GALERI jualan projek bandar pintar, Forest City yang mula dibuka sejak bulan lalu mendapat sambutan menggalakkan khususnya pelabur antarabangsa termasuk dari Singapura.
Pengurus Wilayah Jualan dan Pemasaran Country Garden Pacificview Sdn Bhd, Easson Qian berkata, galeri itu mula dibuka 20 Disember lalu bakal dirasmikan dalam suku pertama tahun ini.
“Setakat ini, seramai 1,000 pelabur mula mengunjungi galeri jualan ini yang dibangunkan setinggi empat tingkat dengan keluasan kira-kira 18,000 meter persegi.
“Antara pelanggan yang datang termasuk dari China, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Australia dan Timur Tengah,” katanya.
Selain itu katanya, setakat ini fasa pertama pembangunan projek pulau buatan manusia itu membabitkan pembinaan kemudahan pejabat pengurusan, hab pengangkutan, kolam renang, gimnasium, taman permainan serta dewan serba guna.
Easson berkata, Forest City menyediakan suasana gaya hidup berprestij melibatkan perhotelan, kediaman mewah, pusat perdagangan, hospitaliti, hab pendidikan antarabangsa serta pembangunan fasiliti pengangkutan bersepadu.
“Forest City adalah pembangunan bandar pintar pertama seumpamanya di Asia Tenggara yang menawarkan gaya hidup mewah dalam persekitaran hijau.
“Pulau buatan manusia ini akan jadi tarikan sebagai lokasi peranginan dan sesuai untuk mereka yang mahukan gaya hidup mewah tetapi bukan dalam suasana sibuk,” katanya.
Forest City yang terletak kira-kira dua kilometer dari Singapura, mula dibangunkan sejak tahun lalu membabitkan kawasan seluas 1,370 hektar dengan nilai pelaburan RM170 bilion bagi menyediakan pelbagai kemudahan moden.
Pulau tersebut dijangka mampu menampung kira-kira 100,000 penduduk dan mengambil masa sehingga 20 tahun untuk dibangunkan.

0 Komentar untuk " Forest City dapat sambutan pelabur "