Melita ke Timur Tengah - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Melita ke Timur Tengah

JTP Trading Sdn Bhd, anak syarikat Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim) giat mengkomersialkan nanas MD2 secara besar-besaran melalui jenama Melita yang kini sudah pun menembusi pasaran Timur Tengah.

Pengarahnya, Kamarulzaman Othman berkata, Melita telah menembusi pasaran di negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran, Mesir, Arab Saudi, Jordan, Pakistan dan Turki.

Menurutnya, ia selaras dengan hasrat syarikat berkenaan untuk meletakkan nanas MD2 setanding negara pengeluar utama nanas seperti Filipina, Brazil dan Costa Rica pada masa akan datang.

“Selain itu, Melita turut dieksport ke Hong Kong, Singapura dan Korea. Bagi pasaran tempatan, syarikat telah membuka lapan rangkaian kios Melita. Antara lokasi kios di negeri ini (Johor) termasuklah di Ulu Tiram Estate, Galleria @ Kota Raya, Larkin Sentral, Hospital Pakar Johor dan Hospital Pakar Puteri.

“Rangkaian kios Melita di sekitar ibu negara pula terletak di Hospital Pakar Tawakal, Tesco Shah Alam dan Hospital Pakar Damansara. Malah, syarikat juga berhasrat mengembangkan kiosk Melita di kawasan lain pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan kerja Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Anthony Nogeh Gumbek bersama usahawan dari Parlimen Mas Gading, Sarawak ke ladang dan pusat pembungkusan nanas MD2 di Ladang Ulu Tiram, Johor Bahru, baru-baru ini.

Kamarulzaman berkata, hasil pengeluaran nanas MD2 berjumlah 1,234 tan metrik tahun lalu, meningkat sebanyak 13.11 peratus atau 1,091 tan metrik berbanding dua tahun sebelumnya.

“Nilai jualan pula berjumlah RM1.351 juta pada 2015, berbanding RM1.065 juta pada 2014,” katanya.

0 Komentar untuk " Melita ke Timur Tengah "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ