JARANG sekali kaum Adam terlibat dengan produk berkaitan wanita terutamanya tudung kerana ianya sering didominasi oleh kaum Hawa.
Di sebalik jenama Quinn, syampu khas tudung dan hijab wanita itu berdiri seorang jejaka berjiwa kental Mohd Arzize Johari, 28.
Pengarah Urusan Gold Digger Trading itu bukan sahaja peka dengan masalah dialami kaum wanita sekiranya ingin mencuci tudung kesayangan mereka.
Mencuci dengan syampu rambut, gel mandian dan sabun biasa menyebabkan tekstur fabrik menjadi cepat rosak dan warna semakin pudar.
Bagi mengatasi masalah itu, syampu pencuci tudung dicipta selepas ibu kepada rakannya berhadapan masalah sama iaitu ketiadaan produk sesuai untuk mencuci fabrik tersebut.
“Fabrik tudung sebenarnya sangat sensitif dan mudah terkoyak sekiranya salah mengguna produk cucian.
“Bertitik tolak daripada itu, saya mencipta inovasi baharu supaya masalah golongan wanita dapat diatasi dengan mudah,” katanya.
Mohd Arzize berkata, pertambahan jenama tudung ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ namun produk penjagaan tudung belum wujud lagi atau tiada di pasaran.
“Ketika ini, kira-kira 300 jenama tudung namun produk cucian khas mungkin jarang dijual di pasaran.
“Ramai wanita tidak sedar cucian menggunakan sabun biasa boleh menyebabkan tudung cepat rosak dan pudar warna,” katanya.
Bermodalkan RM5,000, syarikat tersebut mengeluarkan 1,000 botol pada mulanya secara berperingkat kerana sumber kewangan terhad bermula tahun lalu.
Sukar ubah mentaliti masyarakat
Pada awal, produk ini dijual pada harga RM25 sebotol, Mohd Arzize berkata cabaran terbesar dilaluinya mengenai mentaliti dan persepsi negatif masyarakat terhadap produk tersebut.
Mengubah sesuatu mentaliti sangat sukar kerana terdidik dengan cara lama dan tidak mahu mengubah tabiat mereka.
“Mulanya ramai ragu-ragu untuk menggunakan produk ini kerana risau akan keberkesanan Quinn mencuci tudung mereka.
“Sekiranya kita tidak mencuba sendiri menggunakan produk Quinn, maka kita tidak mengetahui ia sesuai atau tidak,” katanya.
Walaupun sukar, dia tetap menjalankan perniagaan tersebut kerana jarang sekali peniaga memilih untuk mengeluarkan produk itu.
Mohd Arzize mahu mencuba perniagaan berbeza daripada orang lain dan daripada kebiasaan.
“Kami bermula dengan berniaga dari rumah kerana modal tidak mencukupi. Nyata promosi ‘mulut ke mulut’ amat berkesan dan jenama ini semakin dikenali ramai.
“Biarpun kami masih baharu dalam industri ini, namun saya percaya suatu hari nanti produk ini menjadi satu kemestian setiap isi rumah,” katanya.
Setelah beberapa bulan melancarkan Quinn, kini ia melangkah setapak ke hadapan bagi mempromosikanproduk ini menerusi media sosial dan bakal melantik ejen jualan tidak lama lagi.
Guna bahan semulajadi
Menceritakan bahan asas syampu, dia berkata kebanyakannya bahan semulajadi dan tumbuhan.
Cara penggunaan pencuci tersebut dengan menitiskan syampu ke dalam baldi berisi air selama lima hingga tujuh minit.
“Jika ada kotoran degil, gosok terlebih dahulu sebelum rendam supaya kotoran dapat hilang sepenuhnya.Semua jenis fabrik boleh digunakan kecuali sutera dan songket,” katanya.
Tidak hanya wangian Mystique sahaja, Quinn akan menambah dua bauan baharu tahun hadapan.
Tetap mengekalkan bau segar tumbuh-tumbuhan, Mohd Arzize optimis ia menarik kaum Hawa.

0 Komentar untuk " Syampu pencuci tudung Quinn "