PENGALAMAN hampir 20 tahun mengembangkan pengetahuan dalam bidang sains marin dan akuakultur menerusi penubuhan Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), meletakkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) antara peneraju pembangunan bidang akuakultur negara. Sebagai bidang keutamaan universiti dan diiktiraf Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Akuakultur Berpotensi oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2013, IPMB melakar pelbagai kejayaan dan pengiktirafan sekali gus menjadikannya pusat rujukan penting bidang akuakultur di Sabah. Sejajar pencapaian itu, IPMB kini bergiat aktif dalam perkongsian bijak dengan komuniti dan industri serta memperluas kerjasama dengan pelbagai pihak di dalam dan luar negara bagi mengembangkan pengetahuan dan kepakarannya dalam membantu membangunkan bidang akuakultur.
Bagi mencapai hasrat itu, satu inisiatif baharu diwujudkan dalam usaha menggalakkan kerjasama IPMB dengan komuniti menerusi penubuhan Rakan Akuakultur UMS yang menyasarkan pembabitan komuniti pesisir pantai dan luar bandar, usahawan akuakultur, kumpulan belia serta lepasan sekolah dan universiti di Sabah.
Dilancarkan pada 15 Jun lalu oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Yahya Hussin, Rakan Akuakultur UMS setakat ini mengumpul 17 individu dan syarikat yang terbabit dalam pelbagai aktiviti akuakultur di Sabah sebagai ahlinya.
"Menjadi aspirasi UMS agar hubungan menang-menang melalui Rakan Akuakultur UMS ini dapat meningkatkan kecekapan teknikal bidang akuakultur dalam kalangan pengusaha" - Rossita Shapawi,
Pengarah IPMB Pengarah IPMB, Prof Dr Rossita Shapawi, berkata walaupun baru diwujudkan, pendekatan perkongsian bijak dengan komuniti lama diamalkan khususnya melalui pelaksanaan pelbagai program pemindahan ilmu akuakultur membabitkan institut itu, selain program kesedaran dan pemuliharaan alam marin anjuran IPMB.
Katanya, menerusi Rakan Akuakultur UMS, pengusaha lebih mudah mendapatkan maklumat berkaitan bidang akuakultur khususnya membabitkan perkongsian pengetahuan dan kepakaran, selain pemindahan teknologi yang dapat membantu usahawan memajukan lagi aktiviti akuakultur. "Hubungan dan perkongsian positif ini akan meletakkan UMS sebagai universiti yang bergiat aktif dalam menyumbang khidmat pengembangan dan komuniti unggul dalam bidang akuakultur. "
Konsep ini bertepatan prinsip UMS iaitu memastikan ilmu dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat. Selepas pelancaran Rakan Akuakultur UMS, aktiviti yang dilaksanakan IPMB menerima sambutan amat memberangsangkan daripada pelbagai pihak yang bergiat aktif dalam industri akuakultur," katanya. Dr Rossita berkata, penubuhan Rakan Akuakultur UMS adalah satu usaha untuk mengukuhkan IPMB sebagai Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Akuakultur, sejajar hasrat meningkatkan sumbangan UMS dalam pembangunan penyelidikan dan memanfaatkan kekayaan sumber perikanan di Sabah.
PELAJAR Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) dapat mempelajari pelbagai teknik akuakultur termasuk kaedah menetas dan memindahkan anak ikan. - Foto Edmund Samunting
Beliau berkata, IPMB mempunyai kakitangan akademik yang memiliki kepakaran dalam pelbagai disiplin akuakultur dan mampu memberi khidmat nasihat serta pemindahan ilmu kepada komuniti dan industri menerusi program pengembangannya. "Menerusi Rakan Akuakultur UMS, aktiviti pemindahan dan perkongsian ilmu, khidmat nasihat serta aktiviti kesedaran berkaitan dengan akuakultur dapat dijalankan dengan lebih sistematik, berstruktur dan terancang.
"Pengetahuan berkaitan pengembangan akuakultur penting untuk membantu pengusaha dan komuniti nelayan memperbaiki status sosio-ekonomi dan kualiti hidup melalui penambahbaikan amalan akuakultur," katanya. Penubuhan Rakan Akuakultur UMS, katanya, antara lain bertujuan memacu pembangunan industri akuakultur negara secara mampan selari dengan polisi kerajaan dan pelan pembangunan serta mengangkat IPMB sebagai pusat rujukan serantau dalam bidang berkenaan.
Katanya, pendekatan itu mampu membentuk hubungan akrab dan menjadi nadi utama dalam membina jambatan penghubung antara saintis, komuniti dan industri ke arah memperkasa komuniti serta bidang akuakultur yang turut diiktiraf sebagai Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). "Sehubungan itu, menjadi aspirasi UMS agar hubungan menang-menang melalui Rakan Akuakultur UMS ini dapat meningkatkan kecekapan teknikal bidang akuakultur dalam kalangan pengusaha.
INSTITUT Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), UMS membiakkan pelbagai jenis ikan termasuk keli untuk dijual kepada pengusaha akuakultur. - Foto Edmund Samunting
"Antara kecekapan teknikal disasarkan ialah pengetahuan dalam amalan pengurusan akuakultur mampan, meliputi aspek pembiakan, pemakanan, kesihatan, kualiti air, rekabentuk sistem ternakan, pengurusan sisa buangan dan pasca-tuai," katanya. Ahli Rakan Akuakultur UMS kebanyakannya adalah nelayan yang terbabit dalam pelbagai aktiviti akuakultur seperti penternakan ikan dalam sangkar, kupang, timun laut dan rumpai laut selain pengkulturan dan pembiakan ikan air tawar.
Menerusi inisiatif itu, Dr Rossita berharap, UMS dapat menjadi pemangkin pembangunan akuakultur dengan melihat lebih ramai masyarakat khususnya di luar bandar menceburi bidang itu serta menjadikannya aktiviti ekonomi untuk menjana pendapatan lumayan. Katanya, Sabah mempunyai sumber semula jadi yang luas dan berpotensi untuk pembangunan industri akuakultur, namun belum ramai menceburinya berikutan kurang pendedahan atau kesedaran berhubung kaedah pelaksanaannya.
"Sebab itulah UMS menerusi IPMB menubuhkan Rakan Akuakultur dengan harapan dapat memberi maklumat dan pendedahan kepada masyarakat agar lebih ramai menceburi aktiviti akuakultur sekali gus menjadikan Sabah peneraju bidang berkenaan," katanya.
PENSYARAH Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) mengendalikan program ceramah berkaitan marin dan akuakultur menerusi projek Rakan Akuakultur UMS yang dilaksanakan di Sabah. - Foto ihsan IPMB
Objektif penubuhan Rakan Akuakultur UMS
* Pemindahan teknologi kepada komuniti dan industri akuakultur.
* Mengenal pasti isu dan masalah yang dihadapi oleh komuniti dan industri akuakultur.
* Mempromosikan industri akuakultur.
* Pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam bidang akuakultur.
* Memupuk budaya keusahawanan.
* Menyediakan khidmat nasihat dan rundingan.
* Mewujudkan rangkaian kerjasama serantau.
* Menyediakan kemudahan dan prasarana latihan.
* Menjana pendapatan universiti.
* Melestari ekosistem komuniti dan industri akuakultur.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/118827

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Rakan Akuakultur UMS boleh menghubungi Ketua Program Rakan Akuakultur UMS, Dr Rafidah Osman di talian 088-320000 sambungan 2596 atau telefon bimbit 019-8614637. Kompleks IPMB di Kampus UMS Kota Kinabalu dilengkapi kemudahan berkaitan pengembangan akuakultur termasuk pusat penetasan ikan dan udang, Muzium and Akuarium Marin, jeti serta makmal penyelidikan sains marin yang digunakan untuk menjalankan pelbagai kajian marin dan akuakultur.
PENSYARAH Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) mengendalikan program ceramah berkaitan marin dan akuakultur menerusi projek Rakan Akuakultur UMS yang dilaksanakan di Sabah. - Foto ihsan IPMB
Objektif penubuhan Rakan Akuakultur UMS
* Pemindahan teknologi kepada komuniti dan industri akuakultur.
* Mengenal pasti isu dan masalah yang dihadapi oleh komuniti dan industri akuakultur.
* Mempromosikan industri akuakultur.
* Pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam bidang akuakultur.
* Memupuk budaya keusahawanan.
* Menyediakan khidmat nasihat dan rundingan.
* Mewujudkan rangkaian kerjasama serantau.
* Menyediakan kemudahan dan prasarana latihan.
* Menjana pendapatan universiti.
* Melestari ekosistem komuniti dan industri akuakultur.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/118827
0 Komentar untuk " Rakan Akuakultur UMS, penghubung saintis dan komuniti akuakultur "