Mymarket bantu usahawan PKS - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Mymarket bantu usahawan PKS

MYMARKET  Global Resources menjangkakan lebih 1,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai Malaysian Hypermarket (MyMarket) yang merupakan model pasar raya yang diadakan di Maeps bermula Januari hingga September nanti.

Pengarah Urusannya, Sharifah Abdul Malik berkata, MyMarket adalah platform kepada usahawan dan pengilang PKS untuk memasarkan produk dan bersaing dengan mana-mana pasar raya yang sedia ada.

Menurutnya, MyMarket memberikan ruang kepada usahawan dan pengilang PKS yang tidak berpeluang menempatkan produk mereka di pasar raya sedia ada.

"Dengan kadar sewa yang rendah, mereka dapat menempatkan produk mereka di MyMarket sekali gus memperkenalkan produk mereka kepada pengunjung," katanya.

Menurutnya, MyMarket akan diadakan selama tiga hari pada setiap bulan di Hall A, Taman Pameran Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang, Selangor.

Tarikh yang diadakan ialah 29 hingga 31 Januari adalah tarikh pelancaran dan pameran MyMarket 26 hingga 28 Februari, 11 hingga 13 Mac, 1 hingga 3 April, 27 hingga 29 Mei, 5 hingga 7 Ogos dan 23 hingga 25 September.

5,000 produk PKS

Sharifah berkata, MyMarket akan menempatkan 5,000 produk PKS dalam 12 kategori dengan menawarkan harga yang berpatutan dan pemberian diskaun sehingga 70 peratus.

"Antara kategori produk ialah seperti makanan dan minuman, keperluan asas, alat tulis buku, produk bayi, kanak-kanak, produk pakaian, aksesori, perkhidmatan kecantikan kesihatan, elektrik, gajet teknologi maklumat, hiburan dan medan selera," katanya.

Sebagai permulaan, pada 29 hingga 31 Januari nanti, pelancaran dan pameran mirip pasar raya sebenar akan memberikan gambaran sebenar pada MyMarket seterusnya.

"Kami juga mendapat kerjasama daripada Kementerian Industri dan Asas Tani menganjurkan MyMarket. Konsep MyMarket memberikan peluang kepada usahawan, pengilang dan pengeluar mendapat tempat dalam pasaran tempatan," katanya.

"MyMarket juga membantu usahawan, pengilang dan pengeluar dan akan berurusan secara langsung dengan pelanggan tanpa menggunakan orang tengah," katanya.

Pilih PKS ke luar negara

Pengurus Besar Kumpulan MyMarket Global Resources, Amizan Mohd berkata, MyMarket adalah medium untuk dipilih dan berpeluang memasarkan produk  mereka di beberapa negara.

Menurutnya, kita mempunyai perancangan yang besar untuk membantu usahawan dan pengilang PKS dengan mengadakan jalinan kerjasama strategik dengan beberapa syarikat dari China.

"Kita mengadakan perbincangan dengan mereka dan mereka bersetuju untuk memasarkan produk tempatan di sana," katanya.

Sepanjang tiga hari MyMarket berlangsung, beberapa padanan perniagaan akan diadakan. Kami juga akan menandatangani perjanjian persefahaman dengan beberapa agensi kementerian untuk di bawa ke China.

Syarikatnya menjangkakan melalui MyMarket, pertumbuhan jualan usahawan PKS dan pengilang akan meningkat 20 hingga 30 peratus.

"Selain dapat membeli pelbagai barangan, beberapa agensi di bawah Kementerian Industri dan Asas Tani akan menyertai MyMarket antaranya Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai peranan dan bantuan yang disediakan agensi tersebut" katanya.

Pelbagai acara menarik menanti pengunjung

Amizan berkata, sepanjang tiga hari MyMarket berlangsung, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan antaranya penyertaan Kopstar yang akan melibatkan ramai artis terkenal yang akan menjual produk mereka.

"Pengunjung dapat beramah mesra dengan mereka lebih dekat. Pengunjung juga berpeluang menjamu selera dengan hasil air tangan artis yang turut serta menjual di medan selera yang disediakan antaranya ialah Chef Yang Jamil, Azman Arif, Khaty Azean dan Zalifah Ibrahim," katanya.

Menurutnya, As Sabeel yang merupakan vendor MyMarket juga akan melancarkan trak makanan pertamanya pada program tersebut.

Walaupun ada Petronas Cup Prix Race di sebelah Maeps, ia tidak akan menjejaskan kehadiran pengunjung ke MyMarket kerana ada parkir yang selesa.

"Kami menjangkakan jumlah pengunjung MyMarket melebihi 10,000 orang sepanjang tiga hari berlangsung," katanya.

Amizan berkata, MyMarket menawarkan yuran yang murah serendah RM100 dan sewa tapak serendah RM100.

MyMarket akan ke seluruh Malaysia

MyMarket akan diperluaskan ke seluruh negara dengan kerjasama Petronas Cup Prix Race dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melibatkan 10 lokasi dan dilaksanakan pada tahun hadapan.

"Setakat ini hanya enam lokasi yang telah ditetapkan antaranya Muar; Johor, Ipoh; Perak, Batu Kawan; Pulau Pinang dan Kuantan; Pahang.

"Sesiapa yang berminat untuk menyertai MyMarket, mereka boleh mendapatkan maklumat melalui laman web MyMarket," katanya.

0 Komentar untuk " Mymarket bantu usahawan PKS "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ