluasan perdagangan Malaysia melalui Komuniti Ekonomi ASEAN. Pada tahun lalu sahaja jumlah perdagangan antara Malaysia dan negara ASEAN adalah RM401.4 bilion dengan lebih dagangan sebanyak RM37.2 bilion. Pasaran ASEAN melebihi 600 juta penduduk. Melalui TPPA, negara mempunyai kelebihan dan kekuatan dalam memperluas produk halal yang semakin mendapat sambutan pada peringkat global. Dalam RMK-11, industri halal menjadi agenda penting negara dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) diiktiraf sebagai titik tumpuan membangun perniagaan halal Malaysia. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Malaysia akan bekerjasama dengan Australia dan New Zealand kerana kedua-dua negara itu sudah biasa dengan halal Malaysia. Demikian peluang akan diperluaskan di AS dan Kanada kerana penduduk Islam negara terbabit semakin bertambah.
Manfaat produk komuniti
Negara juga akan mendapat manfaat perdagangan berkaitan produk komoditi dengan menikmati kemudahan ditawarkan negara anggota TPPA bagi produk seperti sawit, kayu-kayan dan perabot. Malaysia berjaya menempatkan kedudukan dalam kalangan pengeksport produk komoditi paling berdaya saing di dunia. Ini memberi kelebihan kepada kita untuk menikmati akses pasaran lebih baik bagai produk berkenaan di pasaran AS, Kanada, Peru dan Mexico.
Pada tahun lalu, bagi tempoh Januari hingga September, jumlah eksport keseluruhan komoditi berjumlah RM85.9 bilion. Hakikatnya, Malaysia akan menikmati peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui penyertaannya dalam TPPA. Bank Dunia dalam laporan Global Economic Prospects January 2016 menyatakan Vietnam dan Malaysia adalah antara negara TPP yang bakal menikmati manfaat terbanyak dengan peningkatan KDNK masing-masing sebanyak 10 peratus dan lapan peratus menjelang tahun 2030. PriceWaterhouse Coopers (PWC) dalam kajiannya berkaitan Kos dan Manfaat membuat kesimpulan bahawa TPPA bakal memberikan manfaat kepada ekonomi Malaysia dengan potensi peningkatan ekonomi atau KDNK antara USD107 bilion hingga USD211 bilion dalam jangka masa 2018-2027.
Kesimpulan, TPPA akan meningkatkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini, memperluaskan pengeksportan negara, meningkat KDNK negara, memperkasakan pasaran buruh, mengutamakan persekitaran yang kondusif serta meningkatkan kecekapan tadbir urus yang telus dan prinsip kebertanggungjawaban melalui peraturan yang lebih ketat serta berupaya mengengkang gejala rasuah dan penyelewengan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/130178

0 Komentar untuk " Faedah untuk rakyat, negara terus jadi keutamaan "