I-Synergy (IS): Usahawan berjaya lahir daripada program AJ - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

I-Synergy (IS): Usahawan berjaya lahir daripada program AJ

JASANYA tidak boleh dinilai dengan wang ringgit kerana bersama-sama syarikat ketika masih di awal penubuhan.

Berbekalkan tunjuk ajar sahabat yang merupakan 'sifu'nya, Datuk Lawrence Teo mengembangkan program I-Synergy (IS) bermula pada 2009.

Biarpun ramai menyalah anggap syarikat menjalankan Multi Level Marketing (MLM), malah skim cepat kaya tetapi program itu menawarkan peluang keemasan kepada sesiapa sahaja.

Program Affiliate Juntion (AJ) merupakan Rangkaian Affiliate Marketing mempromosikan produk dan perkhidmatan pada satu platform.

Ia boleh didapati secara offline dan online dengan menjadikan Mykad sebagai kad keahlian.

Selaku pemilik Is Briliance Sdn Bhd, Isharizat Ibrahim, 38, merupakan ejen sah program tersebut.

Pada awalnya, program IS hanya menggunakan kad nama sebagai kad eksklusif untuk mendapatkan diskaun di kedai berdaftar dengan program tersebut.

“Kami bantu peniaga memasarkan produk mereka dengan memberi diskaun istimewa kepada pemegang kad nama.

“Kini kaedah itu tidak lagi relevan dan pada 2010, Mykad dijadikan kad keahlian dilihat lebih efektif,” katanya.

Melalui rangkaian program AJ, program Mykad Smart Shopper (MSS), setiap pelanggan boleh mendaftarkan Mykad secara percuma melalui affiliate sah dan menikmati rebat tunai terus daripada peniaga berdaftar dengan program MSS.

Sanggup berhenti kerja

Biarpun memegang sijil Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Tenaga Nasional, Isharizat sanggup melepaskan tugasnya sebagai jurutera.

Walaupun berat hati, dia terpaksa meninggalkan kerjaya dengan pendapatan RM5,000 sebulan setelah enam tahun berkhidmat.

Demi mengejar impiannya. Isharizat tidak menyesali dengan keputusan itu.

Tindakan itu mendapat tentangan hebat daripada keluarga, rakan dan masyarakat sekeliling.

“Niat saya ikhlas bantu dan perbaiki ekonomi keluarga, namun disalah tafsir. Keputusan ini amat sukar apatah lagi saya anak sulung dan menjadi harapan keluarga,” katanya.

Berhenti kerja tidak bermaksud melupakan bidang kejuruteraan malah menyimpan impian membina firmanya sendiri.

Tidak mendapat sambutan

Menceritakan pahit manis perjalanan membangunkan perniagaan tersebut, Isharizat terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Bukan mudah meyakinkan masyarakat untuk perkara baharu.

“Ketika ia diperkenalkan, banyak isu berbangkit kerana pengguna terpaksa menggunakan kad nama, leceh dan mudah hilang. Penggunaan juga terhad dan tidak mesra pengguna terutama pihak peniaga.

“Dari situ, timbul idea menggunakan mykad oleh Ketua Pegawai Eksekutif I-Synergy sendiri dan ia dicetuskan ketika Lawrence bekerja di Amerika Syarikat,” katanya.

Tidak dinafikan program AJ kurang dikenali kerana tiada kefahaman mengenai pasaran affiliate.

Sistem pembelajaran lebih teratur dilaksanakan dan sistem duplikasi berkesan dipraktikkan, ternyata AJ semakin diterima ramai.

“Di fasa ketiga, syarikat melaksanakan promosi secara meluas untuk kesedaran program ini.

"Kami bukan menjual insurans tetapi platform pemasaran kepada peniaga secara rangkaian affiliate," katanya.

Siapa sangka, di sebalik senyuman Isharizat pernah tercalit sejarah hitam akibat bebanan hutang.

Memiliki gaji besar tidak menjamin pengurusan kewangan terurus kerana sering kekurangan pendapatan.

“Saya mengalami situasi kewangan amat teruk bahkan hampir diisytiharkan muflis.

“Selepas berhenti kerja dan sebelum terlibat dengan AJ, saya pernah terlibat dengan pelbagai perniagaan,” katanya.

Antaranya syarikat Network Marketing, pusat tuisyen, restoran, fasilitator, pakar motivasi dan sebagainya.

Paling sukar ketika kemelesetan ekonomi melanda, sumber kewangannya merosot sehingga berhutang hampir RM200,000 disebabkan penggunaan 13 kad kredit dan empat pinjaman peribadi.

Dia perlu membayar hutang secara bulanan dengan RM8,000 sebulan akibat tekanan kewangan.

Raih RM60k sebulan

Nasib dirinya berubah setelah menyertai program AJ. Anak jati Felda di Kota Tinggi, Johor ini berjaya menyelesaikan segala hutang piutang dalam masa tiga tahun.

“Setelah lima tahun bersama AJ, saya mampu meraih pendapatan lebih RM50,000 sebulan,” katanya.

Menerusi program anjuran AJ, dia terlibat secara langsung dengan kesemua program-program tersebut iaitu Mykad Smarshopper (Business to Customer), Agensi Program (Business to Business), Retail Network Affiliate Program (Business to Investor) dan Project Based Colabration.

"Setelah beberapa tahun program AJ, syarikat berjaya disenarai dalam Bursa Saham di Australia NSX (National Stock Exchange).

"Kami menyasarkan penyertaan melebihi 10 juta MyKad, 2000 peniaga dan 30,000 affiliate seluruh negara," katanya.

Tembusi pasaran Indonesia

Sekian lama bertapak, mereka kini mempunyai 10 pejabat urusan dan bakal menambah empat cawangan di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Johor (cawangan kedua di Batu Pahat).

“Bagi mengembangkan perniagaan ini, saya perlu membantu syarikat kecil mencapai status Regional Affiliate Agency (RAA) dan Global Affiliate Agency (GAA).

“Kami merancang menaikkan sektor peruncitan dari segi transaksi dan kualiti terutamanya AJ akan menembusi pasaran Indonesia bermula di Jakarta," katanya.

Tahun ini, syarikat induk mengadakan promosi meluas di pawagam, blog, onlive TV, road show, aplikasi telefon pintar dan sebagainya.

Katanya, untuk berjaya, kepercayaan sangat penting.

“Mesti berani berubah, bukan untuk kepentingan diri tetapi keluarga. Kita harus belajar dengan orang berjaya dan jadikan mereka contoh terbaik.

“Tidak perlu sempurna untuk bermula, tapi bermulalah untuk mendapatkan kesempurnaan,” katanya.

0 Komentar untuk " I-Synergy (IS): Usahawan berjaya lahir daripada program AJ "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ