Kawal perbelanjaan negara elak defisit naik - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kawal perbelanjaan negara elak defisit naik

Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari ini. Ramai setuju langkah itu perlu berikutan kejatuhan mendadak harga minyak dunia selain ekonomi China serta dunia kurang memberangsangkan. Apa yang menjadi perhatian umum ialah apakah akan berlaku pemotongan drastik perbelanjaan dan penangguhan projek pembangunan tertentu. Wartawan BH Ahad, MOHD AZIS NGAH dan MOHD ANWAR PATHO ROHMAN mendapatkan komen Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali. Datuk Johari Abdul Ghani Soalan: Ekonomi negara tahun ini dijangka tidak banyak berubah, malah lebih mencabar berbanding 2015. Adakah keadaan ini menjadi faktor kerajaan terpaksa berbelanja secara berhemat termasuk pengubahsuaian semula Bajet 2016? Jawapan: Kerajaan terpaksa berbelanja secara berhemat pada 2016 kerana ekonomi negara dijangka berada dalam keadaan yang lebih mencabar berbanding tahun 2015. Antara faktor penyebab adalah kesan kejatuhan harga minyak mentah yang mendadak, kejatuhan ekonomi China serta kelembapan ekonomi dunia selain kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika. Perbelanjaan berhemah ini perlu dibuat bagi memastikan kerajaan mengawal kadar defisit negara kita kepada 3.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Jika kita tidak mengawal perbelanjaan kerajaan ini, maka defisit negara akan bertambah besar dan ia juga akan menurunkan atau menjejaskan penarafan negara kita oleh agensi penarafan antarabangsa seperti Moody, Standard & Poor dan Fitch. Apabila taraf penarafan ini rendah, ia akan menjejaskan usaha kerajaan menarik ramai pelabur asing dari luar negara. Di samping itu, ia juga akan meningkatkan kos pinjaman negara. Ini akan memberi kesan lebih buruk dalam jangka masa panjang. Apabila kurang pelaburan, maka peluang pekerjaan juga akan berkurangan. Di samping itu, kos pinjaman yang meningkat akan menyebabkan kadar pertumbuhan penggunaan juga terjejas dan kos untuk menjalankan perniagaan juga akan bertambah tinggi. S: Adakah situasi sekarang terlalu sukar hingga terpaksa mengubah suai semula Bajet 2016? J: Penyelarasan ini dibuat kerana pada ketika bajet 2016 diumumkan kerajaan, ia menggunakan anggaran harga minyak AS$48 satu tong tetapi sekarang ini sudah mencecah di bawah paras AS$30. Setiap kejatuhan AS$1 harga minyak, kerajaan dijangkakan akan hilang RM300 juta pendapatan. Ini bermakna jika kejatuhan sekarang ini ialah sebanyak AS$18, bermakna kerajaan akan kehilangan RM5.4 bilion pendapatan negara. Ia satu angka yang besar dan sudah tentu akan menjejaskan perbelanjaan kerajaan. Sebab itu kita perlukan selaraskan semula perbelanjaan. S: Sektor manakah yang perlu dikurangkan bajet dan yang perlu diutamakan? J: Perkara ini masih pada peringkat perbincangan. Tidak matang sekiranya ia diumumkan lebih awal sedangkan keputusan belum muktamad. Perdana Menteri, (PM) Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengumumkan penyelarasan Bajet 2016 pada 28 Januari nanti. Seperti yang diumumkan oleh PM sebelum ini, beliau akan memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat tidak terjejas akibat daripada penyelarasan ini. Pelbagai jenis bantuan kepada rakyat seperti bantuan pendidikan, kesihatan, bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, subsidi berpusat serta perbelanjaan lain rakyat, akan dikekalkan. S: Itu bermakna, bantuan subsidi akan dikekalkan? J: Seperti yang saya tegaskan tadi, bantuan kepada rakyat tidak akan terjejas. Mana-mana subsidi atau bantuan seperti bantuan persekolahan untuk pelajar miskin, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan kekal. Semua itu tidak akan terjejas. Jangan risau, itulah komitmen yang dijanjikan PM. S: Kenaikan kos sara hidup termasuk harga barang menyebabkan majoriti rakyat terpaksa 'mengikat perut' sedangkan pendapatan bulanan masih di takuk lama? J: Kenaikan kos sara hidup dan harga barang memang sangat dirasakan oleh rakyat berpendapatan rendah. Faktor kenaikan harga barang ini disebabkan sebahagian barang keperluan asas yang dijual, menggunakan bahan mentah diimport. Oleh kerana kejatuhan nilai ringgit ini, menyebabkan kos barang berkenan juga meningkat. Ada juga sebahagian peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga kepada pengguna dengan alasan pelaksanaan sistem GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) menggantikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Kos sara hidup yang tinggi ini juga banyak terkesan daripada kebolehan rakyat golongan bawahan untuk memiliki rumah kos rendah dan sederhana. Contohnya di bandar, kebanyakan harga rumah meningkat dengan mendadak sehingga di luar kemampuan rakyat golongan bawahan. Rumah banyak dibina dengan harga RM300,000 ke atas. Apabila golongan bawahan ini tidak mampu membeli, maka mereka terpaksa menyewa. Harga sewaan di bandar turut meningkat. Jika seseorang warga kota itu mempunyai gaji sebanyak RM2,500 sebulan, hampir 50 peratus akan dibelanjakan untuk membayar ansuran atau sewaan rumah. Baki gaji itu, terpaksa digunakan untuk pengangkutan, makan dan pendidikan anak. Sebab itu, saya menekankan perlu ada campur tangan kerajaan secara serius dan besar-besaran untuk membina lebih banyak rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat) atau perumahan awam dengan kadar segera bagi menampung kehidupan rakyat golongan miskin bandar ini. Jika semua tanah kerajaan yang boleh dibangunkan rumah kos rendah dan sederhana ini diberi pada pemaju swasta, akhirnya kita akan lihat tidak ada lagi rakyat tempatan golongan bawahan ini boleh tinggal dalam bandar. Dalam jangkamasa panjang kerja yang boleh dilakukan oleh rakyat tempatan dalam bandar ini akan diambil oleh pekerja asing kerana rakyat tempatan tidak mampu untuk hidup dalam bandar dengan gaji kecil oleh kerana kos kehidupan yang tinggi. Setakat ini, hampir 50,000 rakyat golongan bawahan dalam bandar ini sedang menunggu untuk mendapatkan rumah PPR atau perumahan awam untuk disewa. Sebahagian daripada mereka terpaksa menyewa bilik bagi meneruskan kehidupan bersama isteri dan anak-anak. Kita lihat banyak tanah milik kerajaan yang terletak di pinggir bandar, telah dijual pada pemaju swasta untuk membina rumah mampu milik yang di luar kemampuan golongan bawahan ini. S: Adakah hasil cukai GST mampu menampung sebahagian perbelanjaan kerajaan? J: Hasil kutipan GST ini digunakan semula untuk kepentingan rakyat seperti membiayai perbelanjaan pendidikan, kesihatan, keselamatan dan bantuan kebajikan. Peningkatan kutipan GST ini dapat menampung sebahagian daripada kehilangan pendapatan hasil minyak akibat kejatuhan harga minyak dunia yang mendadak. Sistem GST adalah satu sistem pencukaian yang sangat cekap dan efisen. Kalau dulu sistem SST banyak kelemahan berlaku sehingga ramai peniaga tidak membayar cukai jualan mereka. Dengan sistem GST, pematuhan pembayaran cukai dalam kalangan peniaga akan lebih efisen dan hasil kutipan ini disalurkan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan. Sebab itu, kalau kita lihat lebih 170 negara di dunia ini menggunakan sistem GST. Tetapi masalah yang kita hadapi sekarang ini adalah dari segi pelaksanaan. Terdapat peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya. S: Kelembapan ekonomi global dijangka kekal untuk beberapa tahun lagi. Malaysia selaku pengeluar minyak adalah antara yang terjejas kerana bergantung kepada pendapatan sumber ini. Apakah pelan alternatif kerajaan? J: Kejatuhan harga minyak ini sememangnya menjejaskan pendapatan negara. Harga minyak jatuh mendadak daripada AS$100 hingga ke paras bawah AS$30 satu tong. Ini menyebabkan pendapatan negara berkurangan sebanyak RM30 bilion. Harga minyak ini dijangkakan terus kekal rendah untuk jangka masa satu atau dua tahun lagi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/115487
0 Komentar untuk " Kawal perbelanjaan negara elak defisit naik "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ