D'Herbs lancar tiga produk baharu - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

D'Herbs lancar tiga produk baharu

PENERAJU pembuatan barangan kosmetik dan kesihatan, Syarikat D' Herbs Holdings (M) atau D' Herbs menjangkakan pertumbuhan perniagaan terus kukuh dengan menyasarkan jualan lebih RM150 juta pada tahun ini.

Pengasasnya, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata, jangkaan itu dipacu oleh beberapa pelancaran produk baharu dan usaha syarikat memasarkan produk secara meluas.

Walaupun negara berdepan kos sara hidup meningkat, kenaikan harga tol dan petrol, ia tidak menjejaskan jualan lebih 50 produknya kerana D'Herbs memberikan pilihan terbaik dengan harga berpatutan.

"D' Herbs prihatin dengan masalah yang dihadapi masyarakat dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka untuk kelihatan cantik dan tampil berkeyakinan dengan menggunakan produk kami yang setanding produk antarabangsa.

"Produk kami tetap menjadi pilihan dan ia terbukti dengan kejayaan stokis kami di seluruh negara yang mencapai sasaran jualan," katanya pada Malam D'Herbs Fantasy Gala Night 2015, baru- baru ini.

Pada majlis tersebut, D'Herbs melancarkan tiga produk baharu iaitu Rani Gel Liner, Ratu Henna Inai dan Air Masyhur.

Kesemua produk tersebut mendapat sambutan memberangsangkan walaupun baharu di pasaran.

"Selain mempromosikan kesemua produk D'Herbs di media cetak, elektronik dan media sosial, saya berterima kasih kepada stokis yang giat mempromosikan produk D' Herbs.

"Kebanyakan stokis D'Herb berjaya mencapai sasaran. Seramai 19 stokis diraikan kerana meraih jualan lebih RM5 juta. Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan saya berterima kasih kerana mereka mempercayai saya seorang peniaga Bumiputera yang baharu setahun jagung terlibat dalam perniagaan," katanya.

Dengan tagline 'Terlajak Laris',  sokongan stokis sedia ada memberikan peluang untuk mereka berniaga secara kecil-kecilan dan kini mampu menjadi jutawan Melayu di Malaysia.

Rani Gel Liner adalah penggaris mata kalis air berharga RM23.90, Ratu Henna Inai pula memberikan kesan kepada pemakai sepantas 15 minit dan tidak memberikan alahan dan gatal kepada permukaan kulit yang dijual dengan harga RM9.90.

"Air Masyhur pula adalah air minuman kesihatan mengandungi herba dan makanan sunnah seperti zafaran, madu, habatussauda dalam kuantiti 500 mililiter sebotol dengan harga RM4.50," katanya.

Pada majlis tersebut, rakan seperjuangan yang hadir ialah pengasas kosmetik lain dan ramai rakan artis hadir antaranya ialah Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Norman Hakim dan Ziela Jalil.

0 Komentar untuk " D'Herbs lancar tiga produk baharu "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ