DIKENALI dengan nama hoverboard dan Smart Balance Wheel, sudah menjadi trend dalam kalangan pengguna yang terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak.
Jikalau dahulu, di taman-taman permainan biasa dilihat remaja dan kanak-kanak bermain basikal. Kini mereka lebih tertumpu kepada permainan moden ini.
Difahamkan ia bermula dari China dan menular sehingga ke Amerika Syarikat sejak beberapa tahun lalu.
Hanya pada Ogos tahun lalu, trend ini menjadi ikutan remaja di negara ini.
Ia juga dilihat sebagai salah satu permainan sihat bagi remaja mengisi masa lapang dan sesetengahnya menjadikan ia sebagai salah satu hobi bersama rakan-rakan.
Sambutan semakin meningkat
Mohammad Basyeer Mohammad Fauzi, 31, berkata, dia menjual Smart Balance Wheel sejak tahun lalu secara atas talian (online) menerusi www.hulalashop.com, Facebook dan Instagram.
"Jualan kami hanya secara atas talian online sahaja tetapi bagi Smart Balance Wheel, kami banyak menghantar produk terus kepada pembeli.
"Ini kerana kebanyakan pelanggan mahu mencuba dahulu produk sebelum membuat pembayaran," katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.
Sejak setahun berniaga Smart Balance Wheel, Mohammad Basyeer berkata, jualan sangat menggalakkan dan mendapat sambutan daripada pelanggan.
Menurutnya, dia juga menerima tempahan yang berulang daripada pelanggan yang sama untuk rakan-rakan mahupun keluarga.
Katanya, setakat ini, dia telah menjual purata 20 unit Smart Balance Wheel kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang.
"Kami jual Smart Balance Wheel dalam RM999 seunit berbanding RM1,899 seunit ketika ia mula-mula muncul di pasaran tempatan.
"Dari segi persaingan memang sengit. Namun, perlu ada promosi yang lebih bagi menarik pelanggan," katanya.
Mengulas berhubung bilakah trend ini akan berakhir, Mohammad Basyeer berkata, trend ini hanya akan berakhir apabila ada produk lain yang lebih menarik.
Menurutnya, ada orang yang menggunakan Smart Balance Wheel untuk kegunaan harian sebagai kemudahan apabila perlu berjalan jauh.
"Contohnya, orang yang tinggal di kondominium, mereka juga menggunakan Smart Balance Wheel untuk pergi ke parkir.
"Macam saya, saya pakai untuk membuang sampah kerana jarak dari rumah ke tempat pembuangan sampah yang agak jauh," katanya.
Selain itu, ia juga digunakan untuk aktiviti riadah oleh golongan remaja dan kanak-kanak di taman permainan.
Mungkin jadi alat kemudahan pengguna
Bagi Fatin Illya Azmi, 23, dia membeli Smart Balance Wheel pada Disember tahun lalu dengan tujuan suka-suka.
"Saya memang suka gajet dan benda-benda yang unik... saya tengok Smart Balance Wheel ini menarik perhatian saya, saya belilah.
"Sebab mahu sangat main, saya beli dengan harga promosi RM1,000 seunit," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Menurutnya, cara menggunakan Smart Balance Wheel tidak sukar kerana ia bergantung kepada imbangan badan.
Katanya, dia telah mengajar rakan-rakan, adik-beradik dan ibunya menaiki Smart Balance Wheel.
"Sekarang ini, ibu saya pun sudah tahu naik Smart Balance Wheel.
"Ada kawan-kawan lain yang berminat tetapi mereka sedang mengumpul wang untuk memilikinya," kata pelajar Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) ini.
Fatin berkata, Smart Balance Wheel bukan sahaja sesuai untuk remaja tetapi juga dewasa kerana dilihat remaja 20-an lebih tertarik dengan produk seumpama ini.
Katanya, Smart Balance Wheel sangat seronok dinaiki bersama dengan rakan-rakan lain berbanding seorang diri.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Smart Balance Wheel, Effendi Ikram Ihsan, 32, berkata, dia membelinya tiga bulan lalu ketika berkunjung ke pejabat Hulala Shop dengan harga RM1,450 seunit.
"Ketika menaiki Smart Balance Wheel itu rasa sangat seronok, saya tertarik dan terus beli.
"Saya rasa pada masa akan datang, mesti ramai akan suka dan menggunakan Smart Balance Wheel serta menggunakannya untuk kegunaan harian," katanya.
Menurutnya, Smart Balance Wheel sesuai digunakan di pusat membeli-belah, pasar raya, beriadah dan untuk ke tempat kerja.
"Saya juga pernah Smart Balance Wheel ketika mop lantai di rumah," katanya.

0 Komentar untuk " Smart Balance Wheel: Trend baharu remaja beriadah "