BERHADAPAN dengan kesukaran untuk membersihkan kawasan yang perlu disamak ketika menjadi kontraktor teknikal di sebuah surau, membawa ilham kepada Mohd Azrie Husien menghasilkan produk samak mesra pengguna.
Mohd Azrie, yang juga Pengarah Tahra Global Ventures Sdn Bhd, syarikat pengeluar produk Tahra itu berkata, idea itu terhasil selepas menyedari sukarnya memperoleh tanah yang benar-benar bersih terutamanya bagi umat Islam di kawasan bandar bagi tujuan samak.
Katanya, dia pernah berhadapan dengan pengalaman membersihkan surau menggunakan tanah dan mendapati ia adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.
"Ketika saya sedang memasang lampu di sebuah surau, saya nampak anjing masuk. Ketika itu saya nampak perlunya samak.
"Jadi saya cari di internet perkhidmatan samak. Di Malaysia ketika itu tidak ada lagi," katanya kepada Sinar Harian di pejabatnya di Kajang Utama, baru-baru ini.
Bermula dari situ, dia mula mencari jalan penyelesaian dengan menghasilkan produk samak secara kecil-kecilan.
Pelbagai cara dilakukan tetapi hasilnya tidak memberikan penyelesaian yang mampu memberikan kemudahan dari segi penggunaan.
Berikutan tidak mempunyai kemahiran, syarikat itu menjalankan kolaborasi dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2009 untuk menjalankan kajian bagi mematikan bakteria di dalam air liur anjing.
Berdasarkan hasil kajian itu menunjukkan, apabila tanah liat dicampur air dengan kepekatan tertentu sehingga 10 peratus akan membolehkan bakteria dalam air liur anjing mati hanya dalam satu minit.
Bagaimanapun, hasil kajian itu tidak dapat digunakan kerana ia hak milik UPM.
Pada masa sama, terdapat juga beberapa produk sabun buku tanah liat yang dihasilkan syarikat tempatan dan dijual di pasaran, namun produk itu dilihat mempunyai kelemahan dari segi penggunaan.
Daripada itulah, pihaknya mendapat idea untuk menghasilkan produk sabun tanah liat dalam bentuk cecair pertama di pasaran tempatan dan dunia.
Ambil masa dua tahun
Pada 2013, Tahra Global Ventures memulakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sabun berkenaan.
Katanya, R&D produk itu memakan masa lama bagi memastikan ia benar-benar berkualiti bukan sahaja dari segi bahan, tetapi sehingga ke peringkat pembungkusannya dengan nilai pelaburan keseluruhan mencecah RM500,000.
"Akhirnya selepas dua tahun, Tahra sabun tanah liat cecair akhirnya berjaya dihasilkan pada Jun 2015, sekali gus berada di pasaran tempatan secara kecil-kecilan," katanya.
Menurutnya, walaupun tujuan utama sabun itu untuk memudahkan umat Islam melakukan samak, tetapi dengan inovasi yang dihasilkan itu, ia juga boleh digunakan sebagai sabun penjagaan diri.
Katanya, kandungan sabun itu bukan sahaja terdiri daripada tanah liat dan air tetapi juga minyak kelapa dara, aloe vera dan beberapa kandungan lain baik untuk kulit.
"Kami juga menghantar sabun ini kepada TPM Biotech Sdn Bhd untuk kajian anti bakteria dan hasil kajian menunjukkan, ia mampu membunuh kuman-kuman seperti ecoli, salmonella dan S. Aureus sehingga 99 peratus," katanya.
Mengulas lanjut berhubung produk Tahra, Mohd Azrie berkata, Tahra setanding dengan produk penjagaan diri jenama antarabangsa.
"Pengguna boleh menggunakan ia sebagai sabun harian. Pada masa sama, ia juga boleh digunakan untuk melakukan samak apabila terkena najis berat," katanya.
Dapat sijil halal Februari ini
Ketika ditanya berhubung sijil halal, Mohd Azrie berkata, pihaknya kini masih dalam proses untuk mendapatkan sijil halal.
"Setakat ini, kami sudah berada di peringkat akhir untuk mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Kami jangka untuk dapatkan sijil itu selewat-lewatnya akhir bulan depan," katanya.
Menurutnya, apabila menerima sijil halal itu kelak, pihaknya akan memulakan pemasaran secara besar-besaran di seluruh negara.
Katanya, setakat ini, jualan produk itu hanya menerusi ejen berdaftar dengan syarikatnya dan kenalan rapat.
Tambahnya, syarikat itu berhasrat untuk menerokai pasaran tempatan terlebih dahulu sebelum ke pasaran antarabangsa bermula suku kedua tahun ini.
“Untuk pasaran tempatan kami ingin memasuki semua pasar raya, farmasi, kedai jamu dan salon-salon di seluruh negara,” katanya.

0 Komentar untuk " Tahra produk samak mesra pengguna "