BISNES katering bukan mengambil masa sehari atau seminggu untuk berjaya. Ia memerlukan masa yang lama, menu sedap dan menepati citarasa semua lapisan masyarakat sehinggalah layanan terbaik kepada pelanggan.
Asam garam dunia katering mematangkan Ketua Pemasaran Mahabbah Catering & Services (Mahabbah), Nik Nor Fairuz Nik Nordin dan Pengarah Urusannya Muhammad Mustahab Shuib yang menganggap bisnes tersebut adalah warisan keluarga.
Semua itu mereka tempuh dengan redha, dalam meneruskan bisnes yang didedikasikan buat arwah bapa mereka, Shuib Sulaiman, seorang peniaga makanan kecil-kecilan dan pendakwah di Selangor.
“Pengalaman kami bermula dengan menyediakan makanan dan kelengkapan untuk majlis akikah, sambutan hari jadi, kenduri doa selamat dan ia mendorong untuk meluaskan bisnes katering kepada mega.
“Dua tahun lalu, kami mengambil keputusan untuk fokus pada bisnes katering dengan skala lebih besar kerana melihat potensi yang mendapat permintaan kukuh daripada pelbagai latar belakang masyarakat,” katanya Fairuz.
Mahabbah dulu dikenali sebagai Husna Catering. Alhamdulillah, sejak dijenamakan semula, kami menerima sambutan memberangsangkan dari sekitar Lembah Klang, Seremban dan Tanjung Malim.
"Kami menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan dan katering pada harga dan pakej yang menarik dan mengikut cita rasa pelanggan,” katanya.
Ikut bajet pelanggan
Mengutamakan bajet pelanggan kerana daripada bajet tersebut, Mahabbah akan memberi cadangan bersesuaian untuk bilangan tetamu, menu atau memerlukan penambahan modal dan pakej yang ditawarkan.
Muhammad Mustahab berkata, selain majlis perkahwinan, Mahabbah menerima tempahan bagi 150 pek ke atas.
“Kami menyediakan 11 pakej perkahwinan kepada pelanggan serendah RM7 sehingga RM38. Pelanggan boleh memilih menu tetapi asasnya adalah ayam dan daging. Ayam masak merah dan daging masak hitam adalah makanan popular dan mendapat permintaan tinggi.
“Kami mahu pelanggan selesa dan berbaloi dengan apa yang mereka laburkan untuk majlis mereka. Bajet paling ideal buat masa sekarang bagi majlis perkahwinan adalah antara RM13,900 untuk 1,000 tetamu dengan pakej lengkap,” katanya.
Mahabbah juga menyediakan perkhidmatan tambahan seperti peralatan, pelayan, kanopi, dewan, PA sistem, kompang, rakaman video, fotografi, makanan tambahan seperti cendol, soto dan sebagainya.
Mahabbah kini menerima tempahan sekurang-kurangnya 30 majlis perkahwinan setiap bulan yang diadakan sama ada di rumah, dewan atau mengikut tema tertentu. Mahabbah juga menerima lebih 10 majlis bagi majlis keraian biasa.
“Alhamdulillah, permintaan sentiasa ada malah musim cuti sekolah atau musim perayaan permintaan meningkat. Kami hanya mengehadkan tiga majlis setiap hari untuk memastikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya.
Malah, Mahabbah juga menyediakan 10 peratus makanan tambahan kepada pelanggan.
Mula masak jam 4 pagi
Selain Fairuz dan Muhamamd Mustahab, adik-beradik lain turut terlibat dalam bisnes ini. Ada antaranya fokus pada perhiasan pelamin, lauk-pauk pengantin, kanopi dan butik pengantin. "Setiap orang mempunyai peranan masing-masing dalam menjayakan tempahan.
“Mahabbah mempunyai enam tulang belakang dalam bisnes ini dan 10 kakitangan tetap yang terlibat dalam masakan serta lebih 50 pramusaji (pelayan) yang disediakan untuk memenuhi tiga majlis pada setiap hari. Setiap kali menerima tempahan, kami akan bangun seawal 4 pagi untuk memasak bagi memastikan makanan akan sampai sebelum majlis dimulakan,” katanya.
Mahabbah mahu menjaga kualiti dengan servis terbaik kepada pelanggan. Bermodalkan RM150,000, bisnes yang dijalankan semakin maju.
"Kami juga menjadi perunding perkahwinan dengan menyediakan pakej pelamin dan pakaian pengantin mengikut trend terkini," katanya.
Mahu bangunan sendiri
Menyedari potensi bisnes katering, Mahabbah merancang untuk mempunyai bangunan sendiri yang dilengkapi dewan, tempat memasak dan sebagainya.
“Ia memberi kemudahan kepada pelanggan dalam membuat persiapan mengadakan majlis perkahwinan dan dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu menempah dewan setahun lebih awal.
“Ia memudahkan kami untuk majlis yang diadakan kerana selama ini kami akan pergi ke majlis dan bertindak sebagai ‘tuan rumah’ bagi memastikan lauk-pauk mencukupi dan majlis berjalan lancar kerana ia amanah kepada kami,” kata Fairuz.
Muhammad Mustahab berkata, pernah berlaku dalam satu majlis baru-baru ini, makanan tidak mencukupi.
“Tempahan adalah 1,000 tetapi tetamu ramai. Alhamdulillah, dengan adanya pengalaman sebelum ini, kami dapat mengatasi masalah tersebut.
“Selalunya, selain menu asas, kami turut menyediakan makanan tambahan jika melihat tetamu di luar jangkaan,” katanya.
Menariknya, Mahabbah juga sangat mementingkan kebersihan dan memasak mengikut cara Islam.
“Kami pastikan hidangan kami bersih kerana ia akan menjadi darah daging tetamu dan menjaga kualiti makanan dan tidak mahu makanan basi.
“Setakat ini, belum pernah terjadi makanan kami basi. Insya-ALLAH, ia masih panas walaupun pada waktu petang,” katanya.

0 Komentar untuk " Mahabbah Catering & Services: Penuhi cita rasa pelanggan "