SEKITAR 2009, Norilyana Abdul Rahman pernah diberi pilihan sama ada mahu terus bekerja atau berhenti kerana masalah ekonomi pada masa itu.
Pengurus Nako Enterprise itu terpaksa membuat pilihan sukar apabila memilih untuk berhenti kerja kerana percaya rezeki ada di mana-mana.
"Ketika itu, saya bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat di Klang, Selangor. Selepas berhenti kerja, saya cuba mencari kerja di tempat lain, malangnya kebanyakan syarikat enggan menggaji pekerja baharu," katanya.
Bermula dari situ, Norilyana yang minat dalam bidang perniagaan itu mula mengikuti banyak program keusahawanan anjuran agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA).
"Tidak lama selepas itu, saya ditawarkan untuk mengikuti Program Siswazah Phaser Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan ditawarkan untuk menjadi usahawan selama enam bulan.
"Sepanjang tempoh itu, saya diberi peluang berniaga sendiri dengan menjual barang orang. Dari situ, saya mula mengumpul wang untuk dijadikan sebagai modal berniaga kelak," katanya.
Dia turut ditawarkan Mara untuk melanjutkan pengajian Diploma Pengurusan Peruncitan selama setahun di Open Universiti Malaysia (OUM).
Berniaga di tapak karnival
Selepas menamatkan pengajian, Norilyana kurang bernasib baik kerana tidak mendapat tawaran berniaga, namun semua itu tidak mematahkan semangatnya, sebaliknya dia mula berniaga secara kecil-kecilan di tapak karnival, pusat membeli-belah atau majlis-majlis tertentu di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Ketika mula berniaga, saya jual produk kesihatan dan berkongsi tapak perniagaan dengan empat hingga lima rakan-rakan yang lain sebab tidak mampu membayar sewa tapak antara RM5,000 hingga RM6,000. Jadi bila kita berkongsi tapak, ia boleh menjimatkan kos.
"Biasanya, kami akan berniaga ketika orang mula dapat gaji sebab kalau hari biasa jualan tidak memberangsangkan," katanya.
Norilyana turut menjalankan perniagaan secara online dengan menjual produk pelangsingan badan dari Jepun.
"Pada masa itu, penggunaan laman sosial dan jualan online tidak begitu rancak seperti hari ini. Saya gunakan blog dan forum untuk menjalankan perniagaan secara online.
"Persaingan pula tidak banyak, tetapi permintaan terhadap produk pelangsingan badan amat tinggi kerana di Malaysia, ramai mengalami masalah obesiti. Dalam sebulan, pendapatan bersih saya antara RM30,000 hingga RM40,000," katanya.
Namun, perniagaan produk pelangsingan badan terpaksa dihentikan kerana masalah tertentu, membuatkannya kembali berniaga secara bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Ditipu rakan
Pada awal 2013, Norilyana ditawarkan berniaga di tapak bazar Ramadan di pusat membeli-belah KLCC dan Kompleks PKNS Shah Alam.
Disebabkan modal terhad, dia mengambil bekalan pakaian siap dari rakannya dan membuat bayaran penuh upah jahit sebanyak RM1,500 serta turut memberi bekalan kain.
Malangnya, tiba pada hari dijanjikan, pakaian tidak siap sepenuhnya dan hanya memperoleh 30 helai sahaja.
"Ibarat jatuh terduduk kerana duit modal habis dan turut diberikan cek tendang apabila saya menuntut balik modal daripada kawan tersebut," katanya.
Nasibnya begitu baik apabila rakan suaminya menawarkan modal untuk dia memenuhkan jualan di kedua-dua tapak niaganya.
"Alhamdulillah, jualan saya cecah RM200,000 dan saya mampu bayar semua modal kawan suami saya pada akhir Ramadan," katanya.
Buka kedai barangan bayi, kanak-kanak
Pada awal 2014, Norilyana ditawarkan premis perniagaan di Kompleks PKNS Shah Alam untuk kedai bayi dan kanak-kanak.
Dengan modal RM13,000, Norilyana memulakan perniagaan kedai menjual barangan bayi dan kanak-kanak dengan nama Awesome Baby Licious.
"Stok barangan kami terhad pada peringkat awalnya, namun dengan bantuan rakan, kedai saya dipenuhi pelbagai baju bayi dan kanak-kanak dari China. Selama setahun saya jual barang ikut bekalan yang ada.
"Jualan saya pada tahun pertama kurang memberangsangkan kerana penduduk di Shah Alam kebanyakannya gemar pakaian Islamik, tetapi kedai saya banyak menjual pakaian moden," katanya.
Akhirnya, pada tahun lalu, Norilyana memperkenalkan pakaian bayi dan kanak-kanak lebih Islamik seperti jubah, kurta dan dress dengan jenamanya sendiri, Awesome Baby Licious dan ia mendapat sambutan.
Norilyana merancang membuka kedai borong barangan bayi dan kanak-kanak menjelang pertengahan tahun ini di GM Klang.
"Saya akan menjual barangan rakan niaga daripada Indonesia di kedai borong kami nanti," katanya.

0 Komentar untuk " Hikmah berhenti kerja, buka butik "