CITA-CITANYA untuk memiliki jenama sendiri seperti jenama popular yang lain akhirnya tercapai apabila lelaki ini berjaya mengemudi perniagaannya dengan baik.
Menggunakan jenama AKUDESIGN, pemiliknya, Amirel Amen Anuar, 24, berkata, dia kini mengorak langkah sedikit demi sedikit untuk meluaskan jenamanya di dalam negara ini.
Katanya, impian untuk memiliki jenama sendiri bermula kerana minatnya yang suka membeli pakaian berjenama luar negara seperti Billabong, Quicksilver, Body Glove dan lain-lain lagi sejak kecil.
“Impian saya untuk memiliki jenama sendiri bermula ketika saya belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kira-kira tujuh tahun yang lalu.
“Walaupun saya menyambung pengajian dalam Diploma Ukur Bahan, saya memasang niat untuk menjual apa-apa produk menggunakan jenama sendiri,” katanya.
Menurutnya, nama AKUDESIGN tercetus semasa dia dan abangnya, Afiq Afify Anuar berbincang mencari nama yang sesuai untuk produk mereka.
“Kami berdua berbincang dalam kereta dan setelah mencari nama yang sesuai, akhirnya, kami memutuskan untuk menamakan jenama kami sebagai AKUDESIGN.
“Kami memilih jenama ini kerana perkataan itu mempunyai signifikan tersendiri kepada kami. Jadi kami rasa, nama AKUDESIGN ini sesuai dengan produk keluaran kami,” katanya.
Jualan kurang memberangsangkan
Sebagai langkah pertama untuk memperkenalkan produk AKUDESIGN, Amirel Amen dan abangnya mula membuat baju kolar bulat dengan kuantiti yang kecil iaitu sebanyak 30 helai dan menjual kepada rakan-rakan serta ahli keluarga mereka.
Namun entah di mana silapnya, Amirel Amen mengambil masa kira-kira setahun untuk menjual semua baju berkenaan.
Bagaimanapun, dia tidak berputus asa, sebaliknya terus menjual produk AKUDESIGN dan yakin produknya bakal mendapat tempat di hati masyarakat suatu hari nanti.
“Ketika itu, terselit perasaan agak kecewa kerana saya mengambil masa yang lama untuk menjual kesemua baju ini dan saya hanya mengambil untung RM1 daripada setiap jualan baju.
“Tapi, saya tenangkan diri seketika. Saya cakap pada diri saya, walaupun saya dapat untung RM1, saya akan berasa bangga sekiranya saya nampak ada orang yang memakai baju yang tertulis AKUDESIGN,” katanya.
Perniagaan mula berkembang
Kemudian, dia mula menyusun strategi baharu dengan bekerjasama dengan beberapa artis indie terkenal dengan memberikan baju secara percuma kepada mereka.
Pada masa sama, Amirel Amen dan abangnya mula mempelbagaikan corak pada baju yang dijual.
“Selepas itu, kami mula mengikuti satu festival yang dinamakan Tempatan Festival. Festival ini menjadi satu medan kepada peniaga tempatan untuk menjual barangan yang dihasilkan oleh mereka.
“Saya kerap kali menyertai festival tersebut. Alhamdulillah, bertitik tolak daripada strategi ini, jenama saya semakin dikenali masyarakat dan baju saya semakin banyak dibeli pengguna,” katanya.
Melihat perkembangan bisnes AKUDESIGN yang semakin diterima ramai, Amirel Amen memberi tumpuan sepenuhnya untuk memperkasakan perniagaannya selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah.
Dia mencetak lebih banyak baju kolar bulat dan mengedarkannya kepada lima kedai di Johor, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor.
“Alhamdulillah, baru-baru ini, saya berjaya menyewa sebuah kedai bersebelahan Sungai Melaka dan Bangunan Stadthuys, Bandaraya Melaka kira-kira sebulan yang lalu.
“Ia merupakan sebuah lokasi strategik kerana kawasan tersebut adalah kawasan pelancongan. Jadi, peluang untuk pelancong berkunjung ke kedai saya amat cerah kerana mereka pasti akan melalui kedai saya.
“Setakat ini, penjualan pakaian saya adalah sederhana dan diterima baik masyarakat mahupun pelancong” katanya.
Memandangkan kedainya bersebelahan dengan Sungai Melaka, Amirel Amen merancang untuk mempelbagaikan produknya iaitu untuk mengeluarkan minuman serta makanan pada masa akan datang.
“Mungkin saya akan tambah kerusi dan meja untuk orang ramai menikmati keindahan di sekitar kawasan ini,” katanya.
Kesemua pakaian yang dijualnya berharga sekitar RM60 hingga RM120.
PROFIL
Nama: Amirel Amen Anuar
Umur: 24 tahun
Asal: Melaka
Adik-beradik: Anak kedua daripada dua beradik
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan, UTM

0 Komentar untuk " AKUDESIGN setanding jenama popular "