JIKA dahulu kuih-muih boleh dibeli dengan harga serendah 20 sen seketul. Namun, kini, agak sukar untuk mencari kuih-muih dengan harga seperti itu.
Kebanyakannya dijual dengan harga mencecah sehingga 50 sen atau 60 sen sebiji.
Pemilik gerai kuih ekonomi, Norfadilah Saidin, 45, menjual kuih karipap dengan harga RM2 untuk tujuh biji.
Walaupun pada harga murah, namun karipap itu begitu rangup dan enak serta mendapat permintaan tinggi di kalangan penduduk setempat.
Norfadilah menjual kuih-muihnya dengan harga murah walaupun di saat segelintir peniaga lain sedang meletakkan harga jualan agak mahal.
Harga itu bagi memastikan kepuasan pelanggan sesuai dengan harga yang diberikan.
“Saya dan suami buat ini hanya untuk bagi orang senang hati pada masa kos hidup memang tinggi, makanan pun semakin naik harganya. Oleh itu, kami harap supaya harga ini dapat meringankan beban orang ramai,” katanya.
Bagi suaminya, Muhamad Anuar Hamid, 49, berkata, karipap tersebut adalah resipi turun temurun daripada ibunya.
Jika dahulu dia yang membuat persiapan untuk membuat kuih itu tetapi kini tugas tersebut sudah diberikan kepada isterinya.
“Daripada inti hingga kulitnya, semua isteri yang buat sendiri untuk memastikan keaslian dan kesegarannya, barulah ia sedap.
“Walaupun dijual murah, kami tetap pentingkan kualiti termasuk rasanya,” katanya.
Kata-kata Muhamad Anuar memang benar kerana kedainya yang terletak di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang itu diserbu pelanggan setiap hari.
Walaupun gerainya kecil, namun kuih-muih yang dijual begitu sedap dan semakin hari mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.
Bagi pelanggan, Khairin Abdul Ghani, 23, merupakan antara pelanggan tetap yang sering mengunjungi gerai tersebut.
“Saya memang selalu beli karipap di sini kerana rasanya. Bukan sahaja murah, tetapi ia memang sedap, isi kentangnya manis dan kulit karipap garing.
“Paling penting harganya murah tidak seperti tempat lain dan ia sangat membantu mengurangkan beban kepada ahli keluarga yang ramai,” katanya.

0 Komentar untuk " Tujuh karipap dengan RM2 "